Cuma nak "update" cerita semalam...
Mengenang arwah Bapak yang sudah mendekati 4 tahun perginya menemui Ilahi, dan mengenang hari bapa yang disambut oleh kebanyakan orang, kami menziarahi pusara arwah Bapak.... hanya kami bertiga (diri, kakak dan Ateh) serta Mak. Sekian lama airmata ini ditahan, mengalir juga semalam di pusara arwah Bapak. Rindu padanya terkadang amat dalam.... sehingga terasa pilu .. tersangat pilu di sanubari. Memang tidak mahu Mak untuk melihat airmata ini mengalir, tidak mahu Mak lebih bersedih atas pemergian arwah, walaupun sudah 4 tahun. Namun Mak ada kami yang selalu dan cuba selalu untuk meriangkan hatinya....
Sebelah malam, hajat untuk meraikan "ayah" Nabil dan Naufal (suami tersayang) tercapai juga. Alhamdulillah, kami dengan seleranya makan malam di Restoran Stimbot (Johnny's) di Jusco. Punyalah ramai manusia di Jusco.. maklum baru teringat, semalam adalah hari "last" untuk Sale di Jusco. Sempat juga la merembar 2 pasang kasut anak-anak yang sememangnya MURAH (50% off)... dan sempat juga Abang membeli 2 pasang baju kemeja / kerja... kira hadiah Hari Bapa laa yeee (tapi bayar sendiri hehehehe)
Yang tak bestnya... Nabil demam sikit, tonsilnya bengkak lagi. Terus ke klinik untuk dapatkan antibiotik dan ubat demam. Ehmmmm macamana laaa Nabil nak ke Kilang Roti esok? Oh Ya, esok Nabil ada "outing" dengan rakan2 dan teacher sekolah nya ke Kilang Roti Gardenia....
Eh terlupa pulak nak khabarkan.... semalam juga ingatkan nak buat "surprise" untuk Abang. Masak roti guna "bread maker" yang Abang belanja tempoh hari... tapi malangnya percubaan pertama gagal!.... Namun begitu, percubaan kedua pada malamnya membuahkan hasil yang amat bagussss... walllaaaa! Jadi pagi ni pun, bekal roti yang dibuat sendiri.... :-)
2 comments:
wah! buat roti sendiri :D
13 may: isteri @ ibu mithali kene superwoman ... :-P
Post a Comment