Friday, January 27, 2006

Happy Birthday Hubby!!

Assalamualaykum,
Before citer pasal birthday hubby, nak citer semalam EL sebab baby Naufal demam. The nite before, dia menangis jerit yg kuat sgt nearly an hour. Sampai bw ke Kajang Medical Centre, panik sgt sebab dia menangis macam dalam kesakitan yg amat sgt. Takut sgt kalau ada apa2 yg terkehel, terpatah, terhantuk yg kita tak tau.... bila doktor check, semua ok.. alhamdullillah, but maybe doktor kata dia sakit perut sebab bila tekan perut dia diam sekejap. So, doktor prescribed ubat angin ... dia still nangis kat emergency room tu sampai semua org hairan bin ajaib. Sabar je lah... then balik rumah, still nangis tapi dah slow down sikit dari memula nangis pukul 8.30 pm tadi. Sampai je rumah, terus urut2 kan belakang baby, keluar la angin dia.. sendawa & kentut2... maybe it's right doktor kata perut dia sakit. Bagi dia ubat angin tu 1.5 ml.. then menyusu kan dia. Kesian sgt sebab tgh2 menyusu nangis lagi sebab sakit balik... few times macam tu sampai pukul 10.30 pm. Nampak dia dah exhausted, bw masuk bilik dan tidurkan baby... Alhamdulillah dia tidur .. sound asleep. Tapi pagi badan dia panas so aku tak pi keje la...

Back to the topic... hehehe...Happy Birthday Abang!.. ehem ehem yg ke-?? hehehe.. alhamdulillah semoga panjang umur, luaskan rezeki, permudahkan bende2... dan yg penting semoga selalu penuh dgn kasih sayang, Insyaallah. Actually present Abang dah bg awal lagi, hr tu beli baju. Today you're wearing it for me.. Thank you dear. :-) Then ingat nak buat surprise kat dia malam nanti. Tonite, everybody akan balik ke rumah, nak buat tahlil Arwah Bapak... so I think I will buy him a cake...
Bila cerita pasal birthday, kami tak pernah pun celebrate birthday sesama before kawin (masa cintan cintun) sebab tak sempat pun...hehehe.. mana taknya jumpa virtually 11.8.2002... jumpa eye to eye 1.9.2002.... tunang 29.9.2002... nikah 19.12.2002, kenduri 22.12.2002. Express tak? :-P

So masa dah bergelar suami isteri barulah celebrate sesama... syok wooo!! :-D Bercerita pasal jodoh, mmg tak duga kami akan berjumpa dan disatukan dgn begitu pantas sekali. Semua tu kehendakNYA, doa ku ketika umrah dimakbulkan agaknya. Ketika berjumpa hubby (virtually), rasa seperti mmg ada chemistry bila berbicara, gelak tawa etc. Jalan yg mudah utk kami lagi menguatkan kata hati, kami memang ditakdirkan utk bersama, cewah...At first memang terkejut sebab Arwah Bapak terus "approve" bila pertama kali kami jumpa eye to eye di rumah. Dari niat hanya menziarah, terus jadi adat merisik.. hehehehe... gabra pulak jadinya. Second time jumpa eye to eye.. masa bertunang. Uishhh xpress sungguh sampai kakak2 pun macam hairan bin ajaib ... "betul ke adik aku ni nak kawin?" hehehe... Betuuullll laaaaa

Anyway, dh nak masuk thn keempat kami berkahwin, Alhamdulillah dan Insyallah, kami tak pernah "gaduh"... Hubby ni seorang yg amat penyabar (dgn aku je kot hehehe).... Thank you very much Abang!

Tuesday, January 24, 2006

Hari2 biasa...

Assalamualaykum,
Haven't got a chance to write here this past few days. Tadi pun bawa baby Naufal & Nabil ke klinik. Batuk, selsema & demam sikit... Baby pun mlm tadi tido pukul 2 lebih... sampai Ummi dia tak larat nak berjaga dah. Baby menangis dari 11 pm sampai 2 pm... ingat nak bawa ke emergency unit dah sebab nangis tak berenti. Bila Ayah dia ckp... " Naufal... kalau Naufal tak berenti nangis sampai 2.30, Ayah bawa pi klinik".... dia faham kot Ayah dia ckp, 5 minutes after that, dia berenti nangis dan nak tertido.

Before that, Nabil dah pukul Baby Naufal dgn buku hardcover dia tu... kat mata pulak tu!! Menjerit sekuat hati adik dia... nasib baik takde bengkak ke apa... tapi ada merah sikit dlm mata, terkena sikit kot. :-( sedih pulak lepas tu sebab pukul tangan Nabil sikit...

Yesterday nite, dok memikir nak dinner apa, tambahan pulak cik abg demam jugak, selera pun tak berapa bagus. Bagi idea ayam goreng "kentucky" yg digoreng sendiri tapi ayam takdak... terus la cik abg drive ke Tesco (mementang 5 min je from home)... borong ayam 3 ekor.. 1kg 3.48 je!!! MURAH TU! Jadilah ayam goreng "kentucky" tu plus fries... cicah ngan sos & mayonis.. nyum nyum sedap!!

Sambil layan Baby (Nabil dah ZZZzzzzz), sembang ngan Mak, macam2 cerita, lepas satu cerita, buka cerita lain pulak...(bukan ngumpat ek hehehe) sampai mata mcm nak terpejam hehehehe... ngantuk betul! Tapi Baby yg tak nak tido... nangis sampai pukul 2 lebih, dukung Baby take turn with Abang...

Actually I plan to go for a holiday next week. Where? hehehe to Cameron Highland, Insyaallah kalau dpt accomodation... maklum la cuti2 ni ramai yg cuti2 mesia... takut full house! Quite long time never been up there, even more Abang has never been there b4. Boleh jugak petik2 strawberry segar kat atas nun :-)

Thursday, January 19, 2006

I feel pink!!

Assalamualaykum,
Dear readers,

I have changed again my page.. as Dr. Sleepless consoled me this is normal for "bloginson syndrome". Well.... enjoy my new page... fell pink huh? I will be busy (hehehehe) so maybe you'll see me like choc fudge!

Ok then.... :-)

Tuesday, January 17, 2006

Change again

*** I have changed again my page***

Guide me please....

Assalamualaykum,

Keje byk nih kat ofis, try to catch up the datelines. Last week big boss walked in to my office, came to see me... and showered me with his ideas and dreams (i would say). He suggested once, a year ago but I just "ignored" the fact he will come back and say it again, but this time.. I tell you.. he is really serious about this project. I have a trouble to understand in depth what is it he really wants. I need to do some research ... but I dunno where to start!! AArrrggghhhhh napa la dia nak sangat projek ni jalan? Personally I admire his ideas... professionally I couldn't make it by myself... tak de confidence pulak nak buat kali ni. Of course I need to set a meeeting between him and Prof at the Kulliyyah, then set up a proposal paper.... find out software available and affordable (this is a must condition). Sometime I hate challenge(s)... makes my life miserable and uneasy... but for the sake of my professionalism, I have to carry this burden...

*&^(*&^#(&^*&

Monday, January 16, 2006

Senyum Seindah Suria...




Assalamualaykum,

Monday Blues?.. Maklum la dah banyak Mondays cuti je, so hari ni kene gear up sikit laa :-[ Bila menatap senyuman anak2 moga hilang rasa boring di ofis ni


Banyak yg nak diceritakan selama beberapa hari ni... masa tak mengizinkan lah. Tgklah kalau ada masa di rumah (ceh ceh dh pasang streamyx...b4 pakai dial up..lembap!!).

Anak2 baru lepas baik demam. Nabil cakar muka baby naufal 3 hari lepas. Bercalar pjg dlm 1 inci..kesian naufal, masih tak elok lagi parutnya... :-( bila tanya kenapa cakar & cubit pipi adik?... dengan selamba je muka dia tak jawab apa2. Itulah budak2... bukannya faham lagi.

**Intermission**

Thursday, January 12, 2006

what a day...

Assalamualaykum,
Pagi ni sampai je office, dikejutkan dgn berita permergian salah seorang forumer *** ke Rahmatullah...Arwah mengidap sakit kanser paru2. Rupa2nya arwah selalu online di forum dgn laptop di wad hospital. Ramai forumers tak tahu selama ni arwah ialah pesakit kanser paru2. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg soleh, Insyaallah.. Al-Fatihah

Semalam pun ada 2 berita kematian, ayah my boss, dan juga rakan mak semasa Haji tahun 1992 dulu. Arwah Cikgu Sapari hanya demam sebelum menghembuskan nafas di klinik di kajang. Isterinya pun tak sempat nak melihat saat2 akhir sebab tak sangka arwah boleh "pergi" dgn begitu senang....

Melihat pada kematian... membuat kita insaf. Masa kita akan datang bila2... tapi tak tau masa, tempat dan bagaimana. Doa kita semoga nafas terakhir kita biarlah dalam keadaan yg elok, beriman, Insyaallah.

Friday, January 6, 2006

korban vs berkorban

Assalamualaykum,
Hari ni merupakan last day keje b4 hari raya haji Insyaallah. Tahun ni rasanya tak buat korban, sebab ingat nak buat aqiqah utk baby Naufal bulan 2 nanti, Insyaallah. Tapi pagi ni terasa pulak bila ingatkan semula konsep korban dlm raya 'aid al-adha ni. Adakah korban bermaksud berkorban?

Menurut kamus Pusat Islam Digital
Korban
Sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah

whereas berkorban? Dlm ertikata masyarakat kita sekarang, berkorban apa saja... terutama dlm kisah percintaan. Sampai ada yg sanggup menukar agama, Nauzubillah... ada yg menggadaikan kesucian, ada yg berhabis harta, ada yg tinggalkan keluarga, ada yg lupa anak bini/suami, ada yg bermacam2 lagi... semua nya kerana AKU CINTAKAN KAU....
Namun ada ke yg sanggup begitu semata2 ke jalan Allah?
Actually konsep KORBAN byk pengajarannya... semua kerana semata2 mendekatkan diri kepada Allah. Dalam konteks dunia sekrg, umat Islam perlu lebih byk berkorban demi AGAMA yg suci... bukan berkorban memusnahkan ISLAM tapi MEMARTABATKAN atau MEMBANTU umat ISLAM lain yg lebih memerlukan...cth: korban 'aid al-adha utk org miskin. Utk renungan bersama, di bawah ada petikan atikel ringkas about HAJI dan PENGORBANAN

Haji sebagai satu ibadat menuntut pengorbanan daripada setiap orang Islam. Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakannya, maka persiapan rapi perlu dilakukan, yang pada kebiasaannya mengambil masa bertahun-tahun, termasuk dari segi kebendaan. Persiapan dari segi fizikal pula menuntut kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Persiapan mental dan kerohanian penting agar kunjungan ke Baitullah lengkap dan sempurna dengan mempelajari segala ilmu berkaitannya. Hal ini supaya ketahanan diri itu dapat menambah nilai setiap amal ibadat yang dikerjakan. Sewaktu Aidiladha juga seluruh umat Islam disunatkan supaya mengerjakan ibadat korban, seperti mana yang disyariatkan oleh Allah melalui kisah Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail.
Pengorbanan ini hanya akan berlaku sekiranya kita dapat sama-sama kembali untuk memahami dan menghayati konsep, falsafah dan pengajaran di sebalik ibadat haji dan korban dalam erti kata yang lebih luas. Jangan jadikan semangat pengorbanan dan penyatuan ummah ini hanya sekadar bermusim, ibarat datang dan perginya musim haji itu sendiri setiap tahun. Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bergandingan tangan, bermuafakat dan saling bantu-membantu tidak kira sewaktu senang atau susah. Tinggalkan segala perbezaan dan elakkan perbalahan sesama sendiri. Hal ini agar kita semua menjadi umat yang teguh dan kuat demi membela nasib saudara seagama yang memerlukan. Semoga Aidiladha kali ini mendatangkan keinsafan dan membawa erti pengorbanan yang lebih besar buat umat Islam seterusnya, insya-Allah.

SO, jadi ke tak nak buat korban ni?... balik nak discuss semula ngan hubby *-^

To all readers, selamat 'aid al-adha, semoga raya korban tahun ni lebih baik dr tahn sebelum2 nya...

Thursday, January 5, 2006

Enjoy your reading....

Assalamualaykum,
Good morning ya! I just figured out something new created in the blog, thank you to my pren.. Sleepless in Gelugoq. Tochei tochei.. :-D
So to all readers,while u re reading, enjoy the song of one of my favourite movies, PGL ... sang by M.Nasir & Siti Nurhaliza... Bagaikan Sakti! Right! Like Magic....@-@ Make sure u switch on ur SPEAKER!

Just to respond to my pren up there in Gelugoq, bigfoot was seen in Johor? I' ve read one news wayback in 1970s, there was a platoon who had seen not a bigfoot, but a KINGKONG somewhere in Hutan Belum!! They just kept quiet... and really they saw the creature "pukul2 dada mcm king kong dlm tv tu".... even more, they adventured almost 1 metre footprint! Waaaa!! Scary huh? Yet we do not know what kinda creatures are alive in the HUTANS in our country... :-O

Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta
Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi
Ohhh
Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari
Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini
Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Tiada sempadan
Tak bisa kulewati
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menanti muara sengsara
Jika ini ketentuannya
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kaukan jadi milikku jua

:-B

Wednesday, January 4, 2006

i'm late today!!

Assalamualaykum,
Sampai lewat hari ni.. 8.25!! Dah la keluar rumah lambat sikit, sampai kat Plaza Pheonix, jammed sampai ke tol! Arggghhh!!! dah lama betul tak alami situasi cam ni. Selalu jalan kat situ taklah teruk sgt. Hujan pulak tuh! tensi! tensi!

Sudahnya husband offer nak hantar, selalu hantar dia dulu dan i drive the car to the office. Oklah... got the mood back! :-)

Actually today i bring something to sell!! AhAAA! My sister requested me to sell "brooch" from Sabah--- pearl & crystal brooch. I just bring 4 sets... the rest are with my husband. Dia pun nak jual gak kat ofis dia.... hehehe. Lupa pulak nak amik gambar, if not i can post the pic here. Really nice... diri sendiri pun teruja to have one!

AAAAAAAAAAA!!!! apsal tetiba my brooch tertanggal ni? Alahaii mentang2 la bw brooch cantik2 nak jual, my own brooch pulak yg merajuk.. ehmmm camana pulak nak buat ni? Pin terus tertanggal!!
*~*

Tuesday, January 3, 2006

feeling new in this new year?

Assalamualaykum,

First day of working in this 2006 new year... feeling new? Ntah la.. sama jek.. cuma ada perubahan sikit dari segi azam! ceh ceh... :-D There's few new intentions which I hope will motivate me in this job! Insyaallah...

Pagi ni aku terasa sedih sikit.. rindu ngan kawan2 rapat dlm ISD dulu... tak lain tak bukan.. Mek Milin & Mek Ida :-) Really miss u girls! Anyway, life must go on.. kene teruskan walau dgn siapa kita bekerja, dedikasi terhadap kerja mesti tetap sama even more... lebih dari ini!
To my 2 dear friends... please keep up the good work over there...though I need sometime actually to pull myself together again after your absence in this library :-(