Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Monday, April 6, 2009

Sekadar posting 5

27 Mac yang lepas, kami (saya dan 8 orang staf) telah mengadakan "surprised farewell lunch" untuk salah seorang "part timer" library yang telah bersama2 kami selama setahun lebih. Insyaallah dia akan meneruskan kerjaya di sebuah syarikat bekalan buku (book supplier) .. dah rezeki dia di situ ye tak?

Sesi kejutan itu diadakan di Hotel Armada .. ada promosi "buffet lunch" di sana. Makanan aneka pilihan dan boleh tahan rasanya ..




Di atas, adalah antara staf yang hadir .. dari kiri, kak nab, kak ina, seri (yang dirai) dan amir (juga dirai sempena hari lahir bulan januari)

Nampaknya semua berpuas hati dengan "lunch" yang memang mengenyangkan ..Alhamdulillah

******************

Malam sabtu 28 mac .. teringin nak makan Spaghetti Bolognese .. jadi inilah hasilnya ..waallllaaaa







Friday, May 9, 2008

MAKAN MAKAN


Hari ni sekali lagi ofis nak buat "makan-makan".... Ada yang nak sambut BIRTHDAY...sekali sekala, sambut ramai2 pun ok. So menu kali ni ialah.. TARAAAAAAA... STEAMBOAT @ KAPAL WAP!! hahahaha...

gambar hiasan (steamboat di rumah tahun 2006)

Bahan-bahan telah pun dibeli oleh "geng" wanita semalam, kebetulan ada Pasar Tani berhampiran. Selebihnya dibeli petang semalam di TESCO.

Senang je buat steamboat ni ofis ni... kalau ada periuk nasi (rice cooker) atau mulitpurpose cooker semua boleh jadi... just rebus air dan masukkan kiub perasa ayam (untuk perasa sup) atau kiub tomyam (untuk perasa tomyam, of course). Bila dah mendidih, boleh la masukkan semua bahan-bahan seperti di atas mengikut citarasa masing2. And .. walllaaaaa... sedap makan panas2... Boleh cuba di rumah.. menu sihat semestinya!

Makanan tambahan: -->>Nasi Goreng Cina (yang telah digoreng pagi tadi jam 6 pagi!)... semestinya oleh tukang masak professional ni laaaaa hehehee...

>>Ayam KFC, akan dibeli oleh "geng" lelaki kejap lagi...