Lama menyepi bukan bermakna tidak peduli.....sibuk dengan hal-hal lain sehingga bila buka dashboard untuk kemaskini blog, hilang ide, hilang punca apa nak ditulis.
Isu harga minyak pun tidak sempat nak ulas (komen/komplen). Memang terasa juga dalam kiraan bajet untuk bulan Jun ini, lebih lebih lagi hujung bulan masih sayup. "Squeeze" sana "squeeze" sini nampak gayanya. Dah banyak kita baca ulasan tentang harga minyak ni.. ada yang marah, ada yang ambil secara positif, ada yang cadang guna basikal, ada yg mengarut suruh mulakan naik kuda atau lembu dan bermacam2 lagi. Tapi... masih... masih lagi kita atau saya dengan lebih tepat... masih mencari ruang dan peluang untuk membolos diri dari kekurangan wang ringgit...
"Ubah gaya hidup anda". Kalau boleh, ada tak mana-mana pakar yang bentangkan "gaya" hidup rakyat Malaysia (majoriti adalah kelas pertengahan) sebelum dan selepas kenaikan harga minyak. Mewah sangat ke kehidupan rakyat majoriti ini? Tak payah sentuh lah pasal bagaimana rakyat yang sebelum ini memang susah... rakyat miskin, bagaimana nak ubah gaya hidup?
Yang saya nampak, tagline "Ubah gaya hidup" ini lebih SESUAI kepada golongan-golongan mewah, senang, kaya raya... supaya mereka lebih membayar ZAKAT. Jadi, boleh lah Kutipan Zakat mengagihkan duit zakat kepada yang memerlukan.
Harapan rakyat tidak lah menggunung kepada pemimpin supaya terus menerus memberi "subsidi" (yang mereka kata.. tapi sebenarnya itu hak rakyat), cuma "understanding" mereka dalam menangani isu hangat terkini. Cubalah memahami gaya hidup rakyat Malaysia yang masih cuba memboloskan diri dari hutang piutang... gaya hidup rakyat Malaysia yang perlu berkira-kira setiap bulan untuk semua perbelanjaan... gaya hidup rakyat Malaysia yang terpaksa menabung untuk kemudahan anak-anak di masa hadapan (ada jugak yang tak cukup utk menabung)... gaya hidup rakyat Malaysia yang hanya membeli keperluan asas di rumah...gaya hidup rakyat Malaysia yang terus menerus dibelenggu dengan kenaikan harga barang dan sebagainya...
Kalau iya pun saranan Ubah Gaya Hidup itu ditujukan kepada rakyat Malaysia tercinta ini, cuba lah.. cubalah sehari mungkin pemimpin-pemimpin ini hidup seperti rakyat Malaysia yang biasa. Pastinya ini lah caranya hidup mereka sebelum jadi pemimpin...jadi apa salahnya, "back to basic" ini rakyat Malaysia sarankan kepada pemimpin-pemimpin semua... Mulakan dengan membayar petrol dengan duit gaji sendiri.. mulakan membayar bil letrik dan segala bil dengan gaji sendiri, mulakan membayar tol dengan gaji sendiri, mulakan membayar segala perbelanjaan rumah sendiri...mulakan membayar segala perkhidmatan persendirian dengan gaji sendiri.....segala elaun-elaun yang bermacam boleh dikurangkan ... segala keraian sana sini juga boleh dikurangkan... perasmian itu perasmian ini juga boleh dikurangkan belanjanya.. tidak perlu laaa acara potong riben bagai (semalam dalam berita, perasmian pusat khidmat .... di Pulau Pinang).
Entah lah... kita-kita ni hanya boleh mengeluh... dan pasti hidup perlu diteruskan. Mungkin ada yang kata.. "Alaaa mereka ni baru2 je bising..nanti lama2 diam laaa"... Alangkah sedih dan malangnyanya seorang rakyat pembayar cukai jika ada pemimpin yang begini.
Tetapi, mungkinkah sebab kenaikan harga minyak ini adalah untuk "mengajar" kebanyakan rakyat Malaysia kebelakangan ini yang sesedap tangan asyik menghabiskan duit di persada "SMS". Sikit-sikit SMS, sikit-sikit SMS. Agaknya, ada yang berkata dalam mesyuarat meja bujur, "Rakyat sekarang duit ditabur2 je pada pertandingan SMS... duit mereka ni banyak laahh.. baik mereka bayar duit minyak dari habis ke SMS".... Jadi sesiapa yang hobinya suka menghantar SMS ke pertandingan itu pertandingan ini, selepas ini tak boleh la mengeluh yaaaa harga minyak naik... duit banyakkk!
Hepppp! Tangan ni, kalau dibiarkan, ntah apa2 yang ditulis.... (marahkan nyamuk, kelambu dibakar).
Apapun, kerja tetap kerja. Isi petrol tetap isi. Mungkin ada yang nak tukar ke NGV?
2 comments:
terfikir jugak nk bertukar ke NGV....tp di klate ni NGV takde lg...kang susah plak...tp belah siam dh ada...abe sy ajak pi pasang kat siam sane...senang dia kata...hehe
Biarlah rahsia...
Biarlah rahsia-->> nak install tong NGV tu pun rasanya makan rm3000 gak kan? Kalau berbaloi, boleh la pk kan utk instaall
Post a Comment