1. Proposals
-- Macam2 proposals aku nak buat starts next year... proposal furniture, proposal layout, proposal itu proposal ini... harap semuanya akan terhasil..
2. Diet
-- Aku kene berdiet.... walaupun "partner in life" aku tak berapa nak "bising" dengan fizikal aku sekarang, tapi aku rasa tak best la bila asik beli baju XL or XXL or even worse XXXL!! Insyaallah ada sedikit usaha ke arah nak menurunkan kg dlm badan ni... kene cuba dulu, later on baru report..
3. Anak
-- OOppsss.. nak tambah anak ke?.. hehehe.. tengok keadaan kesihatan yang membenarkan atau tidak..
Actually aku berazam utk spend more time with my kids.. layan derang ni activities yg boleh dibuat bersama.. mcm painting, drawing, main football..etc
4. RE
-- OO yess.. RE adalah azam aku tahun 2008... nak menajamkan skill RE aku supaya RE yang aku hasilkan adalah yg "boleh" buat duit.. hehehe
5. Wife
-- ** the details are only to hubby ** wink wink
Tag azam 2008 to :
WEWMA, RAAM, WRWM, RBJM, SHA, NIZNIM
Thursday, December 27, 2007
AZAM
Sincerely by UmmuNaylah at 12/27/2007 08:51:00 AM 4 remarks
Thursday, November 22, 2007
Adjusting life... (work)
Salam all...
Masih adjusting work kat tempat baru ni...belek sana belek sini. Tengok sana tengok sini... tadi pun dh ada library tour, derang nak class sekali.. mana sempat nak arrange, pagi ni baru tau.. so classes postponed next week. Ni tgh mengupdate materials...
Apa yg best kat sini....
1.Bestnye kat sini, kantin merata2.. dekat2 je semuanya. Price pun murah... kejutan harga sungguh, compared to g*****.
2. Bestnye kat sini, staff baik2 belaka. Alhamdulillah... minta2 semua takde yg ada problemo
3. Bestnye kat sini, students sumer innocent... baik2.. tau respect orang. Masih under exposed kot..
4. Bestnye kat sini, bilik besar hehehehe...bukan!! kat sini, aku ada bilik!!
5. Bestnye kat sini, small community, easy to control.
6. Bestnye kat sini, balik sure sharp at 5pm! hahahaha
7. Bestnye kat sini, banyyyaaakkk betul novel boleh dibaca.. cuma masa je terhad.
8. Bestnye kat sini, aku boleh update blog mcm hari ni...
:-)) bestnyeeee kat sini... tapi ada jugak yg tak bestnya.... yg tu to be continued..
Sincerely by UmmuNaylah at 11/22/2007 01:36:00 PM 3 remarks
Thursday, November 1, 2007
Welcome to the new Place...
Assalamualaikum,
Today, 1/11 I start my day at the new place.... a warm welcome from my new colleagues. Alhamdulillah...
Nostalgia sungguh tempat ni... teringat alkisah dahulu kala, cehh... zaman muda2 dolu. But this place is still the same... the old buildings are still there.. for 12 years since I left this place.
So.. wish me luck down here.
Same goes to my nice colleague who also will be "relocating" herself to a new place.
Sincerely by UmmuNaylah at 11/01/2007 12:57:00 PM 2 remarks
Wednesday, October 10, 2007
Sunday, September 30, 2007
Wednesday, September 26, 2007
Macam2 Gaya
This happened almost 2-3 weeks ago.....
Nabil ni selalu masuk bilik kami (master bedroom) main terjah je.. gedegunggg bila masuk, ditolak pintu sekuat hati. So, ayah dia dah warning, next time masuk bilik ummi/ayah kene ketuk pintu dan bagi salam, tanya boleh masuk ke tak. Kalau ummi/ayah jawab boleh baru la masuk. Well, the instruction was rather too long for a 4 year old boy. He just agreed with that.
Tapi after that, every time dia nak masuk bilik, he never knock, say salam etc.... masuk ikut cara dia jugak lah.. main terjah je. Kene marah jugaklah kan dengan ayah dia. Yang hairannya, setiap kali masuk dengan cara brutal tu, dia akan pegi kt kita dan salam. So, his father and I looked to each other... something wrong dengan pemahaman dia ni.
After few times keluar masuk bilik, his father asked Nabil,
Nabil, kan ayah kata nak masuk bilik buat apa?
Muka dia blurr kejap
Nabil, ayah kata kalau nak masuk bilik ayah, kene buat apa?
Salam laaaa...
Aku dah tergelak..
Salam apa pulak? Ayah dia pulak yang blurrr
Ye laaa masuk bilik ayah kene salam....
Aku pandang husband dan berderai ketawa kami.....Yang dia faham, bukan beri salam (Assalamualaikum) tu, tapi salam (salam siap cium tangan lagi tu)...
Adehhhh sakit perut kami tergelak.. dia pun tergelak...
Then we explained to him what is exactly he should do kalau nak masuk bilik next time.... barulah dia jawab... ooOOO.. Nabil faham Nabil faham....
**************************************************************************************
Scene yang lain pulak dengan Naufal (Adik).
Keluar masuk bilik aku memang dah jadi routine anak2 aku kalau aku ada dalam bilik... suka sangat kuar masuk .. pening kadang2.
So one day, Nabil keluar dari bilik, dan pintu dah tertutup... tertinggal Adik kat belakang. Dia dah merengek2 tak boleh nak buka pintu. Dia tarik knob pintu pun tak boleh.. So ayah dia (again) cakap:
Adik.. pusing dik .. pusing. (of course he means pusing knob pintu)
Yang si Naufal ni... literally understand.. dia pi pusing depan pintu 360 darjah... (hoping the door will be open sesame bila dia pusing camtu...)
Kami pun tergelak sakan bila tengok Adik pusing 360 darjah depan pintu...
********************* happy tengok kerenah anak2 ****************************
Sincerely by UmmuNaylah at 9/26/2007 02:19:00 PM 4 remarks
Friday, September 21, 2007
Al-Fatihah
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ () ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ () مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ () إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ () ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ () صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ
Semoga roh Arwah dicucuri Rahmat Allah s.w.t dan ditempatkan bersama orang2 beriman dan para Malaikat...
To the parents: Sabar dan Redha adalah ubat untuk kesedihan ini.... Takziah dari saya dan keluarga
Sincerely by UmmuNaylah at 9/21/2007 12:21:00 PM 0 remarks
Saturday, September 15, 2007
Tekam Plantation Resort, Jerantut
Abang was having a "try" for the swing.... (bila dah berayun, punya la takut!!)
Adik in his cute look!
Size does matter!!! hehehe... cute sangat !
Sincerely by UmmuNaylah at 9/15/2007 01:34:00 PM 1 remarks
Langkawi trip (18/7-20/7)
Happy dapat bawa keta dan motor... (di langkawi geopark)
Macam real je kat kutub utara (langkawi aquarium, tpt penguin)
Abang saaaaayyyaaanngg adik!! (Kompleks Perdana)
Sincerely by UmmuNaylah at 9/15/2007 01:01:00 PM 0 remarks
Tuesday, September 11, 2007
Ihya' Ramadhan
Ahlan wa Sahlan Ramadhan Kareem..
Semoga Ramadhan kali ini akan bertambah keberkatan dan barakah kepada kita semua...Insyaallah..
Selamat menyambutnya bersama orang yang tersayang...
Advert: Kurma@ Tamar RM25/sekg.
Gift pack Ramadhan from RM5...
Original fruit cake : 1.5 kg / RM38
0.75kg / RM20
additional RM10 for special gift pack
Sincerely by UmmuNaylah at 9/11/2007 01:42:00 PM 0 remarks
Thursday, August 23, 2007
Sarang!
Fuhhh bersarang eh?... Banyak sgt keje lately.. sampai tak sempat nak update langsung blog ni.. Anyway.. I try to update as frequent as possible.
Ehmmm hows my new blog looks like?... Sajer nak bg new look sikit.. kot boring nanti boleh tukar lagi.. ni pun jenuh dok tukar itu ini...
to be continued.......
errrkkkkk!!!!! dah touch up sana sini... shout box, jam sumer hilang daaaaa....
Sincerely by UmmuNaylah at 8/23/2007 05:43:00 PM 3 remarks
Tuesday, July 10, 2007
few updates
Assalamualaikum...
Just to update a few things....
**Now I'm alone (the only officer) in handling the customer .. boleh la minta tolong bosses yg lain, but practically I'm alone!! Uwaaaaaaaaaaaaa
**And also to face internal audit alone...(nak minta tlg sapa laaa ni)
**But I'll release the tension just before internal audit date.. I'll be going for cuti cuti mesia in Langkawi next week!! Hula hula ..LANGKAWI.. here we come!
**I'll be based in PJ campus starts Nov.. (tak sure nak bergembira atau bersedih... ada macam2 rasa selepas dpt tau akan ke PJ Nov nanti)
But for sure.... I'll be veeeeeeeeeerrrrrrrrrrryyyyyyyyyy busy now until 1st August.. which the NEW boss is coming... Alhamdulillah..quite a relief since there will be somebody to handle customers ... tidak la aku yg kene ke depan ke belakang.. sakit kaki woooo!!!
Sincerely by UmmuNaylah at 7/10/2007 08:25:00 AM 2 remarks
Saturday, June 16, 2007
Thursday, May 17, 2007
cont'd
Isk.. makan ayam nanti badan Nabil jadi banyak isi!
Ehmm.. Nabil nak makan nasi saje.. dengan telur...
Alahai.. sian anak Ummi.. tu la anakku yang baru nak masuk 4 tahun September ni.. tapi cakappp macam orang tua!!
Sincerely by UmmuNaylah at 5/17/2007 08:15:00 AM 2 remarks
Wednesday, May 16, 2007
"Telur Ikan"
Dialog semalam di dalam kereta ...
Ummi.. sakit aaa dalam mulut ni
Naper?.. (sambil nengok amende yg sakit)
Isk.. sakit aaa Oooo rupanya ada "telur ikan" @ ulcer dalam mulut dia.
Ooo.. ni. nabil kene "telur ikan" ni.. sakit kan? Sian anak Ummi. Ni kene minum air banyak2..
Apa?.. telur ikan?.. Isk Nabil tak nak makan ikan lagi aaaa
Aik? naper pulak? (lembab pulak Ummi kali ni)
Nanti ada "telur ikan" lagi dalam mulut... kwang kwang kwang
Ler... tu telur ikan... makan ikan takpe..
Tak nak makan ikan.. nak makan ayam jek...
Sincerely by UmmuNaylah at 5/16/2007 01:30:00 PM 0 remarks
Thursday, May 3, 2007
Monday, April 30, 2007
TAX fever
Anda dah lakukan tugas menghantar borang CUKAI?.... Hari ni last day.. aku terpaksa jugak pergi ke LHDN berdekatan sebab sijil digital aku ada problem. Geram sebab this is my second year using the e-filing, but still there's a problem loggin in. I called MANY times .. customer centre, LHDN W***** M***, the officer in-charge... ALL CALLS were not picked up!
So, don't do it in the last minute okayyy!!!
Sincerely by UmmuNaylah at 4/30/2007 07:36:00 AM 2 remarks
Monday, April 16, 2007
Pengajaran buat kita
Adik Yin telah dijumpai semalam.. Alhamdulillah.. semoga mak ayah nya lebih berhati2 lepas ni sebab katanya, sebelum ini, Adik Yin pernah hilang selama sejam...
Aku tak pernah alami trauma begitu.. hilang anak di tempat awam... tapi aku selalu terfikir macamana kalau ianya terjadi kepada anak2 aku.. Na'uzubillah.. minta dijauhkan.
Oleh itu.. PARENTS!! Berhati2 bila kita pergi shopping atau window shopping bila bawa anak2.. PASTIKAN mereka dikawal atau dijaga dengan berhati2 .. tu lah orang2 tua kata.. MALANG tidak BERBAU...
Sincerely by UmmuNaylah at 4/16/2007 04:38:00 PM 0 remarks
Mak
Lama betul tak update blog... hari tu memang la bizi tahap gaban.. tapi now dah kurang sikit bizi.. namun begitu urusan2 lain yang perlu diuruskan membuatkan aku tak menyempat nak update ..
Disebabkan hari ni aku "EL" .. aku curi sikit masa dari rumah ni update la sikit2 mana yg mampu walaupun takde idea langsung ni!! Hanya membiarkan jari jemari menekan keyboard...
11/4 yang lepas, aku tak sempat nak masukkan dalam blog ni, ianya merupakan hari lahir bonda tersayang yang ke 76!.. Memang sudah kelaziman kami akan meraikan hari lahir Mak dengan cara apa sekalipun .. secara kecil atau besar tapi yang penting MERIAH!.. Kalau tahun lepas, kami buat "surprise" dinner di salah satu restoran di Bangi.. siap booking hall di tingkat atas...
Tapi tahun ini, kami adakan "surprise" di kedai sate Samuri yang telah aku tempah tempatnya awal2 lagi. Bila mak bertanya, siapa makan malam nanti ni?... Kakak aku hanya memberitahu yang hanya kami 3 beradik(aku, alang & akak) & family saja yang akan makan bersama.. yang lain2 tu tak sempat sebab hari keje.
Yang sebenarnya kami dah sepakat semua dapat hadir kecuali Andak & Family (mereka di London).... jadinya bila Mak sampai dan melihat kami sebahagian daripada kami sudah pun menunggu Mak di situ.. bermula la episod air mata..
Mak cukup terharu dengan kehadiran anak2, menantu2, dan cucu2 yang disayangi... bila kami semua salam dan peluk cium Mak, Mak hanya sebak dan beritahu..
Kalian laa penghibur mak lepas Bapak takde... kalian la yang buatkan mak gembira.. terima kasih laaaa
Memang Mak amat sunyi selepas Arwah Bapak meninggal 3 tahun yang lalu... jadi kami sedaya upaya nak gembirakan hati Mak setiap saat yang ada.. dan kami akan cuba mengukir kenangan indah bersama2...
Hadiah kami kali ini kepada Mak, satu set comforter .. sebab one my nieces ada bagi tahu..
Acik, hari tu nenek ada cari comforter kat E***S***...
Ler... kat e***s***?.. ada ke?
Ntah le... nenek kata hari tu Acik belikan comforter kat situ lah...
Ehmm bila pulak Acik beli kat situ?.. Acik beli kat G**** la...
Oleh kerana Mak sendiri dah pergi mencari comforter set di E***S***.. jadi kami buat keputusan untuk belikan Mak comforter set, siap dengan throw cusions..
Alang juga buatkan KAD birthday yang besar... untuk semua kami "sign" dan berikan kepada Mak buat kenangan..
Kita masing2 ada cara tersendiri untuk ingat dan meraikan hari lahir seseorang.. tak kira Mak, Ayah, Suami, Anak2.. Kakak atau Abang.....
Mak akan ingat setiap hari lahir anak2 nya.. dari Along sampai la aku yang bongsu ni.. jadi tidak ada alasan kenapa kita tak boleh ingat tarikh Hari Lahir Mak kita yang seorang sahaja...
*** semalam pun aku meraikan birthday mak mertua di seremban... kami belikan kek.. Abang belikan Ibu seutas rantai mutiara... semoga kedua2 ibu
(Mak & Ibu) diberikan kebahagiaan, kelapangan dunia dan akhirat.. murah rezeki dan panjang umur... ameen
Sincerely by UmmuNaylah at 4/16/2007 03:48:00 PM 3 remarks
Monday, April 2, 2007
Update orang bizi...
Aku memang tengah busy sangat sekarang. Tak sempat hapdet blog ni...
Kena siapkan analysis for ISO activites and procedures... tengah bersungguh2 nak tgk rumah siap.. 80% dah siap!
And guess what? I submitted the application for Deko Bersama Eric hehehe aka previously as Casa Impian @ Astro Ria.... sajer nak cuba rezeki dapat ke tidak.. kalau dapat alhamdulillah.. interior worth of RM50k tuuu!!!
need to stop now.. nak tengok OSHIN... hehehe
Sincerely by UmmuNaylah at 4/02/2007 10:00:00 PM 0 remarks
Thursday, March 22, 2007
Burung Sapatua
Kalau dia dah "over", ayah dia akan cakap...
"Nabil.. dulu kan masa ayah kecik2.. ada sekor burung ni suka sangat tengok budak2 yang tak nak dengar cakap ummi ngan ayah dia tau.."
"Burung???.."
"A'ah... nama burung tu "Burung Sapatua"...
Aku dah tergelak... burung apa pulak kali ni yang ayah dia nak auta.
"Burung apa tu ayah?"
"Burung tu kan bessaaaaarrrr macam keta MYvi kita tuh"
"Macam Myvi?"
"Bila burung tu dengar ada budak jerit2 ke nangis2 ke..... nanti dia tengok kat tingkap....lepas tu dia bunyi "SAPA TU AA"
Sincerely by UmmuNaylah at 3/22/2007 05:15:00 PM 4 remarks
Monday, March 12, 2007
Flying colors
To my niece and nephew.... Achik & the whole family wish both of you..
CONGRATULATIONS!
Sincerely by UmmuNaylah at 3/12/2007 02:34:00 PM 2 remarks
Tuesday, February 27, 2007
Bowl fever begins...
I am on leave today. Yesterday I was on night duty, reached home at about 11.30 pm. The kids pun dah melayan mimpi...
Pagi2 lagi Nabil dah bangun, tersengeh je tgk Ummi dia tak pegi keje hari ni.
"Ummi coti ke?"
"Ye la... Ummi cuti tapi tghari sampai petang Ummi kene work sekejap"
Adoii laa.. sian Nabil. Ummi bukan nak pegi work sayang, Ummi nak training main bowling untuk tournament on 10th & 11th March nanti ni. Sorry ye Ummi tak boleh bawa Nabil sama, nanti bowling ntah ke mana... asyik dok melayan Nabil. Next time Ummi bawa la ye.
Abang ada talk di Maktab PDRM this morning. So, at 10.50 am he fetched me and straight to Alang's house. Nak ambil my niece (read: atiqah) buat teman main bowling. Of course Abang has to go back to his office. Looking at the time reaching 11.30 am, I told Abang to send both of us to M*** so that I do not have to "ulang alik" driving. And Alang agreed to pick up us when we finish. Alright!
We entered the bowling place as the first customer, I guess. Nobody was playing at any lanes. Then I paid for 6 games. Fuh!!! Mau tercabut tangan gue!
Scores were not to announced here... :-P .. as Atiqah was saying
"Mana boleh masuk tournament mcam ni Achik... belum capai tahap"
"Hahaha.... gasak lah"
Finally we ended up playing 7 games (read: 7 games each of us). And "luckily" I scored 124 pins in my last game.
"Macam tak percaya je!!!"
Chayo! Chayo!
Sincerely by UmmuNaylah at 2/27/2007 03:36:00 PM 4 remarks
Friday, February 16, 2007
apa raa
Napa selalu kalau taip panjang2... then takleh post?.. Failed to connect laa.. tahapa2... tension betul gue...
Sincerely by UmmuNaylah at 2/16/2007 08:12:00 AM 5 remarks
Friday, February 2, 2007
Projek
My house will be under renovation ... for 6 weeks!!!! and I am moving in to my sis house nearby. Adehh berangkut 2-3 hari ni lotih boto badan... raso nak domam pun ado.
Rumah yang aku diami sekarang = Rumah Mak.. yang dibina daripada hasil titikpeluh Arwah Bapak.. wayback in 1984. So, the house is to date 23 years of age. Lantai pun dah berderik-derik bila berlari... Dah sampai masa buat major conservation and preservation, I should say...
Insyaallah aku akan letak gambar "sebelum" dan "selepas" rumah ini di "make over" oleh architect of the family.. my sister, Norseha.
Tak sabar nak tunggu rumah siap!
Sincerely by UmmuNaylah at 2/02/2007 03:18:00 PM 2 remarks
Wednesday, January 17, 2007
Ntah kenapa ye?
Aku macam dah lost touch nak express in the blog. Kenapa ye?
Sebab aku sibuk sangat?
Sebab aku dah takde story?
Sebab aku malas menaip?
Sebab aku banyak keje lain nak buat?
Sebab aku mudah lupa nak cerita bende2 yang interesting?
Sebab aku rasa takde orang nak baca?
Sebab aku rasa aku telan je apa2 yang aku rasa nak luahkan?
Aku pun tak pasti. Yang nyata... setiap kali aku mulakan dengan beberapa patah... aku dah mula terhenti... takde ide... takde modal...hilang kata2...hilang tulisan... sebab apa ye?
Mungkin aku patut ikut jejak Cik Lari menukar kulit dan identiti?
Ntah.. aku tak pasti
Sincerely by UmmuNaylah at 1/17/2007 02:38:00 PM 5 remarks
Thursday, January 4, 2007
2007
M really busy now.. as to show how my 2007 life will be. *-*
Selamat bertandang 2007...
Tiada azam yang spesifik untuk aku tahun 2007 ni.. cuma aku nak buat yang terbaik .. semampu yang boleh especially for baby project BOSS aku ni...
Dan aku rasa nak involve dalam bisnes kecil2 an... in what area?... yet to decide. Kena buat market analysis dulu.
Sincerely by UmmuNaylah at 1/04/2007 04:31:00 PM 4 remarks