Assalamualaikum,
Dear friends....
Hari ni terasa nak cerita macamana boleh dapat nama Naylah...
Na'ilah Al-Farafishah ialah isteri kepada Khalifah Ar-Rashidun Saydina Uthman bin Affan... Hidupnya Na'ilah semasa berlaku banyak pertarungan dan fitnah di kalangan sahabat dan penyokong Muawiyah...Ingatlah bahawa sejarah fitnah besar akibat surat palsu yang dibuat atas nama Saiyidina Uthman menyuruh membunuh utusan yang membawa surat pemecatan Gabenor Mesir sehingga sekarang masih dirasai oleh Dunia Islam. Sahabat serta menantu Rasulullah s.a.w., Saiyidina Uthman yang sudah berumur dibunuh sedang membaca al-Quran. Isterinya Na'ilah yang cuba membantu suaminya yang tercinta putus jari-jari tangan akibat terkena pedang. Pengorbanan dan perjuangan Na'ilah cukup memberi kesan kepada aku bila kisahnya di baca semasa sekolah lagi. Tambahan kisahnya aku baca di dalam Buku 101 wanita teladan di masa Rasululullah... kisahnya begitu sadis... membela suami sehingga diri cedera. Begitu hebat cintanya kepada suami .. lebih2 kepada Agama yang diancam dengan fitnah terhadap suaminya. Nama pena Naylah sebenarnya sudah lama aku gunakan... ini kerana terpegun dan kagum dengan kesungguhan Na'ilah Al-Farafishah membela dan membantu suami yg difitnah.
Terus aku berazam menggunakan nama Naylah ini semoga semangat juang membela suami terus bersemadi dalam diriku... Insyallah aku akan menjadi seorang isteri yang membela suaminya, mencintai suaminya, dan membantu suaminya dalam perjuangan... Oleh kerana sukanya aku pada nama Naylah ini, aku memasang niat.. andai aku dikurniakan anak perempuan.. Naylah akan ku namakan... **nampaknya niat tu kene postpone lagi sebab belum dpt baby girl**
So.. what does it mean by the name Naylah?...
Origin is from Africa... it's a female name and the meaning is succeeding.. or acquirer.. atau dlm melayunya Yang Mendapat Kejayaan...
Tuesday, February 14, 2006
Naylah Al-Farafishah
Sincerely by UmmuNaylah at 2/14/2006 08:37:00 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Ooo..begitu ceritanya guna naylah ni. Saya pun dah lama siap nama utk bbgirl..he..he..
insyaAllah...dikurniakan baby girl nanti...doakan sy sama...Ameeennnn...Bie
nznm-->> ye dik.. begitulah cerita asal usul guna nama pena naylah ni
umaqil-->>hehehe.. ye ke ada niat nak guna nama naylah jugak? ish ish mmg la kita ni sehati sejiwa... kalau kau letak nama aqilah dulu.. naylah.. mesti aku terkesima.. hehehe
bie-->> insyaallah.. sy doakan awak cepat2 bergelar ummi
sleepless--->>actually tu my virtual fren buatkan for my signature... cantikkan?
Post a Comment