Tuesday, April 22, 2008
Monday, April 21, 2008
Compare
Would like to share this "AMAZING" and "CUTE" girl...Subhanallah!
Let us look into ourselves and compare....
http://www.islamictube.net/watch/7fe393b18ae78feb5827/2-Year-Old-Girl-Fatima-Answers-Questions-About-Islam
Sincerely by UmmuNaylah at 4/21/2008 12:33:00 PM 1 remarks
Friday, April 18, 2008
ISTIMEWA UNTUKMU
........
Kasih sayangmu tiada batasan
Nasihat dan pesananmu berguna sepanjang zaman
Hidupmu lalu penuh dugaan dan cabaran
Namun Allah membalasnya dengan penuh keajaiban...
Kasih sayangmu penuh ikhlas
Nasihat dan pesananmu ku jadikan pengalas
Hidupmu lalu penuh berbatas
Namun Allah membalasnya tanpa batas
Segala pengorbanan mu tidak dapat ku balas
Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui
Namun ku cuba sedaya upaya
Sepanjang hayat yang ada
Memenuhi segala keperluan mu
Ketabahan mu jadi pegangan
Kesabaran mu jadi pedoman
Kesetiaan mu jadi ikutan
Kebijaksanaan mu jadi rangsangan
Teruskan lah ..teruskan lah...
Hidupmu bersama terus jadi ingatan
Kenanganmu bersama lalu terus jadi nostalgia
Perit jerihmu bersama lalu terus jadi pendorong
Suka gembiramu bersama lalu terus jadi kenangan
Impianmu bersama terus jadi idaman
Wahai sekalian alam
Lihatlah tangan yang menghayun buai
Pasti akan menggegar dunia
Pastikan terbela nasibnya
Pastikan terbela nasibnya
Pastikan terbela hidupnya
Pastikan terbela hidupnya
Ya Allah... hanya KAU yang Maha Mengetahui
Ya Allah... hanya KAU yang Maha Mengasihani
Kasihani lah, Lindungi lah, Pelihara lah
Hamba mu yang telah bersabung nyawa
Hamba mu yang telah bersengkang mata
Hamba mu yang telah berkorban jiwa raga
Hamba mu yang telah berhabis harta
Segalanya untuk anak-anaknya ... Ya Allah..
Untuk sekian kalinya...
Hari lahir mu tiba lagi
Terima lah wahai BONDA..
Ucapan penuh ikhlas
Ucapan penuh kasih
Ucapan penuh bererti...
Dari anakmu..
SELAMAT HARI LAHIR .. MAK yang ke-77...pada 11 APRIL ....
nukilan -- naylah
11/4/2008
Sincerely by UmmuNaylah at 4/18/2008 09:30:00 AM 2 remarks
Wednesday, April 9, 2008
Sudah ke Pesta Buku?
Pesta Buku Antarabangsa = KL International Book Fair sudah semestinya rutin setiap tahun bagi profession seperti saya. Samada menemani pensyarah2 atau pemilihan buku-buku untuk koleksi institusi. Semua institusi seakan "berebut" buku-buku yang panas, baru diterbitkan oleh penerbit-penerbit gah seperti Elsevier, McGraw Hill, John Wiley, Pearson, Springer dll. Jika lambat buat pemilihan dan lewat untuk proses, alamat setahun akan datang pun masih belum tentu buku masuk ke koleksi.
London Book Fair -- How I wish experience this...
Jumaat lepas, iaitu hari pembukaan Pesta Buku, boleh diibaratkan seperti "rombongan cik kiah" ke Pesta buku!!... Mana taknya.. seawal jam 9.30 pagi, semua pensyarah yang telah memberi nama akan ke pesta buku telah bersedia untuk naik kenderaan yang telah disediakan oleh pembekal-pembekal buku. Sampai ada yang tersalah naik kereta! Nasib la Pn Naylah cepat menyedarinya.. :-P.
Alhamdulillah, semua selamat sampai di PWTC seawal jam 10 pagi... pemilihan di hari pertama dan masih pagi memang selesa... tak ramai pengunjung lagi. Saya dan pembantu memantau pensyarah-pensyarah yang buat pemilihan untuk koleksi baru.Kunjungan ke pesta buku tidak berakhir hari Jumaat sahaja. Saya merancang untuk pergi lagi ... khas untuk membeli koleksi peribadi.. dan itu adalah rutin setiap tahun saya bersama suami. Walaupun masa agak terhad untuk membaca sekarang, sukanya saya terhadap buku-buku masih menebal. Kalau nampak buku-buku tersusun di rak-rak, rasa "satu" macam perasaan... teruja!
Jadi, apa lagi?.. Masih ada 4 hari lagi untuk kita menjelajah pesta buku di PWTC...
Sincerely by UmmuNaylah at 4/09/2008 08:46:00 AM 0 remarks
Thursday, April 3, 2008
Sekadar posting 3
Bagaimana rasanya perkahwinan jarak jauh? Saya tak pernah mengharunginya buat setakat ini.. dan Alhamdulillah, boleh dikira dengan jari berapa kali saya bersama suami terpaksa berjauhan atas sebab kerja dan komitmen.
...................................................................
Ada juga teman-teman rapat yang buat masa ini terpaksa berjauhan dengan pasangan...dan ada yang sudah menjangkau 3 tahun terpisah atas nama perkahwinan jarak jauh...mereka terpaksa terpisah atas nama komitmen...terus terang saya nyatakan perasaan saya... saya kasihan melihat mereka. Saya simpati kepada teman-teman saya yang terpaksa mengharungi kehidupan yang begitu.
Syukuri lah nikmat yang Allah berikan kepada diri ini... :-)
Sincerely by UmmuNaylah at 4/03/2008 03:58:00 PM 1 remarks
Wednesday, April 2, 2008
Weekend's activities
As I have promised to my charming sons, we would have our art session during weekend, here it goes....
Adik is very creative!!... His paper was full of colors!
Playing with colors...
Look who's painting!!
My nabil's creative imagination of "pokok" and "rokets" :-)
Last but not least, the mother's touch ... ribbon embroidery with frame
Sincerely by UmmuNaylah at 4/02/2008 09:49:00 AM 0 remarks
Tuesday, April 1, 2008
Jangan pisahkan kanak-kanak dengan zamannya
Semalam, sebelum melangkah keluar dari pejabat, mata tertumpu ke main page harian metro, budak genius Sufiah Yusuf kini berada dalam lembah hina....Astaghfirullah.. apa sudah jadi? Rasa kasihan menyelinap ke dalam hati .. kasihan terhadap diri Sufiah sendiri..kasihan terhadap ibu yang melahirkan .. apa yang kurangnya jika seorang anak dikurniakan dengan kelebihan IQ dan menjadi seorang yang genius.
Hal ini dibualkan bersama dengan suami dalam kereta. Komen suami mudah sahaja...
"Dia tak merasa zaman kanak-kanak yang normal"
Ada benarnya. Kanak-kanak penuh dengan alam keseronokan..alam kegembiraan..alam percubaan..alam keterujaan..Siapakah kita untuk menafikan alam-alam mereka yang sepatutnya mereka tidak boleh tinggalkan.
Saya bukan pakar dalam hal-hal psikologi kanak-kanak. Namun pengalaman sendiri semasa zaman kanak-kanak membuatkan kita memahami naluri kanak-kanak. Apa pun juga kelebihan anak-anak kita, jangan sekali kita menafikan alam keseronokan mereka dan memaksa mereka meninggalkan begitu sahaja.
Kes Sufiah, barangkali di usia kanak-kanak dan mudanya penuh dengan akademik..minda kanak-kanaknya barangkali dipaksa menjadi seorang yang matang..sebab barangkali pada mereka, seorang yang genius tiada masa untuk bersuka ria, keseronokan dan sebagainya...tetapi fitrah yang Allah kurniakan bagi kita manusia... seorang kanak-kanak perlukan zamannya...kanak-kanak perlukan masanya...kanak-kanak perlukan pengalamannya...
Pagi ini timbul rasa kesal..semalam Nabil dimarahi kerana menumpahkan nasi goreng dalam kereta. Semuanya kerana dia terburu-buru untuk menjamah nasi goreng. Muncungnya selepas dimarahi berakhir hampir 20 minit! Hati seorang ibu bila melihat muka anaknya begitu..otomatis akan "cair"..kesal, menyesal...anak yang memerlukan bimbingan kita, kasih sayang kita dimarahi oleh sebab yang agak kecil...
Tetapi marah Ummi hanya untuk memberikan dia pengajaran...bukan marah kerana tidak sayang...Untuk dia tahu, dalam keadaan apa jua, perlulah mendapat keizinan atau 'approval' dari Ummi sebelum membuat sesuatu perkara sehinggalah dia betul-betul sudah faham dan matang untuk buat keputusan. Walaubagaimanapun, terselit dalam hati Ummi, mungkinkah terlalu "keras" cara Ummi?...
Biarlah anak-anak seronok dengan dunianya...gembira dengan permainannya...teruja dengan segala ujikaji yang dicubanya...namun jangan sekali kali kita lalaikan anak-anak dengan keseronokan yang menghanyutkan dia suatu masa nanti...pegangan agama yang kukuh, aqidah yang jitu...Insyaallah akan menjadi bekal anak-anak kita bila dewasa nanti...bila kita tidak ada bersama dengan mereka untuk membuat keputusan...
Sincerely by UmmuNaylah at 4/01/2008 08:44:00 AM 2 remarks