Wednesday, May 14, 2008

Harga Oh Harga!

Hari Sabtu yang lepas semasa ingin membeli sedikit barangan rumah di pasaraya T****, sesuatu yang ketara adalah kebanyakan HARGA barang telah naik dalam 20% atau lebih. Bukan sekadar barang makanan, tetapi juga barangan harian seperti sabun mandi, syampu dan sebagainya.

Mengeluh juga dibuatnya ketika hendak memilih jenama apa yang menawarkan harga terendah untuk diguna di rumah.... Alih-alih, dari menggunakan cecair mandian Shokubutsu yang wangi lagi menyegarkan, sabun Shokubutsu adalah penggantinya.. Alasan : mudah sahaja... "Ubah gaya hidup anda".. dari harga 600ml mandian Shokubutsu RM8.95 (read: bulan lepas harga RM6.95), adalah menjimatkan kalau hanya menggunakan sabun Shokubutsu 3 ketul yang hanya berharga RM3.99.


Begitu juga dengan pemilihan syampu... harga biasa (read: harga stabil dalam 3-4 bulan) jenama Clear (warna pink) untuk botol besar (lupa berapa ml), RM16.90. Tetapi harga pada hari Sabtu lepas sudah mendadak menjadi RM20.20! Sudahnya pilihan adalah syampu Clear (sebab kepala dan rambut sudah sebati dan serasi) yang botol kecil dengan harga RM11.30, yang dahulunya harga hanya RM9.30.

Itu belum pergi ke seksyen makanan, seksyen lampin dan susu anak-anak. Dengan hangatnya isu BERAS di negara sekarang, sempat juga menjengah ke seksyen BERAS. Rata-rata semuanya beras IMPORT, dengan harga antara RM20 - RM30 bagi sekampit beras 10kg. Beras Taj Mahal (Faiza) juga mengalami kenaikan yang mendadak sehingga sekampit 5kg, harganya RM31.99!! Walhal sebelum krisis beras, harga yang munasabah adalah antara RM21 - Rm24.

Akhirnya, di kaunter bayaran, melayang jugak lah sekeping duit biru (read : dah tentu bukan RM1!) dan beberapa duit keping merah untuk barangan2 rumah dan harian.

Pagi Ahadnya pula, masa untuk mengisi stok makanan basah (read: ikan, ikan , ikan dan ikan). Pun boleh dikatakan semua harga mengalami kenaikan antara 10%-20%. 2-3 minggu lepas, harga ikan kembong RM5.50 sekg, tapi hari Ahad lepas sudah naik RM6.50 sekg. Macam tu lah dengan harga ikan - ikan yang lain, begitu juga dengan sayur. Cili merah pun naik mendadak sehingga RM8.99 sekg! Sedangkan harga yang pernah dibeli di kedai yang sama hanyalah RM2.99 sekg!

Jadi, saranan "Ubah cara hidup anda" bukan lah sekadar dari segi kurangkan penggunaan petrol, kurangkan penggunaan elektrik dan air, bahkan juga penggunaan barangan harian dan pengurangan makanan bagi seisi rumah yang dihuni seramai 4 orang dewasa (read: diri, suami, mak dan pembantu) dan 2 orang kanak-kanak (berumur 3 dan 5 tahun). Adakah pembantu rumah juga perlu dikurangkan GAJI?

Sehingga bilakah keluhan untuk harga barang yang mahal ini? Kalau hendak jadi kaya pun, bukan boleh dalam sekelip mata. Paling-paling yang boleh, cuba sedaya upaya untuk dapatkan "Xtra income" untuk tidak merasa begitu terhimpit dengan kekangan ekonomi yang begini.

Harus diambil kira juga, keadaan ini adalah bagi diri yang bekerja. Suami yang juga bekerja. Yang hasil pendapatan BERSIH seisi rumah dalam RM3000 sebulan. Perlu dihabiskan bil bulanan (read: elektrik, air, internet, astro, ), pinjaman pelajaran, gaji pembantu rumah, belanja rumah, belanja anak-anak, belanja untuk kereta (read: PETROl dan TOL), belanja diri sendiri (itu pun kalau ada baki).....Habis? Bagaimana pula dengan orang lain yang berpendapatan KURANG dari jumlah itu? Ada resolusi?

No comments: