Friday, March 26, 2010







Thursday, February 11, 2010

Back in action :-)

Syukur ku kepada Mu Ya Allah



Setelah menunggu berbulan2 lamanya, akhirnya pembantu rumah yang ditunggu tiba dan telah berada di rumah semalam. Itu pun disebabkan kami telah bertukar ke agen lain. Kalau masih menunggu dari agen yang lama, entah bulan berapa baru kami akan dapat. Harapan kami agar duit yang telah dilaburkan akan dipulang kan semula, tidak kira cepat atau lambat, asal dapat semula.


Bila difikir semula, ini adalah semua dugaan Allah untuk menguji hambanya. Adakah kita sabar? Adakah kita redha? Adakah kita berusaha? Adakah kita bersyukur? Adakah kita menghargai masa yg ada? Adakah kita kuat dan tabah? Adakah kita hambanya yang memohon dariNya? Adakah kita hamba yang selalu mengingatiNya? Adakah kita hamba yang leka dan lalai? Adakah rezeki yang kita dapat dari redha Allah? Adakah kita sanggup berkorban demi orang tersayang? Banyak lagi yang boleh kami reflek dan muhasabah dari dugaan Allah ini. Justeru, syukur ku kepada Mu Ya Allah ..



Nampaknya entri kali ini adalah pembuka tirai 2010. Selama itu lah kehidupan yang dilalui penuh disulami naik turun emosi, perasaan dan macam2 lagi. Rasanya tak dapat nak diluahkan semuanya ke laman blog ini.


Buat masa ini, tumpuan banyak kepada Naylah Batriesya, permata hati Ummi yang sudah pun 5 bulan semalam. Bekalan susu yang perlu disediakan saban hari memang agak "menekan" emosi Ummi buat masa ini. Ummi hanya memohon kudrat dari Allah untuk terus berusaha memberi yang terbaik untuk mu Naylah. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Ummi mu ini demi menegakkan fitrah dan sunnah untuk anak tersayang.

Mungkin di entri yang lain, akan dikongsi bersama "moment"2 bersama Naylah, Nabil dan Naufal. Sudah tentu masa selalu mencemburui kita ..

Monday, December 21, 2009

7 years .....

Ya Allah, semoga kasih sayang dan cinta kami kekal ke akhirat, kurniakan kami keluarga bahagia yang penuh rahmah dariMu.

Abang, thank you for loving me unconditionally, loving me who I am as I love you every second, every breath I take.

Happy 7th Anniversary My Love. :-)

Tuesday, December 15, 2009

Back to WORK

I'm back to work after 3 month ++ leave.

Baby Naylah is in the nursery ... each time I left her, my heart breaks :-(

Fortunately, the nursey is just a 5 minutes walk from my office :-)

Many things to catch up before the students return from their mid break.

That's all for now ...

Friday, September 25, 2009

'Aidilfitri 2009

SALAM 'AIDILFITRI UNTUK SEMUA SAHABAT2

dari kiri: Naufal Amien, Abang, Nabil Aysar, Bonda, Myself, Baby Naylah Batriesya

Thursday, July 23, 2009

One Drop Perfume -- JOM JADI AGEN!

Salam semua ..

Saya mengalu2kan rakan2 yang berminat untuk menjadi agen atau pengedar One Drop Perfume yang famous lagi popular sekarang ini .... Seleksi pati minyak wangi yang banyak dan amat harum, di inspirasikan dari wangian terkenal antarabangsa dan selebriti terkenal.















Tuesday, July 21, 2009

Semalam dalam Sejarah

Semalam genap 3* tahun saya diputerikan ... 20 Julai 197*, 8.37 pagi.

Semalam juga adalah tarikh sirah untuk peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Junjungan Muhammad s.a.w, 27 Rejab 1430.

Semalam juga adalah tarikh genapnya 5 tahun Arwah Bapak meninggalkan kami semua, 20 Julai 2004, 12.10 pagi.

Tarikh yang tidak mungkin dilupakan oleh saya dan ahli keluarga yang lain .. Hanya Allah yang Maha Mengetahui hikmah terbesar di sebalik tarikh 20 Julai ... pertembungan hari lahir anak bongsu dengan hari Arwah Bapak pergi meninggalkan kami semua ...

Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Roh Arwah Bapak , Haji Abdul Rashid bin Mohd Kassim, amin.

Semalam, suami dan anak2 menemani di hari lahir ... hanya makan2 di luar. Tak lupa juga kad istimewa dari mereka .. (lupa nak ambil gambar dan upload ke sini). Sebelah malam pula, disambut lagi dengan kehadiran Mak (sebab Mak puasa sempena Isra' Mi'raj), kami menemani Mak berbuka puasa di kedai makan :-) ..

Semoga hari2 mendatang akan lebih diberkati Allah ... dikurniakan tubuh badan yang sihat, pintu rezeki yang luas, diberikan anak2 yg soleh dan kehadiran baby baru :-), tidak lupa kasih sayang tidak berbelah bahagi dari suami tercinta :-D, Amin.

Wednesday, June 17, 2009

Cuti2 di PD

Bersawang sungguh bila masuk blog ni :-P ..
Masih di sini dan sering ke sini tapi ketandusan ide modal untuk berblog. Alhamdulillah, kandungan kini sudah menjangkau 25 minggu. Pagi tadi doktor kata semua sihat, baby sihat. Sedang berkira2 memilih nama yang sesuai (dirahsiakan sehingga baby lahir).

Mak dah pun terbang ke Beijing .. melawat Angah sekeluarga yang tinggal di sana. Insyaallah akan pulang 2 minggu lagi.

Cuti sekolah baru2 ni tidak kemana2, memandangkan ramai staf di pejabat yang bergilir cuti, balik kampung, anak2 cuti sekolah, isteri bercuti ... jadi kami pun bercadang untuk bercuti selepas semua orang bercuti :-).





Isnin dan selasa (semalam) kami sekeluarga hanya meredah ke Port Dickson dan kami bermalam di Kayns resort. Tempatnya agak terpencil, resort yang "simple" dan "humble" tapi anak2 seronok bermain di "pool" dan laut sebab tidak ada orang lain selain kami :-P.






Nabil dan Naufal agak "tergamam" bila melihat laut yang luas .. sebab seringkali hanya bermain di kolam renang .. jarang sekali kami membawa mereka ke laut. Pantas menanya itu dan ini bila melihat laut seluas pandangan .. "ada shark tak" " mana dalam, laut ke sungai?" "whale ada tak" "kita boleh mandi yg jauh dalam tu tak?"



Kami hanya bermain2 di gigi air laut .. kerana air agak berlumpur. Pantai di PD juga agak "sakit" berbanding pantai PD dahulu.





Di kolam renang juga lah tempat bermain Nabil dan Naufal .. sehingga menggigil kesejukan, masih mengatakan diri tak sejuk! Hairan! Ayah sabar melayan kerenah Nabil dan Naufal di kolam sbb Ummi hanya duduk bersantai membaca buku pilihan di tepi kolam.



Kami bercadang selepas "check-out", hajat nak melawat PD Ostrich berdekatan, tapi hampa. Sampai di depan pintu masuk, tiada orang yang menjaga kaunter tiket, dan cuaca agak panas ketika itu ... sempat juga saya menjeling harga tiket masuk .. dewas RM8!!! .. Mahal kan?

Langsung kami masuk ke "highway" dan terus balik ... tapi terpaksa singgah di Seremban sebab aircond kereta dah mulai panas. Macam udang kena bakar dlm oven gamaknya ...

Sekadar berkongsi rasa cuti2 singkat kami di PD ..

Monday, April 6, 2009

Selamat Hari Lahir Ibu



Selamat Hari Lahir Ibu .. usiamu meniti tahun ke 62..


Semoga dilanjutkan usia, diluaskan pintu rezeki, diberi kesihatan badan, dan kegembiraan yang berpanjangan ...


Terima kasih Ibu.. kerana mu, aku kini menjadi sebahagian dari hidup anakmu


Terima kasih Ibu.. menerima aku seadanya ..


Terima kasih Ibu.. hatimu luhur ..




Sekadar posting 5

27 Mac yang lepas, kami (saya dan 8 orang staf) telah mengadakan "surprised farewell lunch" untuk salah seorang "part timer" library yang telah bersama2 kami selama setahun lebih. Insyaallah dia akan meneruskan kerjaya di sebuah syarikat bekalan buku (book supplier) .. dah rezeki dia di situ ye tak?

Sesi kejutan itu diadakan di Hotel Armada .. ada promosi "buffet lunch" di sana. Makanan aneka pilihan dan boleh tahan rasanya ..




Di atas, adalah antara staf yang hadir .. dari kiri, kak nab, kak ina, seri (yang dirai) dan amir (juga dirai sempena hari lahir bulan januari)

Nampaknya semua berpuas hati dengan "lunch" yang memang mengenyangkan ..Alhamdulillah

******************

Malam sabtu 28 mac .. teringin nak makan Spaghetti Bolognese .. jadi inilah hasilnya ..waallllaaaa







Wednesday, March 25, 2009

Nugget Ayam

"Ummi .. Nabil nak makan nugget laa.."

" Eh Ummi tgh nak bayar barang2 ni .. nanti balik Ummi masak la ye.."

" Ummi beli barang kat kedai ke?"

" Iyer... kejap lagi Ummi balik, Ummi tgh nak bayar ni ye.. ok bye .."

"Ok Ummi, bye.."

Nabil menelefon ketika saya sedang meletakkan barang2 dapur di kaunter bayaran .. Fuhh.. kali ni memang banyak barang yang sudah kehabisan stok di rumah .. sampaikan saya dan suami menolak 2 troli!! :-)

Nabil dan naufal kepingin makan "nugget" .. kalau nak mudah, ambil saja dari ruang sejuk beku ..pilih aje jenama apa, nugget ayamas, nugget ayamwira, nugget itu nugget ini. Tetapi Nabil dan Naufal tak berapa gemar dengan nugget yang disaluti dengan "bread crumbs" .. mereka lebih suka nugget ala KFC. "Kopak" la Ummi kalau hari2 nak beli nugget KFC .. hehehe

Jadi semasa Naufal demam tempoh hari, dia langsung tak nak makan nasi atau bubur atau apa pun, kecuali nugget. Bermodalkan isi ayam beberapa ketul di dalam "freezer", saya cincang halus, masukkan sedikit tepung ubi, gaul bersama tepung serbaguna Agromas, dan kepal2kan seperti bentuk nugget KFC. Kemudian celupkan dengan bancuhan tepung serbaguna dan air untuk digoreng .. Waahhh!!! sedapnya bukan main! (sendiri masak, sendiri puji) ..




gambar hiasan


Eksperimentasi itulah membuatkan saya mengulangi proses membuat nugget malam tadi. Penat memang penat... dengan keadaan saya yang begini (13 weeks), dan "mabuk" yang masih lagi menyerang, saya gagahi membancuh ramuan nugget resipi saya sendiri. Alhamdulillah, suami sedia membantu .. hehehe dia begitu tekun membantu saya mengepal nugget untuk digoreng separuh masak sebelum saya jadikan ianya "frozen nugget". Senang kalau Nabil dan Naufal kepingin nugget, hanya keluarkan dari "freezer' dan goreng dalam 1-2 minit.

Dan inilah rupa saya selesai proses membuat nugget pada jam 10.30 malam ...



Thursday, March 19, 2009

MY LATEST DEVELOPMENT ;-)


Your Baby's Development
Your baby's brain continues to develop, and tiny fingernails and toenails start to form. Vocal cords are formed this week, which is the last of your first trimester.
Your baby's kidneys are functioning! After swallowing amniotic fluid, your baby will now be able to pass it out of the body as urine. And the intestines will make their way into the abdomen, since there is room for them now
.



Your Body
Has anyone told you that you have that "pregnant glow"? It's not just the joy you may feel because you're having a baby — there's a physiological reason for smoother, more radiant skin during pregnancy. Increased blood volume and pregnancy hormones work together to give you that glow. The greater blood volume brings more blood to the blood vessels and hormones increase oil gland secretion, resulting in a flushed, plumper, smoother skin appearance. Sometimes, though, the increased oil gland secretion can cause temporary acne.

Sunday, February 15, 2009

Sekadar posting (4)

dah lamaaa... mmg dah lamaaa tak update... moodnya ngaakkk ada .. bukan taknak update.

TAG yg bie minta buat pun tak terbuat ...sbb kene menjawab ayat2 yg agak panjang...

update kali ni, hanya dibuat dengan point form la ye..


1. kesihatan: actually baru je baik demam panas .. seminggu tak keje!! siap amik darah utk denggi dan chiku***** screening... alhamdulillah takde apa yg serius. cuma tak berapa sihat dalam waktu2 tertentu kaedahnya...


2. anak2: asalnya, Nabil yang demam 3 hari. Tekaknya merah ... langsung demam panas. Dh dia elok, Ummi dia pulak demam ..sudahnya, dia pun tak sekolah seminggu. Naufal, so far alhamdulillah... masih ok.


3. aktiviti: baru tghari tadi, dh rasa macam ok sikit, bawa Nabil n Naufal menonton GENG, upin n ipin ... ramai betul orang ... tiket pun dah beli semalam..kalau hari ni, awal2 dah sold out! I would say, GENG amat membanggakan..thumbs up to this Malaysian made 3D animation. Kelakar pun ye jugak.... sapa yg ada plan nak tengok, jangan lengah2 .. dan pastikan booking tiket awal.


OK itu aje buat kali ni...

Kalau rajin, nanti update lagi!

Monday, January 12, 2009

Feel terrible

Pagi ni entah kenapa "angin" betul masa nak drive ke office. And i felt terrible and guilty pada Nabil. As usual, sampai di office husband, dia akan turun dan aku akan terus drive ke office di PJ pula. Tapi pagi tadi hampir suku perjalanan, husband call dan bg tahu 1 selipar Nabil ada dalam beg keje dia... haaa???? (!^(#!^(@*&$)_#(*_!@ camana boleh ada selipar tu dalam beg dia? .. ehmm dia mesti Nabil masuk kereta dan buka selipar dan tak perasan selipar tu terjatuh dalan beg ayah dia.. sabar je lah!!




Dah patah balik dan ambil selipar dari husband, disebabkan dah lambat (mas tu dh 7.52am) aku pun tekan minyak kuat sikit .. dan Nabil masih "bye-bye" ayahnya dari belakang ... tanpa aku sempat nak bg amaran Nabil untuk duduk, ada sebuah kancil di depan terus stop dan signal ke kanan. Dengan emergency break yg agak kuat,Nabil terjatuh ke depan dan badannya terkene seat belakang driver .. kuat bunyinya... panik betul aku ... Nabil dah menangis sebab terkejut dan aku "termenjerit" panik selepas dia terjatuh.




Ya Allah .. anakku Nabil ..




Aku periksa belakangnya, tiada luka cuma katanya sakit sebab terhentak di belakang seat driver ... aku pun menangis ... akibat kecuaian aku juga tadi Nabil jadi begini .. dan akibat Nabil tak duduk dan memakai tali pinggang belakang ....




Mujur la Nabil tidak terjatuh ke depan bahagian handbreak dan gear .. Na'uzubillah.
Aku drive juga la sampai ke office dengan menggigil tangan dan kaki.. dan Alhamdulillah selamat sampai di office dan sekolah Nabil.




Aku peluk dan cium Nabil .. Ummi minta maaf ye.. bila ditanya sakit lagi atau tidak?.. Nabil jawab, sakit sikit je Ummi ..dah nak baik ni. Alahai ... kesiannya anak Ummi...
Jadi.. hati ku tak berapa tenang pagi ini mengenangkan insiden tadi .. emosi untuk mulakan Isnin ku agak terganggu ...


Thursday, January 8, 2009

Tag from Bie


Jawab tag dari bie


Do you think that you are hot..??
Hot?? Boleh interpret macam2 hot ni.. hehe
I'm hot now (panas sbb takde aircond) :-)
Hot dibuatnya (marah lepas keta kene cilok kat highway) :-)
I'm hot babe... (isk isk ni utk limited edition je hehe) :-P


Upload a pic of you


Why do u you like this picture?
Inilah gambar pertama yg ditujukan kepada husband ... siap suruh teka yg mana satu .. nasib baik betul hehehe..instinct la katakan .. apa kata org? jatuh cinta pandang pertama? ecehh
When was the last time you eat pizza?
ehmmm last month kot.. alaaa ni yg teringin nak makan pizza neh

The last song you listen to?
apa ek?? dlm keta pg tadi.. as usual, takkan ingat lagu apa :-P
What are you doing rite now beside doing this
Dengar azan asar
What name you prefer besides yours?
Naylah :-)
People to tagged (aiyakk susah ni .. blogger circle tak ramai .. takkan nak tag bie semula? hehe)
1- Ummuashraf (kak asiah)
2- yilek
3- takde calon aaa
4- takkan bie pulak
5- tag ni dari ha kan?

Who is no. 1 ?
dear sr now at NZ with her beloved family .. admires her vision in life ..
ok that's all... :-)

Friday, December 5, 2008

Updates and Tag

Bukan lupa atau tak ingat .. tapi sibuk dan menyibuk di laman lain .. FB ler ..:-)
haa tu laaa -->> minah kiut, aku suruh kau register FB, kau tak nak.. latest issue sumer kat sana beb. hahaha

Dah 2 hari tak berapa sihat.. demam selsema, semalam pun MC tapi hari ni datang juga ofis. Dah next week cuti from Monday to Thursday ..
yebeda beduuuu!!!! Jangan jelessss!!! *wink wink*

Kehidupan harian sibuk seperti biasa .. dengan ketiadaan pembantu rumah (yang balik cuti tapi tak balik2 keje semula .. hampehh betul!) .. memang menguji kesabaran dan kecekalan untuk menguruskan rumah dan isi rumah (kami 4 beranak plus mak plus anak buah)

Pagi2 kalau ada kesempatan, aku akan masak dulu untuk bekalan mak, anak sedara dan Naufal. Ohhh.. Naufal pula di"baby sit" oleh anak sedara yang lain .. terpaksa la dia jadi daily baby sitter .. sian juga sebab cuti semester nya habis dengan menjaga Naufal di rumah .. tapi mesti la ada upahnya!! Alhamdulillah Naufal ok dengan dia.

Hujung2 minggu pun sibuk juga sebab rumah menjadi tumpuan anak2 sedara yang balik untuk berjumpa dengan neneknya .. lebih2 lagi Ateh dan isteri dan Akak dan suami pergi menunaikan Haji ... jadi anak2 nya akan balik berjumpa nenek. Semoga mereka akan mendapat Haji Mabrur .. Insyaallah.

Semalam walaupun MC, petang - malam aku menghabiskan masa dengan membuat cupcakes... nak bawa ke sekolah Nabil untuk kawan2nya.. this is my 3rd attempt to make homemade cupcakes.. still need more practice in decorating :-P


cupcakes ni masa birthday Nabil dan Naufal



Pink swirls for the girls

Greens for the boys



and more cupcakes

So... ada siapa2 yang berminat? hahahaha... fruit cakes pun kadangkala tak larat nak amik order .. raya haji ni betul amik 3 order je. Agak limited bila pembantu takde di rumah .. mana nak mengemas, mana nak tengok hero2 tu, mana nak buat laundry, lipat baju, ironing, tak lupa ajar anak2 mengaji etc.. fuhhhh!! Takat simple2 cupcakes tu boleh laaa hehehe :-) . Last saturday masa drop by @ MPH MidValley, sempat aku sambar set buku cupcakes with the nozzles and silicon cupcakes pan... worth to buy! RM32.90 je dengan 5 nozzles inside!! Even 1 nozzle di bakery shop pun dah cost RM6.90 tau! hehehe ...

Hope I can enjoy my weekend... ye la .. dengan selsema yang teruk ni, hopefully I won't collapsed ;-( .. raya haji pun is coming .. dan semua balik of course.

So, out there, Selamat 'AidilAdha .. berkorban tak tahun ni??

**************************************************************
OO.. ada TAG kene buat eh..


1. Berat sebelum mengandung
adoiii sebelum mengandung je dah berat, camana ekk?

sebelum mengandung Nabil => 67kg (walhal masa kawin, 59kg!!!)

sebelum mengandung Naufal => 71kg

2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin

Nabil => 89kg!!!!

Naufal=> 83kg ...

3. Berat selepas habis pantang

Nabil => 75kg

Naufal => 72kg

4. Apa yang korang suka makan masa mengandung

Masa mengandung BOTH suka SUP, NASI AYAM... so tahu laa.. kalau suka nasi ayam jugak nanti, boy jugak laa :-P

5. Hospital mana anda bersalin

Both di Hospital Pakar Ampang Puteri .. Dr. Fauziah


6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg.. yg penting sekali gambar masa last pregnant

Sorry beb, takde gambar dalam simpanan buat masa ni .. memang masa pregnant both takde rasa langsung nak amik gambar... sebab pembawaan baby boy agaknya :-P

Tuesday, November 4, 2008

HFMD

Laaaaaaaaamaaaaaaaaaaaa tak update eh?
________________________________________

Semalam bawa Naufal ke klinik sebab mulut dia tumbuh banyak ulcer... takut kene HFMD. Dan Dr. pun diagnose, memang dia kene HFMD (kaki tangan dan mulut). Balik rumah tersu GOOGLE dan cari info about HFMD... the symtoms, infections, preventions etc.

So far Naufal is doing OK. Dia ada selera makan, tak demam. Cuma mulut ada banyak ulcer dan ada ruam2 di tapak kaki yg nampak merah2 pagi tadi. Hopefully he'll be alright , Insyaallah.

Today Ayah will babysit Naufal, Ummi will be on leave tomorrow and the day after. Naufal is to be quarantined at least for 4 days to get off the virus and prevent it to "jangkit" to other children. But the challenging is how to quarantine him from his brother, Nabil? Semalam pun ada hati nak bergusti dalam sakit2 mulut tu... *sigh*

From the reading, there are some precautions need to be taken care of.

1. No sharing of food utensils, clothes, toys, towels, and anything that directly contacted with him
2. No "jalan-jalan" in public areas...
3. Keep yourself and all family members as hygiene as possible. Wash hands after going to toilets, before handling Naufal, before preparing foods ... wash wash and always wash!
4. Monitor his condition ... make him drink more water to avoid Dehydration since he is not be able to eat normally (mulut dia sakit sbb ulcer... dia makan bubur je ni.. dh 3 hari)

So, parents and friends.. make yourself alert with your childrens' condition. Since I have no idea from where Naufal gets this virus. He's staying at home, no nursery and playschool.

For further reading:

Introduction

What is Hand, Foot and Mouth Disease?
Hand-foot-and-mouth disease(HFMD) is an infection of young children (under the age 10 years old) in which characteristic fluid-filled blisters appear on the hands, feet, and inside the mouth. The throat and tonsils develop small ulcers while the hands, feet, and diaper area develop a rash with characteristic vesicles (very small blisters). This is usually a mild illness with the rash healing in 5 to 7 days.
HFMD is caused by virus (enterovirus group). HFMD is spread from person to person by direct contact with the nasal discharge, saliva, faeces and fluid from the rash of an infected person. Both adults and children can be affected, but young children below five years are particularly susceptible.
HFMD often occurs in clusters of children who are in centres together. It is spread through poor hand-washing after a diaper change or contact with saliva (drool) which allows the virus to be passed from one child to another


Signs and Symptoms

The incubation period is 3 to 7days.
The clinical features includes:-
fever
sore throat
ulcers in the throat, mouth and tongue
Rash with vesicles (small blisters-- 3-7 mm) on hands, feet and diaper area. The vesicles are typically on the palm side of the hands and the sole of the feet and very characteristic in appearance.
headache
loss of appetite
Complications
Usually not serious but few cases can worsen when it involves nervous the system and heart.


Treatment

Diagnosis is made by most practitioners solely on the basis of the unique appearance of blisters of the mouth, hands, and feet, in a child not appearing very ill.
There is no specific treatment for the infection other than symptomatic relief of symptoms.
Treatment with antibiotics is not effective and is not indicated. Acetaminophen can be used to treat fever. Aspirin should not be used in viral illnesses in children under 12 years old.
Salt water mouth rinses (1/2 teaspoon of salt to 1 glass of warm water) may be soothing if the child is able to rinse without swallowing. Ensure an adequate fluid intake because swallowing may be painful. Extra fluid is needed when fever is present.
Advice for parentsParents are advised to consult a doctor early if their child has symptoms of HFMD. They should also be alert to any change in their child's normal behaviour, e.g. irritation and sleepiness. Should they refuse to eat or drink, have persistent vomiting or drowsiness, parents should bring their child immediately to the hospital.
Avoid sending child with sypmtoms to school, pre school or nursery . Wipe and clean nose and mouth and dispose soiled tissue properly.

Prevention


Prevention involves careful attention to hygiene. Family members are advised to follow good hygiene practices, including frequent hand washing, to limit the spread of the infection.
consistent hand-washing practices with clean water and soap before preparing food, after going to toilet, after changing diapers and cleaning faeces.
to cover mouth and nose when coughing and sneezing
discouraging the sharing of clothes, towels, eating and drinking utensils and stuffed toys.
parent should ensure that they are clean before handling children's or babies
to clean toys, chairs and tables if contaminated by children saliva
children should be kept away from crowded public places (such as schools, preschools, play groups, markets and public transport) if they show signs of infection.

Monday, September 29, 2008

Monday, September 8, 2008

Reasons for not updating...

1. Besides work, work and work...
2. Visit my Facebook..
3. Monitoring my Online Plaza (my evening, night and weekends)
4. Preparing hampers for Ramadhan and Syawal
5. Baking my Original Fruit Cake

:-)

Tuesday, August 12, 2008

Greaaattttt weekend!

It's been a while ... quite busy with daily schedules and updating my online plaza :-D


Just want to update few exciting photos during our family outing / holiday @ Trolak Resort and Sg. Klah Hot Springs.... that place was really goooooodddd!!! Thumbs up!



Abang was trying to swim ala2 Olympic athelets....











My ever - pretty mother


Peaceeeeeeee Adik!!!