Wednesday, November 1, 2006

Sindrom Post-Raya

Berat badan

Nampaknya ada la naik "sikit"... tak boleh declare... rahsiaaaaaa. Jadi elok sekiranya teruskan dengan berpuasa enam di bulan Syawal.. kalau kene ganti puasa banyak hari, puasa lebih 6 enam hari pun takpe.

Menu harian

Rendang, nasi impit, kuah kacang tiada dalam menu harian ..terutama selepas seminggu berhari raya. Nasi kosong, ikan masin goreng/telur masin, ikan goreng, telur mata, sambal tumis, sambal belacan juga yang dicari ..pembuka selera tu kak...

Open house

Nampak dah mula jemputan2 open house ... open house situ sana sini lee! Satu hari kadang2 sampai berderet2 open house yang perlu dikunjungi. Abisss?? macamana la nak diet? kekekeke....

Kerja vs Cuti

Dah abis cuti raya, sambung pulak cuti kecemasan... (read: balik daripada kpg, jalan jem ..), lepas tu sambung dengan cuti sakit .. MC sebab banyak sangat makan lomang agaknya... Apapun, doakan lah kesihatan yang baik2 aja buk!

Mood kerja

Ini yg lomah ni...masih belum masuk gear 5 lagi nih... tapi disebabkan keje bertimbun2, kenelah buat jugak ye tak?

No comments: