Thursday, January 12, 2006

what a day...

Assalamualaykum,
Pagi ni sampai je office, dikejutkan dgn berita permergian salah seorang forumer *** ke Rahmatullah...Arwah mengidap sakit kanser paru2. Rupa2nya arwah selalu online di forum dgn laptop di wad hospital. Ramai forumers tak tahu selama ni arwah ialah pesakit kanser paru2. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg soleh, Insyaallah.. Al-Fatihah

Semalam pun ada 2 berita kematian, ayah my boss, dan juga rakan mak semasa Haji tahun 1992 dulu. Arwah Cikgu Sapari hanya demam sebelum menghembuskan nafas di klinik di kajang. Isterinya pun tak sempat nak melihat saat2 akhir sebab tak sangka arwah boleh "pergi" dgn begitu senang....

Melihat pada kematian... membuat kita insaf. Masa kita akan datang bila2... tapi tak tau masa, tempat dan bagaimana. Doa kita semoga nafas terakhir kita biarlah dalam keadaan yg elok, beriman, Insyaallah.

No comments: