Monday, June 9, 2008

Luahan rasa

Lama menyepi bukan bermakna tidak peduli.....sibuk dengan hal-hal lain sehingga bila buka dashboard untuk kemaskini blog, hilang ide, hilang punca apa nak ditulis.


gambar hiasan

Isu harga minyak pun tidak sempat nak ulas (komen/komplen). Memang terasa juga dalam kiraan bajet untuk bulan Jun ini, lebih lebih lagi hujung bulan masih sayup. "Squeeze" sana "squeeze" sini nampak gayanya. Dah banyak kita baca ulasan tentang harga minyak ni.. ada yang marah, ada yang ambil secara positif, ada yang cadang guna basikal, ada yg mengarut suruh mulakan naik kuda atau lembu dan bermacam2 lagi. Tapi... masih... masih lagi kita atau saya dengan lebih tepat... masih mencari ruang dan peluang untuk membolos diri dari kekurangan wang ringgit...

"Ubah gaya hidup anda". Kalau boleh, ada tak mana-mana pakar yang bentangkan "gaya" hidup rakyat Malaysia (majoriti adalah kelas pertengahan) sebelum dan selepas kenaikan harga minyak. Mewah sangat ke kehidupan rakyat majoriti ini? Tak payah sentuh lah pasal bagaimana rakyat yang sebelum ini memang susah... rakyat miskin, bagaimana nak ubah gaya hidup?

Yang saya nampak, tagline "Ubah gaya hidup" ini lebih SESUAI kepada golongan-golongan mewah, senang, kaya raya... supaya mereka lebih membayar ZAKAT. Jadi, boleh lah Kutipan Zakat mengagihkan duit zakat kepada yang memerlukan.

Harapan rakyat tidak lah menggunung kepada pemimpin supaya terus menerus memberi "subsidi" (yang mereka kata.. tapi sebenarnya itu hak rakyat), cuma "understanding" mereka dalam menangani isu hangat terkini. Cubalah memahami gaya hidup rakyat Malaysia yang masih cuba memboloskan diri dari hutang piutang... gaya hidup rakyat Malaysia yang perlu berkira-kira setiap bulan untuk semua perbelanjaan... gaya hidup rakyat Malaysia yang terpaksa menabung untuk kemudahan anak-anak di masa hadapan (ada jugak yang tak cukup utk menabung)... gaya hidup rakyat Malaysia yang hanya membeli keperluan asas di rumah...gaya hidup rakyat Malaysia yang terus menerus dibelenggu dengan kenaikan harga barang dan sebagainya...



Kalau iya pun saranan Ubah Gaya Hidup itu ditujukan kepada rakyat Malaysia tercinta ini, cuba lah.. cubalah sehari mungkin pemimpin-pemimpin ini hidup seperti rakyat Malaysia yang biasa. Pastinya ini lah caranya hidup mereka sebelum jadi pemimpin...jadi apa salahnya, "back to basic" ini rakyat Malaysia sarankan kepada pemimpin-pemimpin semua... Mulakan dengan membayar petrol dengan duit gaji sendiri.. mulakan membayar bil letrik dan segala bil dengan gaji sendiri, mulakan membayar tol dengan gaji sendiri, mulakan membayar segala perbelanjaan rumah sendiri...mulakan membayar segala perkhidmatan persendirian dengan gaji sendiri.....segala elaun-elaun yang bermacam boleh dikurangkan ... segala keraian sana sini juga boleh dikurangkan... perasmian itu perasmian ini juga boleh dikurangkan belanjanya.. tidak perlu laaa acara potong riben bagai (semalam dalam berita, perasmian pusat khidmat .... di Pulau Pinang).


Entah lah... kita-kita ni hanya boleh mengeluh... dan pasti hidup perlu diteruskan. Mungkin ada yang kata.. "Alaaa mereka ni baru2 je bising..nanti lama2 diam laaa"... Alangkah sedih dan malangnyanya seorang rakyat pembayar cukai jika ada pemimpin yang begini.

Tetapi, mungkinkah sebab kenaikan harga minyak ini adalah untuk "mengajar" kebanyakan rakyat Malaysia kebelakangan ini yang sesedap tangan asyik menghabiskan duit di persada "SMS". Sikit-sikit SMS, sikit-sikit SMS. Agaknya, ada yang berkata dalam mesyuarat meja bujur, "Rakyat sekarang duit ditabur2 je pada pertandingan SMS... duit mereka ni banyak laahh.. baik mereka bayar duit minyak dari habis ke SMS".... Jadi sesiapa yang hobinya suka menghantar SMS ke pertandingan itu pertandingan ini, selepas ini tak boleh la mengeluh yaaaa harga minyak naik... duit banyakkk!

Hepppp! Tangan ni, kalau dibiarkan, ntah apa2 yang ditulis.... (marahkan nyamuk, kelambu dibakar).

Apapun, kerja tetap kerja. Isi petrol tetap isi. Mungkin ada yang nak tukar ke NGV?

Tuesday, June 3, 2008

Menjawab "tag"

Untuk maraikan soalan2 yang di"tag" oleh Biarlah Rahsia...

Soalan 1:Apa yg anda suka tentang suami anda?

-Penyabar orangnya.... tapi kalau dah over sangat, boleh gak lah meletup hehehe
-Pandai menyanyi.. suara hubby sedap, boleh terlena kalau hubby buaikan dengan dendangan salawat atau lagu M.Nasir... :-)
-Pandai... hubby pandai dalam banyak segi/bidang. Memang kagum dan minat apabila hubby boleh menjawab persoalan2 yang agak susah... atau semasa memberi pendapat. Cuma kadang2, nak meriahkan suasana, saja je tak nak bersetuju dengan pendapat hubby *wink*
-Tidak berkira dalam banyak hal. Melayan mak mertua seperti ibu kandung sendiri... tu yang buatkan bertambah sayang tu.. hohohoho (jangan muntah hijau ye)
-Ingat hari2 yang penting... hubby akan beri ucapan atau kad sabagai tanda ingatan...itu sudah memadai dan syukur.. tapi kalau hubby belikan present, lagi bagus! hehehe
-Cukup lah tu.. kalau nak senaraikan semua, tak tertaip tangan ni.... apa pun, he is the BEST!

Soalan 2:Adakah anda seorang yang romantika?

Tentunya kalau kena dan sesuai dengan masa... siapa yang tak nak jadi romantik? Kalau ada yang tak nak tu, memang lah dia something wrong in somwhere hahahaha....

Soalan 3:Luahkan perasaan yg lahir dr hati yg ikhlas utk org yang tersayang?

Ehem ehem ehem.... nanti lah... saya luahkan secara "live" petang nanti bila hubby jemput balik kerja ok?...

Soalan 4:Apa yang anda mahu dari pasangan anda?

Semestinya bimbingan dari seorang suami yang membawa kepada kebaikan dan kerahmatan dalam rumahtangga... Sudah tentu kasih sayang dan cintanya yang berterusan terhadap diri dan anak2.
Komitmen dan toleransi yang berterusan terhadap perhubungan kami dan kepada anak2.
Tapi yang utamanya... dah semesti untuk menjadi seorang suami dan ayah yang baik.......

Thursday, May 29, 2008

Sekadar posting 3

Agak keterbelakang saya mengemas kini blog ini. Bersawang jugak bila masuk tadi. Nasib tak kena serang batuk asma!



Alkisah 2 minggu sudah, kedua-dua anak kesayangan diserang demam panas beserta batuk dan selsema. Seminggu mengambil masa untuk pulih. Itu pun masih ada saki baki batuk jika dia kesejukan atau terkena habuk. Yang terkilan, tidak dapat menghantar Mak dan Uda sekeluarga ke KLIA bagi menunaikan Umrah pada minggu sudah. Tapi, Alhamdulillah, pun begitu, kami sempat menghantar Along sekeluarga pula ke KLIA bagi menunaikan Umrah juga. Rezeki bagi menunaikan Umrah bertimpa-timpa dalam keluarga kebelakangan ini..Alhamdulillah.



Simtom "hanyut" semasa di pejabat tidak dapat dielakkan sejak-sejak bercuti lama menjaga anak-anak di rumah. Semua hal kalau boleh dikedepankan "dateline" nya! MALAS betul nak menyentuh apatah lagi nak menghabiskan apa yang masih perlu diselesaikan. Dalam memerangi simtom "M" ini, satu-satunya "pembantu" dalam menguruskan kerja terpaksa dihantar ke "workshop" kerana ianya dah tak mampu untuk berfungsi dengan WARAS!.. Aduhhh! Lumpuh jugak kalau "ia" masuk bengkel ni. Entah berapa lama pulak nak "terperap" dalam bengkel nanti. Nasib baik ada "pembantu spare" yang tidaklah mampu untuk membantu sepenuhnya.. tapi boleh lah nak kemaskini blog! :-)



Kena lah bersabar sehingga "ia" benar2 pulih dan dikembalikan ke pemilik asalnya ini. Hidup mesti diteruskan!



Ya.. hidup mesti diteruskan! Walaupun Pulau "Putih Mata" terpaksa dilepaskan kepada pemilik yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Dunia (ehmmm dunia dunia.. ni semua donia!). Kita-kita ni hanya boleh lihat, dengar dan terkilan dengan kata putus mereka. Lebih daripada itu?.. Entah, tak pasti pula.





Maaf jika fikrah kali ini melompat-lompat sepertimana kodok yang tak reti duduk diam. Jari hanya mengetik apa yang terlintas. Otak pun masih dalam "gear" 2.

Thursday, May 15, 2008

RE lagi...

Ini adalah projek RE (ribbon embroderies) yang tebaru... BOOKMARK. Ia adalah untuk pemberian cenderahati sempena Hari Guru esok bagi guru-guru di sekolah KAKAK yang sulong (Along). Along berkenan bookmark yang dibuat untuk diri sendri minggu lepas, terus Along tempah untuk 30 bookmarks! Jenuh jugak nak menyelesaikannya.

Ini antara "design-design" yang telah diilhamkan secara spontan atau terus selama seminggu. Kira hari-hari adalah hari RE. Makan RE, tidur RE, menonton RE, keje RE, minum RE... hehehe :-).



Di bawah adalah proses "packing". Mujur ada wujud plastik yang "ngam-ngan" untuk dimuatkan penanda buku tersebut. Dan tidak lupa terima kasih buat "ABANG" kerana bersusah payah mencari plastik ini semalam. :-)


gambar diambil pada jam 12.45 am

Wednesday, May 14, 2008

Harga Oh Harga!

Hari Sabtu yang lepas semasa ingin membeli sedikit barangan rumah di pasaraya T****, sesuatu yang ketara adalah kebanyakan HARGA barang telah naik dalam 20% atau lebih. Bukan sekadar barang makanan, tetapi juga barangan harian seperti sabun mandi, syampu dan sebagainya.

Mengeluh juga dibuatnya ketika hendak memilih jenama apa yang menawarkan harga terendah untuk diguna di rumah.... Alih-alih, dari menggunakan cecair mandian Shokubutsu yang wangi lagi menyegarkan, sabun Shokubutsu adalah penggantinya.. Alasan : mudah sahaja... "Ubah gaya hidup anda".. dari harga 600ml mandian Shokubutsu RM8.95 (read: bulan lepas harga RM6.95), adalah menjimatkan kalau hanya menggunakan sabun Shokubutsu 3 ketul yang hanya berharga RM3.99.


Begitu juga dengan pemilihan syampu... harga biasa (read: harga stabil dalam 3-4 bulan) jenama Clear (warna pink) untuk botol besar (lupa berapa ml), RM16.90. Tetapi harga pada hari Sabtu lepas sudah mendadak menjadi RM20.20! Sudahnya pilihan adalah syampu Clear (sebab kepala dan rambut sudah sebati dan serasi) yang botol kecil dengan harga RM11.30, yang dahulunya harga hanya RM9.30.

Itu belum pergi ke seksyen makanan, seksyen lampin dan susu anak-anak. Dengan hangatnya isu BERAS di negara sekarang, sempat juga menjengah ke seksyen BERAS. Rata-rata semuanya beras IMPORT, dengan harga antara RM20 - RM30 bagi sekampit beras 10kg. Beras Taj Mahal (Faiza) juga mengalami kenaikan yang mendadak sehingga sekampit 5kg, harganya RM31.99!! Walhal sebelum krisis beras, harga yang munasabah adalah antara RM21 - Rm24.

Akhirnya, di kaunter bayaran, melayang jugak lah sekeping duit biru (read : dah tentu bukan RM1!) dan beberapa duit keping merah untuk barangan2 rumah dan harian.

Pagi Ahadnya pula, masa untuk mengisi stok makanan basah (read: ikan, ikan , ikan dan ikan). Pun boleh dikatakan semua harga mengalami kenaikan antara 10%-20%. 2-3 minggu lepas, harga ikan kembong RM5.50 sekg, tapi hari Ahad lepas sudah naik RM6.50 sekg. Macam tu lah dengan harga ikan - ikan yang lain, begitu juga dengan sayur. Cili merah pun naik mendadak sehingga RM8.99 sekg! Sedangkan harga yang pernah dibeli di kedai yang sama hanyalah RM2.99 sekg!

Jadi, saranan "Ubah cara hidup anda" bukan lah sekadar dari segi kurangkan penggunaan petrol, kurangkan penggunaan elektrik dan air, bahkan juga penggunaan barangan harian dan pengurangan makanan bagi seisi rumah yang dihuni seramai 4 orang dewasa (read: diri, suami, mak dan pembantu) dan 2 orang kanak-kanak (berumur 3 dan 5 tahun). Adakah pembantu rumah juga perlu dikurangkan GAJI?

Sehingga bilakah keluhan untuk harga barang yang mahal ini? Kalau hendak jadi kaya pun, bukan boleh dalam sekelip mata. Paling-paling yang boleh, cuba sedaya upaya untuk dapatkan "Xtra income" untuk tidak merasa begitu terhimpit dengan kekangan ekonomi yang begini.

Harus diambil kira juga, keadaan ini adalah bagi diri yang bekerja. Suami yang juga bekerja. Yang hasil pendapatan BERSIH seisi rumah dalam RM3000 sebulan. Perlu dihabiskan bil bulanan (read: elektrik, air, internet, astro, ), pinjaman pelajaran, gaji pembantu rumah, belanja rumah, belanja anak-anak, belanja untuk kereta (read: PETROl dan TOL), belanja diri sendiri (itu pun kalau ada baki).....Habis? Bagaimana pula dengan orang lain yang berpendapatan KURANG dari jumlah itu? Ada resolusi?