Pagi, Ultraman! Tengahri, Ultraman! Petang, Ultraman! Malam, Ultraman! Nak tidur, pun Ultraman! Aduhaiiii .. itulah kegilaan anak-anak kesayanganku sekarang.
Asalnya, memang tak mahu jugak ikutkan kehendak Nabil dan Naufal untuk memeriahkan rumah dengan karakter2 Ultraman. Tapi penangan mereka lebih hebat... semua tak jadi kalau takde Ultraman....
Nak makan pun kene umpan dengan Ultraman..
Nak tidur pun kene ceritakan Ultraman..
Nak naik kereta nak tengok DVD Ultraman..
Nak pakai baju, baju Ultraman...
Yang paling "mabuk" Ultraman.. adalah Naufal. Asal jumpa dengan orang, mula lah dia beraksi seperti Ultraman nak berlawan.. siap dengan sound effect yang hebat pulak tu! Tak padan dengan kecik...
Aku juga membesar dengan watak2 Ultraman. Ultraman, Ultraman Ace, Ultraman Taro, Ultraman itu Ultraman ini.. macam!.. dan sekarang yang popular adalah Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, Ultraman Max... aduhaiii..
Yang di bawah ini adalah antara siri Ultraman kegemaran Nabil dan Naufal ... ultraman berlawan dengan raksasa jagung katanya! Rupa raksasa macam jagung ye tak?
Tidak disangka2.. aku pernah bersesak di pasaraya J**** sebab nak bergambar bersama maskot Ultraman... tapi alangkah kecewa sebab Ultraman hanya serendah 5 kaki 2 inci! Tapi melopong juga si Naufal .. dan beriya-iya dan bersalam dengan Ultramannya.
Antara koleksi Ultraman yang dah dibeli (read: yang telah dibazir).. patung Ultraman, tapi kepala masing2 dah tercabut! Walkie talkie Ultraman dan alhamdulilah masih "bernyawa".. baju tidur (yang kalau boleh nak dipakai setiap malam) dan yang terbaru t-shirt Ultraman (pun Naufal pakai setiap hari)
Apapun kegilaan anak-anak, harus ada batasan. Begitu juga dengan Ultraman ni... salah satu cara, lock channel yang ada cerita Ultraman.. hanya diberi ruang pada hujung minggu untuk berUltraman.
"Naufal Ultraman superheroo!" begitulah selalunya kata2 power dari Naufal.
"Naufal boleh terbang tak?" itu pertanyaan Naufal selepas dipakaikan t-shirt Ultraman yang baru
"Naufal berlawan Ummi!!" itu adalah kata2 protes dari Naufal
"Naufal syayang Ummi!!" itu pula kata2 sayang dari Naufal jika channel CERIA dah dibuka locknya... :-D
3 comments:
Salam,
Kalo anak aku pulak berebut2 nak tengok Wonderpets.. siap hafal lagu (ummi diorg pun hafal gak le ;-D). Aku record anak2 dok nyanyi guna hp, so si mujahid ni kalo teringat musti ckp "Ahid nak dgr lagu wonderpets.. ummi!"
Ok la tu.. tak sekerap dgr kaset saujana. Everytime naik keta mesti nak pasang kaset nasyid saujana, sampai ummi nak termuntah dok pusing kaset tu jek.
kau yg kiut miut-->> ok la tuu.. dulu at one time, derang ni asik nak dgr nasyid Allahu by Sami' Yusuf tu.. repeat nasyid tu berpuluh kali.. tapi bila dh install dvd player kat dalam keta, apalagi.. asik Ultraman je laaa. takde can nak dgr radio or lagu lain
-aku yg over kiut
adesss...raksasa jagung???
kah kah kah
tinggi sungguh imaginasi mereka...
lawak lawak...hahha hahha hahah :D
Post a Comment