Friday, December 22, 2006

Hingga ke Akhir nya..

Assalamualaikum,

19/12/2006 was our wedding anniversary. Our anniversary yang ke-4. Syukur alhamdulillah, perkahwinan kami sudah menjangkau tahun ke-4. Dengan dikurniakan 2 putera yang comel dan pandai, kami amat bahagia. Kalau diimbau kembali bagaimana kami bertemu, dan jika ada teman2 yang bertanya, aku selalu mengelak nak bercerita atau just cut it short!... Bukan apa, perkenalan kami yang begitu cepat dan pantas yang membawa ke jinjang pelamin, perkenalan kami bagi aku is something special. Very special!!

Very special yang aku rasa belum bersedia nak diceritakan... Pernah kami berangan2 nak tulis sebuah buku ala cinta mengenai perkenalan dan percintaan kami... dan hasrat itu masih ada... Nanti lah... mungkin suatu hari akan kami tulis ..untuk tatapan anak2 dan cucu... Maybe? :-)

So.. Abang,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan... Semoga perkahwinan kita terus segar dan mekar disulami cinta dan kasih sayang yang diredhai Allah.. Amin.

I love You Abang...



Thursday, December 7, 2006

Asmara Ini...





Ni Abang Asmara punye reception di PWTC malam tadi... :-) -- tak dapat nak shoot betul2 ... kabur sikit la ye...














Pasangan Raja Sehari turun dari Astaka Pelamin menuju ke meja santapan.... (pun kabur jugak... puas dah adjust)

Wednesday, December 6, 2006

CINTA

Actually aku mcam dah fed-up dgn beta blogger ni. Every time I posted an N3, sure kong!!... So yesterday, I managed to create another new blog, konon2 nak moving la.. tapi at the end, sayang pulak nak tinggalkan "umah" lama ni.. MACAM2 ADA... then I decided to stay. It is actually more to having a change to my blog address.. if you realize, current blog address now is too long, garang je bunyinye.. ingat nak tukar bagi short and sweet. Anyway.. maybe later I'll consider to move to another "umah" with new name kan?...

It's been twice I was trying to post N3 about CINTA... Anyone have seen CINTA?.. I watched CINTA last friday with my 2 sisters and 2 nieces (girls' outing)... I like the story, very spontaneous. 5 kisah, 5 cinta, 5 rasa, 5 cara...

My most affected CINTA is between Cikgu Elyas (Rahim Razali) and Rubiah (Fatimah). Kalau sekali tgk, memang simple je story tu..but how they make it emotionally affected... kisah yang boleh jadi realiti. Cikgu Elyas mengalami Alzheimer. He will repeatedly do the same thing everyday, even Rubiah yang dia jumpa pun dia tak kenal the next day. Cucu dia yang disangka arwah anaknya... Ekspresi roman Rubiah apabila menyelami derita Cikgu Elyas amat terkesan sekali... I will not tell you more..until you watch the movie.

Then, my most affected character is Dyan (Nanu)... terkesan bila melihat dia menahan sabar dan sedih bila mengharungi cinta terlarang dengan suami orang... (WOW!)

Finally my most affected scene is .. when Haris (Rashidi) mendukung anaknya ke ruang tamu after his beloved wife, Ainin (Rita) left him for another man.. with the background of soundtrack lagu CINTA (melly & kris).. (aku nangis la weiii)

So, friends, kalau ada masa terluang, nontonlah CINTA... nice story.

**thinking of watching CINTA again but with my husband

Tuesday, December 5, 2006

test


testing

Monday, November 20, 2006

Not Well


Assalamualaikum,


Since last 2 weeks, tahap kesihatan aku dan anak2 tak berapa baik... Anak2 baru je lepas baik demam.. seminggu lebih berjaga malam sebab demam derang sampai cecah 40 darjah.. menakutkan kalau anak2 kecik demam boleh cecah sampai panas macam tu...


Dah derang sihat sikit, Ummi (aku le tu) pulak yang tumbang .. demam + selsema + batuk ... dan pagi ni asthma aku menyerang semula.. dan di saat ini, tahap pernafasan aku pun kurang sempurna... harap2 cepat ok.... aku berdoa agar Abang terus sihat .. kalau tidak, dua2 tumbang.. kan ke susah?


Jadi.. kalau blog ni lama tak berupdate atau kalau update pun pendek2 je.. paham2 le ye... jari pun terketar2 nih!

Tuesday, November 14, 2006

Hari Raya ku takde gambar!

Kecewa... aku takde gambar raya tahun ni... nak kata tak bw camera.. bawa... ntahlah...sedey sedey bila cek balik digicam, takde gambar kami berbaju melayu (w'pun tak sedondon)... uwaaaaaaaaaaaa abanggg!!!! napa tak amik gambar??


tgk2 ada la gambar 2 beradik ni, pakai baju boria.. beraya hari ke-2... jadi laaa
((date gambar pun silap rasanya))

Wednesday, November 1, 2006

Sindrom Post-Raya

Berat badan

Nampaknya ada la naik "sikit"... tak boleh declare... rahsiaaaaaa. Jadi elok sekiranya teruskan dengan berpuasa enam di bulan Syawal.. kalau kene ganti puasa banyak hari, puasa lebih 6 enam hari pun takpe.

Menu harian

Rendang, nasi impit, kuah kacang tiada dalam menu harian ..terutama selepas seminggu berhari raya. Nasi kosong, ikan masin goreng/telur masin, ikan goreng, telur mata, sambal tumis, sambal belacan juga yang dicari ..pembuka selera tu kak...

Open house

Nampak dah mula jemputan2 open house ... open house situ sana sini lee! Satu hari kadang2 sampai berderet2 open house yang perlu dikunjungi. Abisss?? macamana la nak diet? kekekeke....

Kerja vs Cuti

Dah abis cuti raya, sambung pulak cuti kecemasan... (read: balik daripada kpg, jalan jem ..), lepas tu sambung dengan cuti sakit .. MC sebab banyak sangat makan lomang agaknya... Apapun, doakan lah kesihatan yang baik2 aja buk!

Mood kerja

Ini yg lomah ni...masih belum masuk gear 5 lagi nih... tapi disebabkan keje bertimbun2, kenelah buat jugak ye tak?

Friday, October 20, 2006

Friday, October 13, 2006

Suatu Masa Dahulu....

Teringat kenangan lama di Bulan Ramadhan dan Hari Raya....

Solat terawih ramai2 di surau wakaf belakang kampung, me & the geng selalu sangat usik orang lain solat hingga ada yang terbatal sebab tergelak atau tersenyum ..

Main bunga api cap KING CAT... Mak tak pernah belikan bunga api sebab macam bakar duit. Tapi bila dah dok mengendeng sepupu sepapat keliling rumah, ALANG (read: my sister) belikan jugak KING CAT sparklers tu tapi punyalah budgeted... satu malam boleh main 3-4 batang je...

Arwah BAPAK akan pasang pelita minyak tanah keliling rumah .. bukan apa.. nak memeriahkan suasana Hari Raya je... BAPAK akan tanam kayu utk gantung semua pelita tu... Bila dah besar, BAPAK beli pelita kaler2 yg plastik tu pulak...

Mak & kakak2 akan sibuk buat biskut, start lepas buka puasa.. sampai kekadang tak solat terawih hehehe.. SAKAN!!

Biskut2 feveret masa kecik... bangkit samperit, biskut kelapa, biskut guli.... boleh juga dikenali sebagai biskut2 zaman retro..hiks

Paling tak boleh tinggal.. KEK BUAH KUKUS. Mak akan buat kek dan kukus selama 4 jam untuk sebiji kek... adoii mak jenuh! Tapi kek tu masih lagi jadi warisan turun temurun every Hari Raya...dari ALONG yg incharge masa anak2 dara dulu.. turun ke ALANG, then ke AKAK.. dan paling lama mempertahankan KEK KUKUS ni ialah.. AKU!.. Hinggakan pernah buat bisnes KEK KUKUS... lumayan dong!

Bila pagi raya, sewaktu bersalam salaman... aku pasti nangis... tak tahu kenapa... selalunya kami akan Q ikut pangkat.. ALONG-ANGAH-ALANG-UDA-ATEH-ANDAK-AKAK/UCU-AKU... Bila time aku je.. Abang2 & Kakak2 mesti tengok semacam je .. sajer nak nyakat la tu.. aku pun apa lagi akan meraung sebab tak nak salam BAPAK & MAK.. As I could remember, until my age was 12... hehehe.. dan paling best, MAK akan pujuk aku... "Meh kat mak... tak payah salam.. Mak bg duit raya ni" YIPPIE!!

Aku akan mengekor Abang2 & Kakak2 pergi beraya ke rumah sedara mara... kaedah kumpul duit raya gitu...

Aktiviti Raya ke-2 atau ke-3 ialah ROUND kampung.. beraya sebab kaedah kutip duit raya jugak laaa... tapi dulu, 20 sen pun ada org bg dan kita happy dapat... sekarang? singgit pun dh kene umpat cik kak oiii

Bila dah masuk sekolah, masing2 "ek" kat member2 berapa yg kita dapat kumpul duit raya.... SABO je lah

Kita hanya boleh ingat kenangan lama... dan untuk reverse semula, MUSTAHIL .. namun bila dah ada anak2 ... kita pulak yang seronok menyiapkan dia di hari raya... sebab teringat nostalgia kita...

Monday, October 9, 2006

How's that?.. being a SUPERMOTHER?


Baru start keje hr ni, setelah bercuti seminggu lebih jadi housewife and mother. My maid balik cuti for hari raya, I failed to find any maid replacement. So, last week was my turn to babysit the kids... this week, maybe pinjam maid kakak, and next week turn Ayah pulak jadi babysitter, and after that dah Raya ... the maid will be back a week after Raya (read: hopefully she's coming back)

Macam2 hal berlaku di rumah... really taught me to be a real housewife and mother at home. Tapi Alhamdulillah... I get help from beloved husband... hehehe kene delegate tasks...(read: have to Abang, tak larat nak buat semua bende)

Anak2 pulak makin "melenja2" (read: atas dari manja)... mentang2 Ummi ada rumah 24 hours.. melekat! Especially Nabil..terbalik pulak.. si abang yang lebey2.... adik terpaksa beralah...

Sementelah jadi housewife, abisss sinetron siang hari aku nonton... waduh2 syiok bangat deh.. bawang putih bawang merah, malin kundang, hikmah2, belum lagi Oprah show...plus drama2 melayu ... tak lupa juga episod2 masakan sempena bulan puasa dan nak raya ni.. kunun2 pelbagai resepi dah aku dapat..

Tapi yang best bila dapat masak untuk husband terchenta (read: selalu tu masak weekend je)... everyday routine, at 4 pm, before malin kundang, aku dah start ke dapur... kuarkan apa2 yang patut dari fridge dan freezer. Selalu at 5pm, Naufal bangun daripada tidur... layan dia kejap, mandikan dia... then starts the cooking marathon .. by 5.15pm, Ayah selalu dah sampai rumah... so he can look after the boys.

Tak dapat dinafikan housewife mmg memenatkan... kene makan supplements tau! Kalau tak, lembek aku dibuatnya.. tabik springggg to my mother who was a housewife and mother of 8 siblings.

Dan yang lebih besttt... quality time with your kids and husband... no one can kacau!

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan tiba lagi....

Assalamualaikum,
Kita postpone dulu cerita HEENA...
****************************************************************

Just to want to wish all my blog readers RAMADHAN AL-MUBARAK.. hope this Ramadhan will be the best in our lives....

Just to add this: Hampers for Ramadhan ... Budget pack also available




Sample

Ramadhan Glory
Basket of Iranian Tamar, Imported Toffee and Zam zam cola
with only RM20









Sample

Ramadhan Radiance
Basket of Iranian Tamar, Imported Toffee, Zam zam cola andTamar with Almond
with only RM35









Sample


Ramadhan pack (Aysar)
Iranian Tamar with only RM6













Sample


Ramadhan pack (Ameen)

Iranian Tamar with only RM4

Wednesday, September 13, 2006

Heena (part1)

edited

Friday, September 8, 2006

Nak seribu daya...

Assalamualaikum,
Nak cerita my breakaway ke PD last 2 days.

Husband dah pegi awal together with other secretariats (read: aku ikut sempena dia jadi committee and dapat 1 apt 2 bilik). So aku akan menyusul kemudian on Wednesday.... and to drive "alone" with my 2 sons. Tak pernah2 aku buat driving all along with my sons yang distance agak jauh.

Early in the morning, I packed the 2 boys' stuff as well as mine, full in 1 bag. Cukup la.. onlyt for 1 nite stay je.

I seldom have time to go to a tailor for my Raya apparel...so I called my sis and asked her to accompany me to go to this "newly appointed" tailor. After brong brang ... ukur badan bagai.... siap sambar 2-3 peket manik2... I drove my sis to her house... somehow, before entering her house, she was like "meluahkan" perasaan about her "confrontation" with her husband last 2-3 days. Okaylah... I just take it.. and listen with open heart...

Moral of the story:... always give priority to our beloved, long lasting and darling HUSBAND.. *wink wink*

Get back to my adventurous driving to PD. Clock ticks 11.30 am, I was ready with my 2 sons zapped in their car seats. After "pesan" few things to the maid, I drove. Arriving Bangi... Naufal started to "argghhh"... "uwaaaaa"... all sorts of crying styles he did made me a bit panicked. I tried to calm him down... singing with Nabil ... lalalalalala... TAPI this little prince, tak mau diam daaaaa....

Just imagine, from BANGI to NILAI, he cried and cried (read: nangis yang macam merajuk tu)... berjurai2 air mata sumer... adoiii laa anak UMMI .. I decided to pull over @ Kawasan rehat Nilai.

I took him, hugged tightly close to my chest... kissed him just to make him calm down and STOP crying. And I did... tapi dok pegang dia almost 15 min...

Nabil: Ummi, kita tunggu ayah kat sini ke?

Ummi: No... ayah kat PD. Kita nak pegi la ni tapi adik tak nak dok dalam car seat.

Nabil: huh... Adik... dok la dalam karcit (read:car seat) tu.. kita nak pegi kat hotel ayah (kayanyaaa ayah ye hehehe) ni.. kejaaaaaappp lagi nak sampai (amboi pandai2 je dia estimate)

Ummi: Alaaa pandai nya Abang... ok adik.. sit dalam ni ye... Ummi nak drive.

Sambil letak Naufal dalam car seat, dia pandang aku with puzzle look! Tapi dia dah macam mengantuk..

Then, I drove again to the highway... sambil2 usap rambut dia.. Alhamdulillah, not more than 5 min, he fell asleep.

I reached PD after 1 hour driving (read: 100km/j). Abang waited me at the lobby.

I enjoyed staying at Bayu .... memang lepask abisss dalam apartment...

And today I have this SEP training .. my session will start @ 2.30 pm... till then..

Monday, September 4, 2006

sejauh mana anda bergossip?

Secebis perbualan GOSSIP aku dengan seorang kawan di Bandar K......
(read: ini hanyalah GOSSIP semata-mata.. memandangkan kawan di Bandar K pernah menjadi kenalan rapat dengan R****)

Naylah: citer je la citer yg kau dgr tu hehehe

n*********: 1. mak n ayah ct nak balik umah lama dorang dah, sbb ct mengungkit smua harta2 yg dia beri kt adik beradik dia tuh..

n*********: contoh..umah keta n bla..bla

n*********: dia kata..dia dah bagi smua harta benda kan..kenapa dia nak kawin parent dia tak kasi..

n*********: so ari tu..

n*********: aku ada dgr lah yg parent dia gi jenguk smula rumah lama dorang tu..

Naylah: oo ok

n*********: agaknya waktu tgh marah kan..

n*********: skrg ni..dah ok kutttttttt

******** terpaksa delete... boleh menimbulkan silap faham***********

catatan: penulis hanya berGOSSIP di waktu rehat pejabat... dan tidak meninggalkan apa2 kesan terhadap diri... hanya la untuk release tension.. :-]


Wednesday, August 30, 2006

mawi vs ina

POSTING TERTUNDA

Assalamualaikum,

Aku tak boleh la kalau tak ulas pasal MAWI & INA (bekas tunang) ni... Selepas menonton ASTRO (read: pandai betul tarik penonton TV3) malam isnin lepas... aku masih tertanya2 kenapa INA buat diri dia macam tu?.... Aku betul2 tak paham. Okaylah kalau orang kata itu hak dia.. dia boleh buat apa saje dia suka... BUT aku nak tahu jugak ALASAN sebenar dia WHY dia involve diri dia dlm industri dimana telah memisahkan dia dengan bekas tunangnya MAWI...


Orang mungkin kata.. kau ni perempuan L**N, kau patut simpati la dgn kaum sendiri... ni tak.. sokong MAWI buat apa?... Elloooo!!! aku bukan sokong MAWI (read: bukan sokong MAWI)... kalau cakap pasal kekecewaan wanita yang ditinggalkan, aku mungkin berpengalaman. Tapi adakah perlu untuk cerita pada orang apa yang sebenar berlaku.. tak kira who ever fault it is.. still you disclose yourself to others.. ni lagi pulak to public.

Anyway... biar la dia (read: Ina) bahagia dengan cara dia..mungkin memang benar dia nak jadi penyanyi daripada kecil... tapi bagi laluan pada MAWI masuk AF.

So, I rest my case.... :-P

Monday, August 21, 2006

SAYA TERIMA NIKAHNYA....

Assalamulaikum,

Semalam ramai yang jadi penonton setia TV3 dari jam 10 pagi.... Aku tak boleh join sebab keje... nak mengintai boleh hehehe tapi malas laa... (read: malu org tau kita beriya hehehe)

Selamat CT menjadi suri hati Datuk K (read: DK)... Semoga mahligai suci kekal sehingga akhir nyawa...

Tak banyak nak komen... cuma satuuuuuuu je... BAJU CT CANTIK DAAA......
adoi makk bape puluh ribu pulak rege dia ye tak?

DK pun nampak segak.. nampak macam first time nikah je.. hahahaha.....



Like this pic... very sweet and looks veeerrrryyyy in loveeee!!!!

Tuesday, August 15, 2006

Lama sudah ku menghilang....

Assalamualaikum,

Lama sungguh tak berupdate blog ni... macam2 hal laaaa.... dari balik Sabah, tak berapa sihat... then adapting myself to my new portfolio .. new division.. different tasks, different visions and objectives.... so I need to "bertapa" dulu dari berblog....

But today, I'm on night shift, ada la sikit masa nak update blog dan uruskan hal2 yang belum selesai (read: personal matters)

Talking about my new tasks, yess, I should say... busy place.. kekadang sampai tak sempat nak duduk depan PC...everything need urgent "treatment"... maybe I'm yet to adapt with the working scenario.... however, I'm catching up now... adoiii!!

I'm lucky since I have assistant yang memang boleh diharap... and my other two staff... Alhamdulillah.. they know their job.. tak perlu bersuruh, baru nak buat.

Actually I love to share one thing... BUT I think I post it later.. with photos, yess.. I promise.. with photos.

I'll continue Insyaallah when I have "time" for my blog...

Monday, July 31, 2006

Breakaway...

Ni ada gambar sikit .. breakaway @ KK and Labuan













Ni gambar peak gunung kinabalu... banyak awan tuu...













Nabil smiling ... @ Karambunai beach













More pics ... Kinabalu peak.















Hahahaha.... licin lincau... dinner seafood @ Salut Seafood Restaurant.. fresh one!













Myself with Naufal.. @ Karambunai

Friday, July 28, 2006

Hula Hula..

Assalamualaikum,

Hai everybody... lama nyaaa tak jenguk blog... cuti panjang.... we had a nice vacation in K.K Sabah and Labuan. Despites other uncondusive situation... i should give credits to my HUBBY...THANK YOU SO MUCH ABANG.. and my two sweet sons.. NABIL and NAUFAL... Kesian dia orang ni.. NABIL demam dari 1st day landed di Sabah.. continued by NAUFAL when we were in Labuan.

Banyak cerita nak share.... banyak gambar nak tayang....but all photos are still kept in the digicam.. Maybe I will post it here later...

After so many days off from working mode, I try to gear up now... lebih2 lagi bila dapat berita terbaru... I will be transfered to other Division... effective 1st August???? HAH!!!.... ((i just break the news.. surat tak sampai lagi pun))

Plus... I'm still in the SPP training for trainers ((kununnya))...LOT more to learn... LOT more to improve... I'll sgare with u olls later kay...

OK.. gtg..

Tuesday, July 18, 2006

When the times come...

No surprise about CT & Datuk K wedding... knew about that weeks ago, furthermore striked by a news last week, Ct will "nikah" in Masjid Wilayah on 21st August... "wink wink" to my informer hehehehe....

Anyway... enjoy this video clip I've got from a forum ...

http://www.youtube.com/watch?v=AeKia2QCtP0&mode=related&search=

Monday, July 17, 2006

Rechargeable?

Today's Quote

Praise and blame, gain and loss, pleasure and sorrow come and go like the wind.

To be happy, rest like a giant tree in the midst of them all.

Monday, July 10, 2006

Victory vs Victim

Assalamualaikum,
Italy wins World Cup
It took extra time and a shootout for Italy to claim the World Cup in Berlin, beating France 5-3 on penalties on Sunday. The Italian victory came after French captain Zinedine Zidane was ejected for head-butting Marco Materazzi in the chest. Without their leader for the shootout, the French only missed once. But Italy, rarely strong in such situations, made all five.

I just knew about the result when I watched the highlights at 5.45 am (after sahur). Quite frustrated since though I'm not a France fan, but France has numbers of Muslim footballers... which symbolize of Islam invasion of mind through this world phenomena...

However.. we cannot forget the other side of the world which fights for their freedom, most important is they are Muslims.. Let's pray for them...

Israel has resumed its aerial assault in northern Gaza, killing a Hamas fighter and wounding three, Hamas and hospital officials said.
After the worst day of clashes in Gaza since it withdrew last summer, the Israeli military said its aircraft fired at four armed Palestinians on Friday.
Nearly 40 Palestinians have been killed since the offensive began last week, the military's chief said.

Tuesday, July 4, 2006

TNB...

Assalamualaikum,

***Nak luahkan ketidak puasan hati kejadian 2 hari di rumah ... Hari Ahad lepas, electricity rumah naylah terpadam dari jam 6 pagi... selalu tak la lama, paling lama pun dalam 2-3 jam..

Naylah pun pegi pasar borong, beli stok lauk basah macam biasa.. plus lebih sikit sbb abang dari "jauh" nak balik bercuti... Dgn happy dan puas hati dpt beli macam2, call rumah minta maid on kan freezer.

Tapi letrik masih belum on.. dan masa tu dah jam 10.30 pagi. Naylah pun simpan ikan dalam peti polystrine yg ada ais. Jam 2 ptg letrik dah on, settlekan ikan2 semua tu sbb takut rosak... so far ok sbb masukkan dlm peti tu. Tup tup kul 3 letrik padam balik dan on off beberapa kali sehingga la jam 5.30 ptg....

Dah malam tu, naylah buka lampu tapi malap gilerrr... dan ada tempat2 dalam rumah, lampu tak boleh buka pun... macam tak cukup support.

Yang geramnya, malam tadi letrik terpadam lagi. Dari jam 9.30 ((tgh best2 tgk gitu2 apek kat astro ria))... sampai jam 12 lebih tgh malam... Hangin satu badan wooooo... bila call 1-5454, jawapan standard... ada wayar putus puan, technician kami sdg baiki... tak tau lg sampai pukul berapa...

TAPI satu perkataan MAAF pun takde.. Naylah hangin bukan sebab apa... kalau ikutkan org susah, lagi la kan every night takde lampu, kipas etc... cuma servis yang diberi oleh TNB tak best langsung.. dgn petugas2 1-5454 yang tak friendly langsung...

dan tariff letrik kan ke dah naik... so TNB hantar2 le petugas2 tu pi training customer service...

Tuesday, June 27, 2006

Weird ...

Assalamualaikum,

Good morning my blog readers@ friends...Dah lama tak update this blog, so many things to do and yet little time left ... Anyway, just want to share this with ya...

Pain is inevitable. Suffering is optional.

**sendiri interpret la ye**

I had this weird dream last night. Tak cerita pun to my hubby. Really need this to be out of my head!!... Dok merewang dalam fikiran pepagi ni, memang tidak menyihatkan langsung!! Want to know about the dream???...
Ehmmmmmm this "fellow" keep coming in my dream once in a while. I don't know why... tak pernah ingat kat dia pun, tak pernah terpikir pasal dia pun... somehow, bila masuk dalam dream, you'll be remembering the person for some reasons, one or two... really distract me ...

%&*!#%^(*!&#!_)+{!)*#$&(@(*^$@(*^$@)$(&@_@)($&*()@&@$&)$(@

Tuesday, June 13, 2006

Jangan Nangis!!

Yesterday's scene...

I reached home @ around 6.40 pm... traffic jammed @MMR2... Macam biasa aku akan bg salam..

me: Assalamualaikuuuuuuummmm
(heard budak nangis dari dalam umah.. suara Nabil nangis2)
Again bagi salam...
Since takde orang bukakan pintu, Abang buka la guna kunci spare kat kunci kereta tu. Masuk je rumah..

nabil: uwaaaaa.. nak buka pintu ayah balik keje!!! (with his maximum volume plus serak2 sebab batuk)

me: laaa.. napa nabil tak tunggu ummi macam biasa?

nabil: nak buka pintu!!!! (still shouting,crying,hentaming all things beside him)

Aku malas nak layan mula2 ni.. dah la baru balik, penat dengan jem... aku biarkan je dulu .. dia cool down. Aku ke dapur, lepas cium Baby Naufal. Ambil ikan dan goreng dan buat sup sayur sikit (Abang tak makan nasi langsung tghari tadi, so he must be hungry... no!!... STARVING!) hehehe

There he still crying and shouting.. tunjukkan protest dia tak dapat buka kan pintu dan sambut kami balik dari keje macam biasa. After 1/2 hour, he didn't stop, Ayah started his trick. He went out again (ikut pintu dapur), and berlakon balik as if we were just got home.

me: Assalamualaikuuuummmmmmm... nabil.. ummi & ayah balik ni.. buka la pintu

nabil: (tetiba tersenyap sekejap).... uwaaaaaaa nabil nak buka pintuuuuu!!!!.. ummi ngan ayah gi keje...

Pulak dah.. he asked us to go to work again!.. Ehmmm budak ni memang mengada2.. he just recovered from demam, so post-fever symtom lagi teruk rupanya...

Since it was already 7.30 pm, Ayah pun dh fed-up, Ummi apa lagi.. masuk balik rumah and just act as normal. Lagi la dia melalak. I finished my so called dinner, and thinking of something else.. how to handle this kid?

I tried to pujuk, tak boleh jugak. Finally I went upstairs, leaving him alone at TV area... still crying and shouting. Then, I switched off the lights (semua lampu kat bawah) except lights in the room.

nabil: huhhh???...

me: alaaa nabil.. lampu kita dh rosak laaaa

dia pun dgn ok nye.. bangun.. dan dukung ngan aku.. siap tanya..

nabil: napa lampu kita ummi?

me: dh rosak lampu kita ni.. nabil nangis kuat sgt

nabil: sapa nak betulkan?

me: nanti ummi call org ye.. kita masuk bilik dulu.. sini gelap..

Then, lepas dia dah berenti nangis tu.. aku baca la mantera sikit.. buka la lampu... Nabil pun suka la sebab lampu dah ok..

*** MUMS need creative tricks to handle the kids.. kalau tak.. join nangis sama leeeee*** but sometime I also "mati akal"...

Sunday, June 4, 2006

Keje on Sunday...*sigh*


Assalamualaikum,
Hari ni aku kene keje Ahad pagi-petang 8-5!! When everybody is having gooooooood time still in bed... aku kene la sampai ofis @ 8 am... tadi pun dh terlewat sikit.. 8.11 am...

Pagi tadi kene la siap2kan apa patut .. WHY?.. I left my kids with my husband!! Maid balik cuti, hari ni baru balik and I don't expect she will be back as early as 10 am!! So, I have ready my "heros" with their breakfast.. roti telur and soto (i did yesterday evening). Nabil looooooovvesss to eat soto esp. mee soto. Yesterday, he ate 3 times tambah mee.. aduhaii anak Ummi dah 19 kg! Despite that, syukur alhamdulillah sebab dia senang nak makan... not like others at his age.. susah makan!

Baby naufal, pagi2 la dah bangun.. macam tau Ummi nak pegi keje, tinggalkan dia ngan Ayah.. tu yg jadi terlambat semua keje. As usual, dia mesti merengek nak kat Ummi... marah betul dia kalau kene dok dengan Ayah... tapi before I leave, looking him sitting with Abang... muncung betul! Geram betul dia agaknya sebab kene dok dengan Ayah hehehe.... sneaked behind him and kissed him .. dia tertoleh2 nak tengok siapa.. cepat2 aku lari ke pintu.. I'm already late!

Nabil dah menangis kat grill pintu... muka dia sad betul bila tengok Ummi dia naik dan start reversing the car.. aku lambai say bye bye pun tak nak senyum... takpelah.. sekejap lagi tu, elok la .. lagi2 kalau pasangkan dia cd aliff ba ta..

So now.. here I am.. writing the blog.. nak hilangkan boring tahap maksima ni.. sejuk betul kat library ni! I start sneezing and having running nose symtom (biasalah.. orang ada sinus a.k.a resdung) ...

To everybody out there.. having a gooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooood time with your family!

Monday, May 29, 2006

continued.. gambar2 anak pulak

Selamat petang... isu pagi tadi lenkali sambung.. ni nak letak gambo anak2.. gambar tak la latest sgt tapi nak eksyen frame yg comey lotey tu hehehe





Demam AF4

Assalamualaikum,

Uishhh dah bersawang blog aku nih.. hehehe... aduhaiii sibuk sesangat sampai blog sendiri tak sempat nak update. Apa pun, kali ni nak citer sikit pasal demam tahunan .. and that is AF 4.. Akademi Fantasia seh...

Me?.. writing on AF?.. hard fan ke?.. Takde laa.. actually this morning I've listened to ERA.. topik pagi di ERA, anything about AF... adala sorang Pn. S*** ni call, aduh emotional satu hal.. fanatik sungguh hinggakan tape the programme and watch it again and again.. dan siap bagi komen kenapa si dia si dia tak masuk.. sepatutnya si polan ni yg masuk... ada hati nak jadi Pengetua bagai... ehmmmm apa la nak jadi ngan org melayu kita ni?

.. Akademi Al-Quran tidak langsung dihebohkan... Gempa bumi di Yogjakarta tidak dihiraukan... Palestin berkecamuk antara Hamas dan Al-Fattah langsung tidak ambil tahu... Iraq yang terus diserang Amerika & Britain terusan dipinggirkan...

Nak kata aku tak tengok AF tu.. tipu la kan.. :-P... tengok jugak la..tapi tidak la fanatik dan AFUNDI menghabiskan duit tak tentu pasal... betul jugak ada menteri2 yg berbunyi .. bila harga petrol naik, bil letrik naik.. ramai yang marah... tapi kalau UNDI realiti tv... takpe menghabiskan beribu raban duit ke arah itu...

Rasa macam nak buat satu survey fenomena orang melayu Islam di Malaysia ni.. berapa peratus yang benar2 cenderung je arah hiburan ... berapa peratus yang prihatin... berapa peratus yang tak ambil "pot" langsung pasal realiti tv show etc etc...

Oooppsss.. naylah ada keje... satgi sambung ...adios

Demam AF4

Assalamualaikum,

Uishhh dah bersawang blog aku nih.. hehehe... aduhaiii sibuk sesangat sampai blog sendiri tak sempat nak update. Apa pun, kali ni nak citer sikit pasal demam tahunan .. and that is AF 4.. Akademi Fantasia seh...

Me?.. writing on AF?.. hard fan ke?.. Takde laa.. actually this morning I've listened to ERA.. topik pagi di ERA, anything about AF... adala sorang Pn. S*** ni call, aduh emotional satu hal.. fanatik sungguh hinggakan tape the programme and watch it again and again.. dan siap bagi komen kenapa si dia si dia tak masuk.. sepatutnya si polan ni yg masuk... ada hati nak jadi Pengetua bagai... ehmmmm apa la nak jadi ngan org melayu kita ni?

.. Akademi Al-Quran tidak langsung dihebohkan... Gempa bumi di Yogjakarta tidak dihiraukan... Palestin berkecamuk antara Hamas dan Al-Fattah langsung tidak ambil tahu... Iraq yang terus diserang Amerika & Britain terusan dipinggirkan...

Nak kata aku tak tengok AF tu.. tipu la kan.. :-P... tengok jugak la..tapi tidak la fanatik dan AFUNDI menghabiskan duit tak tentu pasal... betul jugak ada menteri2 yg berbunyi .. bila harga petrol naik, bil letrik naik.. ramai yang marah... tapi kalau UNDI realiti tv... takpe menghabiskan beribu raban duit ke arah itu...

Rasa macam nak buat satu survey fenomena orang melayu Islam di Malaysia ni.. berapa peratus yang benar2 cenderung je arah hiburan ... berapa peratus yang prihatin... berapa peratus yang tak ambil "pot" langsung pasal realiti tv show etc etc...

Oooppsss.. naylah ada keje... satgi sambung ...adios

Thursday, May 18, 2006

Terlalu Istimewa

Terlalu Istimewa..by Adibah Noor

Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa


When I listen to this lovely song, I'm very touched!...

Who are your "terlalu istimewa"?

Thursday, May 11, 2006

HaVe A nIcE wEeKeNd


Assalamualaikum,

We will have 3 days off ya?.. seronoknya!!!! I plan to go for a short vacation.. 1 nite stay je.. @ Tekam Plantation Resort .. kat Jerantut Pahang. Actually my mission going there is for "usha2" the place for my Family Day on 5-6/8. Just want to look at those facilities provided.. plus setting the programme e.g: telematch / pi makan buah2 an di dusun / caving / golfing / swimming ....

I have been there B4... such a serene place to be for vacation.. penuh dgn pokok2 rimbunan .. sejukkk jek.. kalau dulu we took about 41/2 hours to reach but now only 2 hours from my place...

heyy.. the manager is my virtual friend laa... tak rugi ramai kenalan virtual ni hehehe.... mana tempat pegi, ada je boleh singgah. Even @ London pun ada.. hehe...

So, everyone, enjoy ur weekend with your beloved Ones...

Not ot forget...to all my friends who are
MOTHERS @ MAMA @ UMMI @ IBU...



SELAMAT HARI IBU... SEMOGA KITA DIBERI KEKUATAN IMAN, KETENANGAN DAN KESABARAN DALAM MENTARBIYAH ANAK2 KITA MENJADI ANAK2 SOLEH & SOLEHAH.. AMIIINNNN

Monday, May 8, 2006

Ahad yang sibuk

Assalamualaikum,

Today's Quote
I trust that everything happens for a reason,
even when we're not wise enough to see it
************************************************

Yesterday ada family gathering, pagi2 dah ke kubur Arwah Bapak, plan nak bersih2kan. Tapi bila sampai, tengok kawasan sekeliling dah kemas dibersihkan. ooOO rupa2 nya my sister (Se**) dah minta workers dia bersihkan the day before. Nak buat kezutan kat kami semua gamaknya. Anyway, kami teruskan baca tahlil dan doa, tabur daun rampai, dan bersih2kan sikit atas kubur yg penuh dengan daun2 gugur dan rumput2 halus yg tumbuh.


Waktu nak meninggalkan kubur Arwah Bapak, aku berhenti sekejap sambil memegang batu nesan... tiba2 aku jadi sebak.. sebak sgt2.. air mata dah bergenang, tapi aku tahan. Ramai di situ, bukan malu, bukan segan... tapi sejak Bapak takde, aku banyak tahan air mata dari mengalir depan Mak.. seboleh2 aku tak nak Mak tgk aku menangis depan dia kerana Bapak, kerana rindukan Arwah Bapak... Aku fikirkan perasaan Mak..pasti dia sedih, pasti dia sebak kalau aku menangis depan dia... jadi ku tahan saja air mata itu..

Sambil memegang batu nesan.. aku sedekah kan lagi Al-Fatihah untuk Bapak... dalam hati aku cuba berbicara...aku tak pasti kalau dia betul2 tau apa yg ku bicarakan...

Bapak.. Norleen datang ni.. dgn suma anak2 cucu2 pun ada... Bapak ok ke kat sana?.. Ya Allah, tempatkan la Bapak di kalangan orang yg soleh... Anak2 Norleen suma sihat.. yg kecik tu pun dulu nangis2 je.. sekarang alhamdulillah dah ok.. Nabil ingat kat Atuk dia... Ok ye Pak.. Norleen balik dulu...

Dah selesai di situ, kami bergerak menuju kawasan kubur Arwah Atuk pulak (berhampiran).... Ya Allah! Semaknya!! Mak hampir menangis melihatkan kubur Arwah Abahnya tak berjaga... bukan kami tak beri upah kepada orang yang menjaga kubur di situ, tapi ntah laaa..... hal2 kebajikan seperti ni, bukan semua orang nak lakukan....

Di situ jugak bersemadinya sepupu kami... anak Maklong.. meninggal selepas Hari Raya lepas. Bila kami melihat kubur Arwah Bangah tidak berjaga langsung... tidak ada tanda2 orang menziarah atau membersihkan .. kami sedih.. sedih jika betul Arwah Bangah tidak dipedulikan oleh keluarganya... Tanah kubur nya dah mendap, tidak ada orang yang gemburkan.. batu nesan papan yang terpacak dah pun senget, tidak siapa pun yang betulkan... pada ziarah kami yg lepas, Mak lihat payung kertas yang dipacak dah koyak rabak, tidak ada jugak siapa yg buangkan.. Alangkah sedih kalau betul kita nanti diperlakukan begitu...

Kami pulang ke rumah... ada agenda lain seterusnya... Masak2 dan Makan2... Along & Alang nampak sibuk memasak di dapur... Lauk kepala ikan masam asam tumis, gulai nangka bersama ikan masin, kurma ayam-lauk budak2 (aku masak), rebus pucuk ubi, ikan masin, ikan bakar... fuuhhhh mewahnya lauk hari ni!

Mak pulak pesan cendol buatan sendiri dari kawannya... kaw kaw betul cendol dia ni... Selepas tu, ais krim pulak.. macam2 masuk dalam perut ni... bila la nak kurus?? hehehehe...

Malam pulak, adik beradik Abang singgah nak jemput Ibu... jamu pulak makan malam.. lauk2 tghari tadi masih banyak, cuma tambahkan telur dadar dan masak nasi panas2...

Hari ni ingat nak puasa.... tapi tak terbangun sahur pagi tadi.. Baby Naufal terjaga pukul 3 pagi... takkan nak sahur pukul 3?... Tak pelah, Insyaallah esok lusa aku akan cuba puasa.. banyak woooo kene ganti.. 33 hari!!!

Wednesday, May 3, 2006

Quotes for today

There is nothing better than
the encouragement of a good friend

The true measure of an individual is
how he treats a person who can do him absolutely no good.

Other people’s faults are like bees—
if we don't see them, they don't harm us.

Tuesday, May 2, 2006

GELEK MEKS

feelin' fresh with arab song.... enjoy it!! **wink**

Tuesday, April 25, 2006

Readjustment of salary

Today's Inspiring quote...

****Take a deep breath, count to ten, and tackle each task one step at a time.****

~~~The future enters into us, in order to transform us, long before it happens~~~

Assalamualaikum,
Pagi2 lagi dah siapkan calculation (on my side) regarding isu terhangat di pasaran sekarang.. readjustment of salary.. Naylah sajer citer dalam blog, so that everyone who reads will know the situation of MS* management yg s***s!!.. Bertemankan Pn Z**... menuju la kami ke MS* dan berjumpa dgn En. Ha****.

Di meja bulat, dia mulakan dgn bismillah... dan teruskan penjelasan demi penjelasan kenapa dan macamana perkara ni boleh berlaku kepada pergerakan gaji aku. Dia mengaku ada dua kesilapan BESAR dari pihak dia dan MS* sebab mereka tak re-check apa yg staff derang dah calculate.. main sign jek....

After explaining, I then told him... I want to know how he got the figure of 6*** overpaid to my acount, since I couldn't see it in my calculation.. my simple calculation... only shows me figure of 4*** .

I showed him my simple calculation ... explained to him here and there,... he nodded few times.. I assumed he agreed with me .. agreed with my simple calculation.

Oklah.. camni.. can I have 1 copy of your calculation? I'll bring this calculation to Pn No**** and let her consider. If she consider your calculation is right, we will do the adjustment again...

huh!! senang nya!!

I gave him my simple calculation... reminding him few times... get back to me ASAP.. with positive reply I hope! Really hope the calculation will help in this situation.

Friday, April 21, 2006

T.G.I.F

Assalamualaikum,
Lama sungguh tak update blog... macam2 hal berlaku dan macam2 hal yg perlu ditempuh...

Today's wisdom....

The best charity is followed by contentment, so begin with those related to you.----- The Prophet Muhammed, as reported by Abu Hurairah

Ultimately, it is through serving others that we become fully human.

**************************************************

14/4 - friday
Ada AGM Library Club. Registered jam 9 pagi.. dapat la breakfast bag (kuih muih, gula2 & air kotak). Brought with me nota CLA for exam next wednesday(19/4). Tunggu agak lama sehingga CL datang. Dia berucap setelah dijemput ke depan, tapi apa butir ucapan sorry to say, I didn't heard anything particular .. sebab his volume was tttooooooooo low! Then, the AGM began. Out of sudden, my name was called...

Huh? apsal nama aku kene panggil ni ayu?

Eh, akak kene jadi ketua kiraan undi la... yg kita undi pagi tadi utk executive board AGM

Ooo..aku ke? siapa yg cadang ni?.. ish aku baru je nak membaca (konon2...hehehe)

Aku & 4 rg lagi diminta keluar utk mengira undi pilihanraya kecil AGM .. aku selaku ketua kiraan undi.. mengira semula undi2 yg telah dikira dan keputusannya adalaaahhhhh

Presiden: Sh****
Naib presiden: Masr****
Setiausaha: I***
Bendahari: Che Sam******

I announced the winner loudly....

AGM diteruskan lagi...sehinggalah

Biro Kebajikan...

Saya cadangkan No*****

Bla.. bla..bla

Setelah dikira undi, Puan No***** adalah biro kebajikan yg baru

Erkkkk!!!!! Aduh laaaa... parah ni! Biro tu byk kerjanya! Kenapalah derang undi aku lebih? Bukan apa.. Takut tak terbuat amanat yg telah diberi...

17/4
Attending KBM at Kulliyyah... abih je report, terus chow... kali ni tak tunggu lama2, byk bende tak baca lagi ni utk CLA!!

18/4
CLA CLA CLA CLA.... everywhere everthing seram lak nak exam esok...

19/4
Last minute reading for the exam... 9.30 dah move to exam venue.... takut sesat, tula pergi awal2. Sedangkan exam start at 10 am. The first to arrive, wait outside, called Abang... minta tolong dia cerita2 kan pasal G.O bab A, B & C.. hahaha study over the phone... Sabar je la!
Enter the exam room... Exam starts... Aiyoooooooooooo!!!! Susah la... byk case studies... bla bla bla.. tong ting tong... exam finished!
***** I received a letter from MS*, RE: Readjustment of salary. EERRKKKKK!!!! NOT MEEE!!!!!! Actually this issue was boomed since last February... whoever gets the salary shiftment after CLA exam last year, was instructed to deduct their salary due to overpaid by the Uni***sity... I thought and prayed my name was not in the list... namun apa daya ku??? Truthfully, I was very very mad / angry ... nyusahkan idup orang tul derang nih! You won't believe it!.. My salary is to deducted RM100 every month for 60 month = 5 years. Can't u imagine??????
I am really disturbed by this matter... camna nak buat ni? I'm thinking of writing a formal "aduan" to the upper level. Tapi I need support from other victims as well for eg: Pn S**, Ras**** .. or maybe others.
TENSI TENSI**** stop here

20/4
Very busy day... starts at 9am .. 1st meeting ... continued with 2nd meeting at 10.30 am until 1.30 pm. Went for lunch break, 2.30 pm, ready to go to JUP**.. huh.. sampai sana, macam2 pulak procedure yg conventional perlu diikut.Finished at 4 pm.

Today
Pepagi dah melawat blog2 yg perlu... sebab kesibukan minggu ni mmg tak sempat nak menjenguk blog2 ni.. ((blog sendiri pun tak sempat nak update))

Jadi, hari ni aktiviti yg ingin diselesaikan :
1. tulis blog ((doing it now))
2. kira balik gaji2 yg dah dapat dan compare dgn surat Ha**** dari MS* ...
3. tunjuk barang2 baru dari Sabah kat surau
4. clear up bende atas meja ((kalau sempat.. dah teruk meja ni..penuh ngan ntah macam2!!))

My baby is still crying every night... starting 10 pm.. until 12 midnight +++... exhausted trying to calm him down.. but i think he is more exhausted than I am since he is the one who cries... Thinking of bringing him to somebody who can "do'a" ... Tgklah camana plan this weekend.

Friday, April 14, 2006

Quote for friday

Failure is a stepping-stone to greatness...

Thursday, April 13, 2006

Today's Quote

The art of acceptance is
the art of making someone who
has just done you a small favor
wish that he might have done you a greater one.

Anybody would like to elaborate on that??

Wednesday, April 12, 2006

Quotes for today

I'm sensing of giving my blog readers "a quote a day".... here it is...

When I hear somebody sigh, 'Life is hard,'
I am always tempted to ask, 'Compared to what?'

another good one...

There is only one success--to be able to spend your life in your own way

more to share

One of the best ways to persuade others is with your ears--by listening to them.

Allah panjangkan umur Mak... 11/4

Assalamualaikum,
Yesterday was Mak's birthday.... her birthday of 75! Alhamdulillah, she is fine... still....with good health, good mind, good vision, good memory ...

I gave her a pair of heel sandal, she was happy. Tried so hard to persuade her to wear the sandal yersterday night. Actually we (the whole family) planned a surprise party ( i would say majlis la) for her yesterday night, at Famosa House in Bandar Baru Bangi.

I think I should be given the best actress for this "conspiracy".... I have to act like nothing will happen on that day... even more I planned to visit Ibu in Seremban... Along has to trick Mak, to come to her house in the evening, then everybody gathered at Famosa House at 8.30 and Mak was the last to come...

Mak with her puzzled face, dok tanya... napa gelap ni Noshi (my Along)... when she reached the last step...

"Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan kamu... Allah selamatkan Mak & Nenek tersayang... Allah selamatkan kamu.." everybody sang and the lights all switched on.

Mak hugged Along tightly and macam biasa la... she cried and cried... then everybody salam Mak @ Nenek...

The Majlis began, everybody was enjoying the food... suddenly my Baby Naufal.. started to cry. Mula2 tu sikit lama2 even louder!!

I tried to calm him down more than 1/2 hour, he didn't stop. So I asked Abang to go home... I grabbed the "bag susu", stepping down the stairs and straight to my car without excusing myself from the Majlis. I couldn't think of anything else, just Baby Naufal... napa la nangis teruk sgt ni??....

Dalam kereta dia senyap.. sampai rumah pun dia ok... Sabar je la!!!

I remembered Nabil was still at the Majlis... sian anak aku!!! I called Alang, asked her who would bring my son home?... Ok lah.. Angah wanted to "singgah" at my house, brought Mak & Nabil (with my maid) back.

That's it!...

Wednesday, April 5, 2006

So called CUPID

I have a "sister" now living in UK, with her family, doing MBA (Master Bela Anak), her husband is doing PhD (real one aaa). She has 4 daughters (hoping so hard to have at least a son...hehe).

I met her virtually in 2002, in a very "secret" chatting platform. Those days was my Dark Ages until I met my husband, Abang.

"Kak N***" was then the popular "icon" in the chatroom. When she entered the "room", everybody will greet her warmly. She, with her motherly and sisterly character will be quickly adored by anybody who is new to the room, one of them was me. I really liked having conversation with her secretly (Private Message maa), just 2 of us. Dok gossip macam2... dok kenen kan aku ngan Abang la.. ngan Iz*** la... hehehe (wondering where he is now... still being a pilot?)

It started when I (dgn beraninya..) solicited her about Abang, (just before I went to Ibadah Camp 2002). I just want to investigate Abang "status" at that time. (Ye la kan... hati dah berkenan, takut nanti tersalah pilih, suami orang ke,tunang orang ke...) I put aside all my pride just to know more about Abang (guna org ke-3 lebih selamat tau..hehe)-- pesanan penaja


Eventually, her positive response of Abang made me decide... he is the ONE!... and the love story begins.... (censored!!)

Kak N*** still keep in touch with us, even we have met eyes to eyes with her whole family..(wpun bukan di rumah, hanya la di pekan Kajang..) I am grateful for this relationship (so called adik/kakak angkat).

I'm praying for her happiness, health, wealth (kata nak beli banglo, kan? "wink") and a son maybe?? hehehe

Till we meet again...

Thursday, March 30, 2006

Baby Naufal

Assalamualaikum, Seperti yg dijanjikan.....



Accidentally smiled.... just 6 days old



Ni dah besar sikit, mmg pandai senyum dah



Happy birthday to you!! Eh... belum laaaa... pinjam topi abang jekkk




Ummi.... Naufal lapar laaa...nak shushu...



Hey... Ummi!! Look at me...I can sit on this big Chair!!!



Arrghh... Uhmmm.. Nyum nyum... sedapnyaaa buku ni Ummi!! Please give me big one!!



Hey, look! I can reach my feet... jap lagi Naufal gigit ibu jari kaki lak.. hehehehehe

Disebabkan kesibukan dan tak cukup masa, ni je yg sempat ku paste kan... gelagat Baby Naufal :-)

Tuesday, March 28, 2006

Tahap kesedaran sivik

Assalamualaikum,
Long time since the last entry, quite busy right now... book fair, ISO analysis (keje yg tertunggak),lecturers requests etc etc etc... anyway, i just want to ask my friends out there.... tahap mana kesedaran sivik kita? Let me put this way, I'll put few cases / incidents, what are your reaction or response?...

1. while you are driving, you heard sound of "siren" .. (tak kisah la, ambulan/polis/bomba).. what do you do?
2. you are eating rambutan in the car, where do you throw away the "kulit"?
3. just imagine you are in the car with your kids / nephew / anak org lain ... derang minta buka tingkap luas2..apa response korang?
4. you saw an accident opposite your lane, are you slowing down the car to see it?

Ni just few cases la.. byk lagi sebenarnya...i'm thinking of pointing this out since this morning (selalu benarnya) ada ambulance in a hurry (of course) menuju ke PJ (maybe to UH).. what i've observed, no cars gave way to the ambulance, siap sama laju dgn ambulance tu .. eeiii geram tul!
I remembered when i was in the ambulance with my ARWAH father to IJN. It was on saturday morning, working saturday! Traffic jammed all over .... boleh kira ngan jari kereta2 yg gave way to us masa tu. I felt like to screammmmmm!!! derang ni tak reti ke nak bg jalan ke ambulance ni? Very selfish betul Malaysians ni!! I'm not pointing this out not just because i've experienced it but with our own concern towards the civic minded among us. (mcm pelik je ayat ni)
Anyhow, i just want to know your feedback on this... please be honest and sincere ok?...peace!!

Tuesday, March 21, 2006

CoMe BaCk with MoRe StOrIeS..


Assalamualaikum,
Nak cerita lagi .... kisah malam tadi, dalam jam 8 malam...
Ayah & Nabil berguling kat atas tilam dalam bilik.. Tiba2..

Nabil! Jangan la tarik spec ayah ni...nanti patah ...

Nabil masih bergusti ngan Ayahnya sambil gelak...

Nabil!... Tengok ni! Ayah cuba nak betulkan spec dia yg dah "terkangkang"... hehehe

Praapppp... Haaaa Patah spec ayah dah!! Aku senyum je...

Aku turun ke ruang TV bersama Baby Naufal... nak tukar diapers dia... Aku nampak Nabil turun dan ambil sesuatu dari laci meja TV dan naik ke bilik semula... Then Ayah pun turun...

Ummi.. nak tau something?

Apa?

Tadi Nabil naik atas bagi kat Abang bende ni.. sambil tunjukkan selotape besar..

Dia bagi nak buat apa?

Nabil ckp.."Ayah... nah..boleh lekat spec ayah" Ya Allah.. dia terpikir nak betulkan spec Ayah nya yg dia dh patahkan tadi. Terharu sangat aku bile Abang cerita ..

Tak boleh la sayang.. spec ayah tak boleh lekat dah..

Boleh ayah.. boleh lekat...

Tak habis kat situ jek... Ayah dia masuk toilet utk bersiap2 solat Isya' pulak...dari luar toilet..

Ayah.. spec ayah patah ke?.. Cian ayah spec ayah patah... Soriiii...

Kesian kat Nabil, terasa guilty buat spec Ayah dia patah.. tapi kami tak marahkan dia pun.. just cakap elok2.. lain kali jgn buat lagi tau.. dan pagi ni Ayah terpaksa lah pakai spec yg bingkai sebelah je... Takpe lah bang, nanti kita beli yg baru.. murah2 je.. kalau patah lagi, tak lah ralat sgt.. :-)

*****to be continued*****

Ehmm nak sambung, dah lambat la... rasa2 nya sambung esok je la.. citer pasal Baby Naufal pulak..

Thursday, March 16, 2006

Nabil - reka cerita

Assalamualaikum,
Ni nak cerita Nabil my first son... sekarang ni suka reka cerita sendiri, kreatif tu. hehehe...
Smlm aku bw baby Naufal pi check paeditrician kat klinik pakar kanak2 an-nur bangi, sebab dia selsema dah berminggu2, risau dibuatnya. So nak check whether baby is alergic to anything or what. Yes! the paeditrician confirmed baby Naufal has alergic selsema... mcm Ummi dia daaa.... :-I
While waiting, Nabil was playing at the children corner... ada la sorang budak pompuan ni (smaller than him).. dok pegang2 selipar bata dia tu... Nabil dh pandang semacam jek..

Nabil : (sambil amik selipar dia) Ayah... cimpan sipar Abil (he's calling himself Abil.. tak leh sebul 'N')
Ayah : Laa.. napa? biarlah situ
Nabil : Tu budak tu nak amik tu...(sambil jalan balik ke plyaing corner, membebel).... Dia nak bawak balik sipar Abil tu... nanti Abil takde sipar nanti.. Abil nanis .. haaaa
Aku :... Sabo je la budak ni...pandai je buat cerita

Then ni kat umah pulak, mlm Ayah dia pergi Tesco, belikan diapers baby Naufal dh abis stok. Ayah dia beli biskut choclate... dia pun makan la dgn nikmatnya..
Ayah : Ayah amik sikit ye..
Nabil : Alaaa... Abil akan nii...
Ayah : Sikit je.. (sambil pergi ke bilik, sambil makan)
Nabil : Ish Ayah ni.. makan tu jatuh nanti.. ada cemut abis umah Abil...
Aku : gelak jek...
Nabil : (tak abis bebel lagi)... Ayah amik Abil punye ni.. nanti abis... Abil nanis nanti..
Aku : Ish Nabil ni.. asik2 buat cerita nangis je.. pandai laaa.. mana Ayah makan abis..
Nabil : sengeh jee....

Lepas tu aku tgh lepak2 tgk TV... dia tgh main dgn keta & kapal terbang dia...
Aku : Nabil.. becareful main tu, nanti kene adik.. sakit la...
Nabil : Abil main ni...
Aku : Yelah.. jgn la main dekat2 sgt ngan kepala adik, Ummi takut kene...
Nabil : Abil bawa keta.. Ummi Ayah tinggal... Abil bawa laju laju... Vrrooommm...babai..
Aku : (Dgn konpius dgr citer dia tu... amboii nak tinggalkan ummi & ayah dia pulak.. dia selalu berangan nk bw keta mcm org besar..)

Actually adabyk lagi dialog2 Nabil yg dia suka2 je reka cerita... Nenek tinggal la.. Ummi tinggal la.. Abil bw keta ngan adik la... Ummi ngan Ayah duduk belakang, Abil bw keta.. adik duduk depan. Dia excited sgt2 kalau kami bg dia duduk kat driver seat tuh.. tapi nanti siaplah mcm2 button dia tekan.. risau nanti keta bergerak pulak..
Anyway.. seronok dgr dia ckp skrg.. mcm budak dh besar!.. maklum la tinggal ngan nenek ... so dialog pun mcm org dh besar..

Eh, smlm ada gossip pasal Siti lagi.. keh keh keh.. kata sleepless.. Siti ngan Anuar Zain pulak.. kekekeke.. terus tanya my husband..
Aku : Eh, abang... Siti ngan Anuar zain ek?
Abg : eehhh mana leh bg tau... rahsia pejabat takleh bg tau.. (sambil sengih)
Aku : Alaaa abg nih.. kunun la tu..Abg tau something ke?
Abg : Mana leh bg tau abg tau ke tak...
Aku : Eeeeeiii saba je lah... sajer je nak provoke tuh
Abg : ...(sambil gelak).. kalau ngan Anuar zain tu abg percaya la.. ngan Datuk K.. rasanya tak kot
Aku : Napa Abg kata camtu?
Abg : Adaalaaa....
Aku : ishh abg ni sajer je laa...
Abg : Tunggu je laa...

Ehm... dialog tu tak abis kat situ je.. sambung pulak dlm keta pagi tadi..
Aku : Kalau Siti ngan Anuar Zain, Nor suka la...
Abg : Ehm.. Anuar tu baik kot.. jenis family man
AKu : ooOOO patutla Siti tu baik je ngan Ziana Zain.. ZZ pernah ckp.. kalau kami balik kpg beraya, kami beraya rumah Siti ...
Abg : Tapi Abg rasa.. Siti ni ngan sedara mara dia jek
Aku : Eh ye ke?...

Dialog tu tergantung kat situ je...
Teka teki hari ni...(petikan dari KnK & Saiful Apek)
Simpulan bahasa : Jauh di mata, dekat di hati ... apa dia? scrollllllll



















Jawapannya : Usus... (hampeh je si Apek ni)
Apek : kalau usus di terbalikkan?
KnK : susu
Apek : wehh meninggal la wei...usus kalau terbalikkan, camana nak hidup.. U all ni student belum renew ni.. dh subscribe tapi belum renew..

Sabo jelaaa.... hehehehehe