Monday, February 25, 2008

Ikatan janji...

terpaksa di edit

Thursday, February 21, 2008

Joyful morning...

We were having a great morning at Taman Tasik Perdana @ Kebun Bunga last 9/2. It was our first outdoor morning @-@ since they were born!.. (or since I was married?). Usually we just spent our time together mostly at home, sometimes at malls and ocassionally at parks.


The boys were very excited .. after finished the breakfast which I brought from home (yeahh.. bawa bekal tau!), we took the shuttle bus @ transport in the Taman.. only cost us RM1.40 (if I was not mistaken) and it went around the Taman Tasik, Taman Burung, Taman Orkid, Memorial Tun Razak, Tangling and end up in Taman Tasik again.Then the kids enjoyed playing slides, jongkat jongkit, swings etc...finally ended up with a cone ice cream for each of us ... And it was really a blissful morning for four of us... Thank you Allah for lovingly giving me a wonderful family..




Wednesday, February 13, 2008

Ada TIPS tak?

Ada tak cara yang menyeronokkan untuk mengejut anak bangun pagi ke sekolah? Saya ada masalah ini setiap pagi… bila Nabil susah betul bangun pagi. Padahal, setiap malam sebelum tidur, selepas membaca doa tidur…saya akan bersama2 dia mambaca doa tidur yang panjang pulak.. lebih kurang begini..

Ya Allah, bangunkanlah Nabil esok pukul 6.30 pagi..
Ya Allah, mudahkan Nabil bangun esok pagi
Ya Allah, Nabil tak nangis bangun esok pagi.. Nabil anak yang soleh.. anak yang dengar dan ikut kata ummi dan ayah.. Amin..


Namun begitu, setiap pagi saya akan berperang dengan dia untuk dia bangun dan ke bilir air untuk mandi … Nabil akan menangis, meraung, menjerit tidak mahu bangun dari tidur lenanya… Selain berdoa untuk menyiapkan minda Nabil untuk mudah bangun pagi, saya ajak dia tidur seawal 9.30 atau 10 malam.

Pelbagai alasan saya berikan untuk dia bangun dan buka mata setiap pagi…

Hari ni kat school ada main di padang…
Hari ni kat school ada craft.. boleh main clay ..
Hari ni kat school ada sand play…
Imran nanti tanya Nabil nanti tak datang school ke?...
Teacher Ee tanya Nabil nanti


Semuanya tak “laku”!...

Jadi, ada tak cara-cara lain yang boleh memudahkan saya untuk mengejut Nabil?... Yang boleh jadikan dia seronok untuk bangun dan ke sekolah?...

** Dia bangun seawal 6.30 pagi untuk ikut bersama ke pejabat .. sebab school Nabil dekat dengan pejabat ..


** Kesan daripada ini:
1. Saya akan bersiap lambat sebab tak boleh nak bersiap, nanti basah dalam bilik air..
2. Bila saya dah lambat bersiap, lambat la keluar rumah
3. Bila dah lambat keluar rumah, jalan jammed... lambat ke tempat keje...
4. Mood pun "kureng" sebab pepagi dah "tension"

Monday, February 11, 2008

Ke mana sopan santun?

Assalamualaikum,

Pagi ni betul-betul geram dengan pemandu sebuah bas persiaran (no plet AGA....) Pemandu yang tidak ada hemah, penadu yang tidak bersopan di jalanraya, pemandu yang tidak ada rasa hormat kepada pemandu wanita, pemandu yang pentingkan diri, pemandu yang gelojoh, pemandu yang tidak ada etika seorang pemandu kenderaan awam, pemandu yang membahayakan pemandu2 lain di jalanraya....HUH!

Bagaimana seorang yang begini boleh memandu bas persiaran?.. Yang tidak ada kesabaran.. AKu tak pasti bangsanya, agamanya... cuma JIKA dia seorang MUSLIM, maka hancurlah peribadi dia sebagai seorang pemandu dan manusia!

Bila dilihat pemandu seorang wanita bersama anak, lekas sahaja kami dibuli, cepat sahaja kami dipintas... tanpa ada rasa tanggungjawab bersama di atas jalanraya..
Mujur tidak ada perlanggaran di pagi hari, mujur tidak ada kecemasan di jalanraya, mujur.. mujur..

Meluat betul mata dan hati ni, bila bas seakan terbabas disebelah kereta, aku menekan hon untuk dia sedar... aku yang kecil ini berada disebelah bas... tetapi setelah kereta di "potong sayur", terus pemandu mengeluarkan tangan dengan tanda lucah berkali-kali sambil memperlahankan bas menjadi 40km/j!... Brengset!!...

Aku yang agak "berderau" darah... hanya bersabar di belakang bas sehingga betul-betul sampai di simpang yang memisahkan kereta aku dengan dia... Dan sekali lagi dia menekan hon yang panjang dan berkali-kali.. seolah nak biar seluruh warga jalanraya tahu, akulah pemandu yang menyakitkan hati dia pagi tadi...

Istighfar dan terus istighfar.....

Wednesday, February 6, 2008

7%

Alhamdulillah... berita semalam sudah pun memberitahu Tabung Haji akan memberi bonus yg paling tinggi dalam sejarah penubuhannya... 7% bonus untuk semua penyimpan2 Tabung Haji. Walaupun dalam Tabung Haji naylah belum pun lagi mengizinkan jumlah boleh pergi menunaikan haji, sekurang kurangnya ada lah tambahan dari jumlah pokok yang disimpan.

Ingat suatu masa dahulu, naylah pernah keluarkan kesemua duit dalam Tabung Haji sedangkan ianya dah mencecah beberapa ribu.. semua gara-gara mendengar cerita yang duit itu akan digunakan bagi tujuan politik.. Disebabkan tidak mahu duit tersebut diusik, naylah telah keluarkan semua, hanya tinggal beberapa se dalam akaun. Selepas bekerja 4 tahun, barulah naylah menabung semula dalam Tabung Haji...

Bila dah dapat bonus dari Tabung Haji, bagaimana pula honorarium yang disebut2 tu?.... Angin ada mengkhabarkan, itu takkan berlaku.. *sigh*
*******************************************
Wajarkah kita mendapat "surprise" yang lebih besar .. lebih2 lagi demam pilihanraya makin dekat? :-)

credit to images.jupiterimages.com/.../24/50/23275024.jpg