Salam semua ..
Saya mengalu2kan rakan2 yang berminat untuk menjadi agen atau pengedar One Drop Perfume yang famous lagi popular sekarang ini .... Seleksi pati minyak wangi yang banyak dan amat harum, di inspirasikan dari wangian terkenal antarabangsa dan selebriti terkenal.
Thursday, July 23, 2009
One Drop Perfume -- JOM JADI AGEN!
Sincerely by UmmuNaylah at 7/23/2009 01:10:00 PM 3 remarks
Tuesday, July 21, 2009
Semalam dalam Sejarah
Semalam genap 3* tahun saya diputerikan ... 20 Julai 197*, 8.37 pagi.
Semalam juga adalah tarikh sirah untuk peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Junjungan Muhammad s.a.w, 27 Rejab 1430.
Semalam juga adalah tarikh genapnya 5 tahun Arwah Bapak meninggalkan kami semua, 20 Julai 2004, 12.10 pagi.
Tarikh yang tidak mungkin dilupakan oleh saya dan ahli keluarga yang lain .. Hanya Allah yang Maha Mengetahui hikmah terbesar di sebalik tarikh 20 Julai ... pertembungan hari lahir anak bongsu dengan hari Arwah Bapak pergi meninggalkan kami semua ...
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Arwah Bapak , Haji Abdul Rashid bin Mohd Kassim, amin.
Semalam, suami dan anak2 menemani di hari lahir ... hanya makan2 di luar. Tak lupa juga kad istimewa dari mereka .. (lupa nak ambil gambar dan upload ke sini). Sebelah malam pula, disambut lagi dengan kehadiran Mak (sebab Mak puasa sempena Isra' Mi'raj), kami menemani Mak berbuka puasa di kedai makan :-) ..
Semoga hari2 mendatang akan lebih diberkati Allah ... dikurniakan tubuh badan yang sihat, pintu rezeki yang luas, diberikan anak2 yg soleh dan kehadiran baby baru :-), tidak lupa kasih sayang tidak berbelah bahagi dari suami tercinta :-D, Amin.
Sincerely by UmmuNaylah at 7/21/2009 02:33:00 PM 4 remarks
Labels: family