Thursday, May 29, 2008

Sekadar posting 3

Agak keterbelakang saya mengemas kini blog ini. Bersawang jugak bila masuk tadi. Nasib tak kena serang batuk asma!



Alkisah 2 minggu sudah, kedua-dua anak kesayangan diserang demam panas beserta batuk dan selsema. Seminggu mengambil masa untuk pulih. Itu pun masih ada saki baki batuk jika dia kesejukan atau terkena habuk. Yang terkilan, tidak dapat menghantar Mak dan Uda sekeluarga ke KLIA bagi menunaikan Umrah pada minggu sudah. Tapi, Alhamdulillah, pun begitu, kami sempat menghantar Along sekeluarga pula ke KLIA bagi menunaikan Umrah juga. Rezeki bagi menunaikan Umrah bertimpa-timpa dalam keluarga kebelakangan ini..Alhamdulillah.



Simtom "hanyut" semasa di pejabat tidak dapat dielakkan sejak-sejak bercuti lama menjaga anak-anak di rumah. Semua hal kalau boleh dikedepankan "dateline" nya! MALAS betul nak menyentuh apatah lagi nak menghabiskan apa yang masih perlu diselesaikan. Dalam memerangi simtom "M" ini, satu-satunya "pembantu" dalam menguruskan kerja terpaksa dihantar ke "workshop" kerana ianya dah tak mampu untuk berfungsi dengan WARAS!.. Aduhhh! Lumpuh jugak kalau "ia" masuk bengkel ni. Entah berapa lama pulak nak "terperap" dalam bengkel nanti. Nasib baik ada "pembantu spare" yang tidaklah mampu untuk membantu sepenuhnya.. tapi boleh lah nak kemaskini blog! :-)



Kena lah bersabar sehingga "ia" benar2 pulih dan dikembalikan ke pemilik asalnya ini. Hidup mesti diteruskan!



Ya.. hidup mesti diteruskan! Walaupun Pulau "Putih Mata" terpaksa dilepaskan kepada pemilik yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Dunia (ehmmm dunia dunia.. ni semua donia!). Kita-kita ni hanya boleh lihat, dengar dan terkilan dengan kata putus mereka. Lebih daripada itu?.. Entah, tak pasti pula.





Maaf jika fikrah kali ini melompat-lompat sepertimana kodok yang tak reti duduk diam. Jari hanya mengetik apa yang terlintas. Otak pun masih dalam "gear" 2.

4 comments:

Anonymous said...

pemilik blog asal sakit teruk ke? ke dah ke mana?
Confuse!!! confuse!!!
Anyway semoga pulih seperti biasa

Bie.

UmmuNaylah said...

Hehehe.. tak perlu confuse!.. Yang menulis masih pemilik asal blog. PC kesayangan di ofis ni je yang "sakit"...
Nampaknya tinggi makam penulisan saya ni.. sbb awak dh confuse! hahaha

13may said...

takpe...
kita masih lagi ada betu belah batu bertangkup :D

UmmuNaylah said...

13 may-->> tulisan awak laaaaggiii tinggi makamnya.. tak paham den :-P