Tuesday, May 13, 2008

11 Mei - SELAMAT HARI IBU

Pagi 11 Mei, ku salam dan dakap Mak dengan ucapan Selamat Hari Ibu... tidak dinafikan hari-hari adalah istimewa untuk kita rakamkan kasih sayang terhadap ibu... namun dengan adanya hari khusus seperti hari ini... membuatkan kita LEBIH menghargai ibu...LEBIH mengingatkan kita tentang pengorbanan seorang wanita bernama MAK, IBU, UMMI, MAMA.....

MAK seorang yang cekal, gigih, berani, SABAR, berusaha, cerdik .... sebagai anak yang bongsu, tidak keterlaluan kalau dikatakan hidup ku tidak pernah susah... sebab MAK sentiasa ada disisi... tapi dari cerita-cerita abang dan kakak, mengimbau susah payah MAK, kesabaran MAK semasa mendidik mereka cukup untuk ku ketahui MAK seorang wanita yang IKHLAS.. IKHLAS dalam menjalankan tanggungjawab dan kasih sayang terhadap anak-anak dan suami...teringatkan kata-kata MAK..

"Kita ni, ada hidup di satu dunia lagi.... di situ, IKHLAS yang Allah ukur... kita ni, buat apa pun, biar lah IKHLAS. Kalau IKHLAS, yang lain tu mengikut ..."

"Biar orang buat kita... jangan kita buat orang.."

MAK dengan kehadiran anak dan menantu serta cucu-cucu seramai 44 orang semuanya, kini bersyukur atas nikmat yang ALLAH kurniakan. Segala yang dilakukan dahulu kini baru hadir HIKMAHnya....Dengan kesabaran juga MAK mampu mengecapinya dengan penuh SYUKUR dan TAWADHU' atas pemberian ALLAH ini.

Doa MAK sentiasa mengiringi SEMUA anak menantu dan cucu-cucu. Doa MAK juga, kini Alhamdulillah hidup ku disinari dan dilimpahi kasih sayang SUAMI dan anak-anak.

Tiada hadiah yang lebih berharga, DOA buat MAK .... semoga MAK sentiasa dalam perlindungan ALLAH dan diberikan kesihatan yang baik, Insyaallah. Kesunyian MAK setelah Arwah BAPAK pergi 4 tahun lalu, Insyaallah akan diisi dan diubati dengan kehadiran dan kasih sayang anak menantu dan cucu-cucu mu...




Tidak ku lupa ingatan dan ucapan SELAMAT HARI IBU buat IBU mertua yang disayangi.... yang ku kagumi...TERIMA KASIH IBU .. kerana menerima saya seadanya, menyayangi dan melayani saya seperti anakmu jua, mendidik dan membesarkan anakmu, juga SUAMI dan AYAH kepada anak-anak...

Semoga IBU sentiasa dalam perlindungan ALLAH dan diberikan kesihatan yang baik, Insyaallah.

2 comments:

Anonymous said...

ramainya cucu mak awak....dh 44 org...mak sy br 32 org...bertuah sungguh dia...ada ramai ank dan cucu cicit..mesti tak terlayan klu raya semua ada pakat berkumpul ramai2...mesti seronok klu buat sport family day kan.

bie

Anonymous said...

bie-->> 44 tu jumlah semua anak, menantu dan cucu. Cucu hanya 28... :-)
Memang seronok kalau buat Family Day.. tapi penat juga dan uruskan