Friday, January 6, 2006

korban vs berkorban

Assalamualaykum,
Hari ni merupakan last day keje b4 hari raya haji Insyaallah. Tahun ni rasanya tak buat korban, sebab ingat nak buat aqiqah utk baby Naufal bulan 2 nanti, Insyaallah. Tapi pagi ni terasa pulak bila ingatkan semula konsep korban dlm raya 'aid al-adha ni. Adakah korban bermaksud berkorban?

Menurut kamus Pusat Islam Digital
Korban
Sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah

whereas berkorban? Dlm ertikata masyarakat kita sekarang, berkorban apa saja... terutama dlm kisah percintaan. Sampai ada yg sanggup menukar agama, Nauzubillah... ada yg menggadaikan kesucian, ada yg berhabis harta, ada yg tinggalkan keluarga, ada yg lupa anak bini/suami, ada yg bermacam2 lagi... semua nya kerana AKU CINTAKAN KAU....
Namun ada ke yg sanggup begitu semata2 ke jalan Allah?
Actually konsep KORBAN byk pengajarannya... semua kerana semata2 mendekatkan diri kepada Allah. Dalam konteks dunia sekrg, umat Islam perlu lebih byk berkorban demi AGAMA yg suci... bukan berkorban memusnahkan ISLAM tapi MEMARTABATKAN atau MEMBANTU umat ISLAM lain yg lebih memerlukan...cth: korban 'aid al-adha utk org miskin. Utk renungan bersama, di bawah ada petikan atikel ringkas about HAJI dan PENGORBANAN

Haji sebagai satu ibadat menuntut pengorbanan daripada setiap orang Islam. Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakannya, maka persiapan rapi perlu dilakukan, yang pada kebiasaannya mengambil masa bertahun-tahun, termasuk dari segi kebendaan. Persiapan dari segi fizikal pula menuntut kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Persiapan mental dan kerohanian penting agar kunjungan ke Baitullah lengkap dan sempurna dengan mempelajari segala ilmu berkaitannya. Hal ini supaya ketahanan diri itu dapat menambah nilai setiap amal ibadat yang dikerjakan. Sewaktu Aidiladha juga seluruh umat Islam disunatkan supaya mengerjakan ibadat korban, seperti mana yang disyariatkan oleh Allah melalui kisah Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail.
Pengorbanan ini hanya akan berlaku sekiranya kita dapat sama-sama kembali untuk memahami dan menghayati konsep, falsafah dan pengajaran di sebalik ibadat haji dan korban dalam erti kata yang lebih luas. Jangan jadikan semangat pengorbanan dan penyatuan ummah ini hanya sekadar bermusim, ibarat datang dan perginya musim haji itu sendiri setiap tahun. Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bergandingan tangan, bermuafakat dan saling bantu-membantu tidak kira sewaktu senang atau susah. Tinggalkan segala perbezaan dan elakkan perbalahan sesama sendiri. Hal ini agar kita semua menjadi umat yang teguh dan kuat demi membela nasib saudara seagama yang memerlukan. Semoga Aidiladha kali ini mendatangkan keinsafan dan membawa erti pengorbanan yang lebih besar buat umat Islam seterusnya, insya-Allah.

SO, jadi ke tak nak buat korban ni?... balik nak discuss semula ngan hubby *-^

To all readers, selamat 'aid al-adha, semoga raya korban tahun ni lebih baik dr tahn sebelum2 nya...

No comments: