Friday, December 5, 2008

Updates and Tag

Bukan lupa atau tak ingat .. tapi sibuk dan menyibuk di laman lain .. FB ler ..:-)
haa tu laaa -->> minah kiut, aku suruh kau register FB, kau tak nak.. latest issue sumer kat sana beb. hahaha

Dah 2 hari tak berapa sihat.. demam selsema, semalam pun MC tapi hari ni datang juga ofis. Dah next week cuti from Monday to Thursday ..
yebeda beduuuu!!!! Jangan jelessss!!! *wink wink*

Kehidupan harian sibuk seperti biasa .. dengan ketiadaan pembantu rumah (yang balik cuti tapi tak balik2 keje semula .. hampehh betul!) .. memang menguji kesabaran dan kecekalan untuk menguruskan rumah dan isi rumah (kami 4 beranak plus mak plus anak buah)

Pagi2 kalau ada kesempatan, aku akan masak dulu untuk bekalan mak, anak sedara dan Naufal. Ohhh.. Naufal pula di"baby sit" oleh anak sedara yang lain .. terpaksa la dia jadi daily baby sitter .. sian juga sebab cuti semester nya habis dengan menjaga Naufal di rumah .. tapi mesti la ada upahnya!! Alhamdulillah Naufal ok dengan dia.

Hujung2 minggu pun sibuk juga sebab rumah menjadi tumpuan anak2 sedara yang balik untuk berjumpa dengan neneknya .. lebih2 lagi Ateh dan isteri dan Akak dan suami pergi menunaikan Haji ... jadi anak2 nya akan balik berjumpa nenek. Semoga mereka akan mendapat Haji Mabrur .. Insyaallah.

Semalam walaupun MC, petang - malam aku menghabiskan masa dengan membuat cupcakes... nak bawa ke sekolah Nabil untuk kawan2nya.. this is my 3rd attempt to make homemade cupcakes.. still need more practice in decorating :-P


cupcakes ni masa birthday Nabil dan Naufal



Pink swirls for the girls

Greens for the boys



and more cupcakes

So... ada siapa2 yang berminat? hahahaha... fruit cakes pun kadangkala tak larat nak amik order .. raya haji ni betul amik 3 order je. Agak limited bila pembantu takde di rumah .. mana nak mengemas, mana nak tengok hero2 tu, mana nak buat laundry, lipat baju, ironing, tak lupa ajar anak2 mengaji etc.. fuhhhh!! Takat simple2 cupcakes tu boleh laaa hehehe :-) . Last saturday masa drop by @ MPH MidValley, sempat aku sambar set buku cupcakes with the nozzles and silicon cupcakes pan... worth to buy! RM32.90 je dengan 5 nozzles inside!! Even 1 nozzle di bakery shop pun dah cost RM6.90 tau! hehehe ...

Hope I can enjoy my weekend... ye la .. dengan selsema yang teruk ni, hopefully I won't collapsed ;-( .. raya haji pun is coming .. dan semua balik of course.

So, out there, Selamat 'AidilAdha .. berkorban tak tahun ni??

**************************************************************
OO.. ada TAG kene buat eh..


1. Berat sebelum mengandung
adoiii sebelum mengandung je dah berat, camana ekk?

sebelum mengandung Nabil => 67kg (walhal masa kawin, 59kg!!!)

sebelum mengandung Naufal => 71kg

2. Berat terakhir mengandung sebelum bersalin

Nabil => 89kg!!!!

Naufal=> 83kg ...

3. Berat selepas habis pantang

Nabil => 75kg

Naufal => 72kg

4. Apa yang korang suka makan masa mengandung

Masa mengandung BOTH suka SUP, NASI AYAM... so tahu laa.. kalau suka nasi ayam jugak nanti, boy jugak laa :-P

5. Hospital mana anda bersalin

Both di Hospital Pakar Ampang Puteri .. Dr. Fauziah


6. Tunjukkan gambar mengandung at least 5 kpg.. yg penting sekali gambar masa last pregnant

Sorry beb, takde gambar dalam simpanan buat masa ni .. memang masa pregnant both takde rasa langsung nak amik gambar... sebab pembawaan baby boy agaknya :-P

1 comment:

Biarlah rahsia said...

hehehe...wat jugak akhirnya...

waahhh...rajinnya, productive and very creative mom lah awak ni...

kena ikut jejak langkah ni...merajinkan diri masak2...

semua org sibuk kan....sy pun sibuk bila kat rumah tu..jln pun rs mcm nk lari..kejar waktu...byk benda nk kena buat dlm sehari tu...

raya haji mmg melepek jea..letih...very tight schedule..takdan nk rehat pun...bila masuk keje...letih manjang...sbb kat opis wpun sibuk dpt rehat lah jugak.

*sorry...what a long comment.