Monday, April 30, 2007

TAX fever

Anda dah lakukan tugas menghantar borang CUKAI?.... Hari ni last day.. aku terpaksa jugak pergi ke LHDN berdekatan sebab sijil digital aku ada problem. Geram sebab this is my second year using the e-filing, but still there's a problem loggin in. I called MANY times .. customer centre, LHDN W***** M***, the officer in-charge... ALL CALLS were not picked up!

So, don't do it in the last minute okayyy!!!

Monday, April 16, 2007

Pengajaran buat kita

Adik Yin telah dijumpai semalam.. Alhamdulillah.. semoga mak ayah nya lebih berhati2 lepas ni sebab katanya, sebelum ini, Adik Yin pernah hilang selama sejam...

Aku tak pernah alami trauma begitu.. hilang anak di tempat awam... tapi aku selalu terfikir macamana kalau ianya terjadi kepada anak2 aku.. Na'uzubillah.. minta dijauhkan.

Oleh itu.. PARENTS!! Berhati2 bila kita pergi shopping atau window shopping bila bawa anak2.. PASTIKAN mereka dikawal atau dijaga dengan berhati2 .. tu lah orang2 tua kata.. MALANG tidak BERBAU...

Mak

Lama betul tak update blog... hari tu memang la bizi tahap gaban.. tapi now dah kurang sikit bizi.. namun begitu urusan2 lain yang perlu diuruskan membuatkan aku tak menyempat nak update ..

Disebabkan hari ni aku "EL" .. aku curi sikit masa dari rumah ni update la sikit2 mana yg mampu walaupun takde idea langsung ni!! Hanya membiarkan jari jemari menekan keyboard...

11/4 yang lepas, aku tak sempat nak masukkan dalam blog ni, ianya merupakan hari lahir bonda tersayang yang ke 76!.. Memang sudah kelaziman kami akan meraikan hari lahir Mak dengan cara apa sekalipun .. secara kecil atau besar tapi yang penting MERIAH!.. Kalau tahun lepas, kami buat "surprise" dinner di salah satu restoran di Bangi.. siap booking hall di tingkat atas...

Tapi tahun ini, kami adakan "surprise" di kedai sate Samuri yang telah aku tempah tempatnya awal2 lagi. Bila mak bertanya, siapa makan malam nanti ni?... Kakak aku hanya memberitahu yang hanya kami 3 beradik(aku, alang & akak) & family saja yang akan makan bersama.. yang lain2 tu tak sempat sebab hari keje.

Yang sebenarnya kami dah sepakat semua dapat hadir kecuali Andak & Family (mereka di London).... jadinya bila Mak sampai dan melihat kami sebahagian daripada kami sudah pun menunggu Mak di situ.. bermula la episod air mata..

Mak cukup terharu dengan kehadiran anak2, menantu2, dan cucu2 yang disayangi... bila kami semua salam dan peluk cium Mak, Mak hanya sebak dan beritahu..

Kalian laa penghibur mak lepas Bapak takde... kalian la yang buatkan mak gembira.. terima kasih laaaa

Memang Mak amat sunyi selepas Arwah Bapak meninggal 3 tahun yang lalu... jadi kami sedaya upaya nak gembirakan hati Mak setiap saat yang ada.. dan kami akan cuba mengukir kenangan indah bersama2...

Hadiah kami kali ini kepada Mak, satu set comforter .. sebab one my nieces ada bagi tahu..

Acik, hari tu nenek ada cari comforter kat E***S***...

Ler... kat e***s***?.. ada ke?

Ntah le... nenek kata hari tu Acik belikan comforter kat situ lah...

Ehmm bila pulak Acik beli kat situ?.. Acik beli kat G**** la...

Oleh kerana Mak sendiri dah pergi mencari comforter set di E***S***.. jadi kami buat keputusan untuk belikan Mak comforter set, siap dengan throw cusions..

Alang juga buatkan KAD birthday yang besar... untuk semua kami "sign" dan berikan kepada Mak buat kenangan..

Kita masing2 ada cara tersendiri untuk ingat dan meraikan hari lahir seseorang.. tak kira Mak, Ayah, Suami, Anak2.. Kakak atau Abang.....

Mak akan ingat setiap hari lahir anak2 nya.. dari Along sampai la aku yang bongsu ni.. jadi tidak ada alasan kenapa kita tak boleh ingat tarikh Hari Lahir Mak kita yang seorang sahaja...

*** semalam pun aku meraikan birthday mak mertua di seremban... kami belikan kek.. Abang belikan Ibu seutas rantai mutiara... semoga kedua2 ibu
(Mak & Ibu) diberikan kebahagiaan, kelapangan dunia dan akhirat.. murah rezeki dan panjang umur... ameen

Monday, April 2, 2007

Update orang bizi...

Aku memang tengah busy sangat sekarang. Tak sempat hapdet blog ni...
Kena siapkan analysis for ISO activites and procedures... tengah bersungguh2 nak tgk rumah siap.. 80% dah siap!
And guess what? I submitted the application for Deko Bersama Eric hehehe aka previously as Casa Impian @ Astro Ria.... sajer nak cuba rezeki dapat ke tidak.. kalau dapat alhamdulillah.. interior worth of RM50k tuuu!!!

need to stop now.. nak tengok OSHIN... hehehe