Wednesday, June 17, 2009

Cuti2 di PD

Bersawang sungguh bila masuk blog ni :-P ..
Masih di sini dan sering ke sini tapi ketandusan ide modal untuk berblog. Alhamdulillah, kandungan kini sudah menjangkau 25 minggu. Pagi tadi doktor kata semua sihat, baby sihat. Sedang berkira2 memilih nama yang sesuai (dirahsiakan sehingga baby lahir).

Mak dah pun terbang ke Beijing .. melawat Angah sekeluarga yang tinggal di sana. Insyaallah akan pulang 2 minggu lagi.

Cuti sekolah baru2 ni tidak kemana2, memandangkan ramai staf di pejabat yang bergilir cuti, balik kampung, anak2 cuti sekolah, isteri bercuti ... jadi kami pun bercadang untuk bercuti selepas semua orang bercuti :-).





Isnin dan selasa (semalam) kami sekeluarga hanya meredah ke Port Dickson dan kami bermalam di Kayns resort. Tempatnya agak terpencil, resort yang "simple" dan "humble" tapi anak2 seronok bermain di "pool" dan laut sebab tidak ada orang lain selain kami :-P.






Nabil dan Naufal agak "tergamam" bila melihat laut yang luas .. sebab seringkali hanya bermain di kolam renang .. jarang sekali kami membawa mereka ke laut. Pantas menanya itu dan ini bila melihat laut seluas pandangan .. "ada shark tak" " mana dalam, laut ke sungai?" "whale ada tak" "kita boleh mandi yg jauh dalam tu tak?"



Kami hanya bermain2 di gigi air laut .. kerana air agak berlumpur. Pantai di PD juga agak "sakit" berbanding pantai PD dahulu.





Di kolam renang juga lah tempat bermain Nabil dan Naufal .. sehingga menggigil kesejukan, masih mengatakan diri tak sejuk! Hairan! Ayah sabar melayan kerenah Nabil dan Naufal di kolam sbb Ummi hanya duduk bersantai membaca buku pilihan di tepi kolam.



Kami bercadang selepas "check-out", hajat nak melawat PD Ostrich berdekatan, tapi hampa. Sampai di depan pintu masuk, tiada orang yang menjaga kaunter tiket, dan cuaca agak panas ketika itu ... sempat juga saya menjeling harga tiket masuk .. dewas RM8!!! .. Mahal kan?

Langsung kami masuk ke "highway" dan terus balik ... tapi terpaksa singgah di Seremban sebab aircond kereta dah mulai panas. Macam udang kena bakar dlm oven gamaknya ...

Sekadar berkongsi rasa cuti2 singkat kami di PD ..

2 comments:

Biarlah rahsia said...

tunjuklah gmbr ummi...
nk tgk perut gakkk

owner said...

ooOO Ummi dalam proses pembesaran yg tak hengat!! hahaha