Wednesday, June 17, 2009

Cuti2 di PD

Bersawang sungguh bila masuk blog ni :-P ..
Masih di sini dan sering ke sini tapi ketandusan ide modal untuk berblog. Alhamdulillah, kandungan kini sudah menjangkau 25 minggu. Pagi tadi doktor kata semua sihat, baby sihat. Sedang berkira2 memilih nama yang sesuai (dirahsiakan sehingga baby lahir).

Mak dah pun terbang ke Beijing .. melawat Angah sekeluarga yang tinggal di sana. Insyaallah akan pulang 2 minggu lagi.

Cuti sekolah baru2 ni tidak kemana2, memandangkan ramai staf di pejabat yang bergilir cuti, balik kampung, anak2 cuti sekolah, isteri bercuti ... jadi kami pun bercadang untuk bercuti selepas semua orang bercuti :-).





Isnin dan selasa (semalam) kami sekeluarga hanya meredah ke Port Dickson dan kami bermalam di Kayns resort. Tempatnya agak terpencil, resort yang "simple" dan "humble" tapi anak2 seronok bermain di "pool" dan laut sebab tidak ada orang lain selain kami :-P.






Nabil dan Naufal agak "tergamam" bila melihat laut yang luas .. sebab seringkali hanya bermain di kolam renang .. jarang sekali kami membawa mereka ke laut. Pantas menanya itu dan ini bila melihat laut seluas pandangan .. "ada shark tak" " mana dalam, laut ke sungai?" "whale ada tak" "kita boleh mandi yg jauh dalam tu tak?"



Kami hanya bermain2 di gigi air laut .. kerana air agak berlumpur. Pantai di PD juga agak "sakit" berbanding pantai PD dahulu.





Di kolam renang juga lah tempat bermain Nabil dan Naufal .. sehingga menggigil kesejukan, masih mengatakan diri tak sejuk! Hairan! Ayah sabar melayan kerenah Nabil dan Naufal di kolam sbb Ummi hanya duduk bersantai membaca buku pilihan di tepi kolam.



Kami bercadang selepas "check-out", hajat nak melawat PD Ostrich berdekatan, tapi hampa. Sampai di depan pintu masuk, tiada orang yang menjaga kaunter tiket, dan cuaca agak panas ketika itu ... sempat juga saya menjeling harga tiket masuk .. dewas RM8!!! .. Mahal kan?

Langsung kami masuk ke "highway" dan terus balik ... tapi terpaksa singgah di Seremban sebab aircond kereta dah mulai panas. Macam udang kena bakar dlm oven gamaknya ...

Sekadar berkongsi rasa cuti2 singkat kami di PD ..

Monday, April 6, 2009

Selamat Hari Lahir Ibu



Selamat Hari Lahir Ibu .. usiamu meniti tahun ke 62..


Semoga dilanjutkan usia, diluaskan pintu rezeki, diberi kesihatan badan, dan kegembiraan yang berpanjangan ...


Terima kasih Ibu.. kerana mu, aku kini menjadi sebahagian dari hidup anakmu


Terima kasih Ibu.. menerima aku seadanya ..


Terima kasih Ibu.. hatimu luhur ..




Sekadar posting 5

27 Mac yang lepas, kami (saya dan 8 orang staf) telah mengadakan "surprised farewell lunch" untuk salah seorang "part timer" library yang telah bersama2 kami selama setahun lebih. Insyaallah dia akan meneruskan kerjaya di sebuah syarikat bekalan buku (book supplier) .. dah rezeki dia di situ ye tak?

Sesi kejutan itu diadakan di Hotel Armada .. ada promosi "buffet lunch" di sana. Makanan aneka pilihan dan boleh tahan rasanya ..




Di atas, adalah antara staf yang hadir .. dari kiri, kak nab, kak ina, seri (yang dirai) dan amir (juga dirai sempena hari lahir bulan januari)

Nampaknya semua berpuas hati dengan "lunch" yang memang mengenyangkan ..Alhamdulillah

******************

Malam sabtu 28 mac .. teringin nak makan Spaghetti Bolognese .. jadi inilah hasilnya ..waallllaaaa







Wednesday, March 25, 2009

Nugget Ayam

"Ummi .. Nabil nak makan nugget laa.."

" Eh Ummi tgh nak bayar barang2 ni .. nanti balik Ummi masak la ye.."

" Ummi beli barang kat kedai ke?"

" Iyer... kejap lagi Ummi balik, Ummi tgh nak bayar ni ye.. ok bye .."

"Ok Ummi, bye.."

Nabil menelefon ketika saya sedang meletakkan barang2 dapur di kaunter bayaran .. Fuhh.. kali ni memang banyak barang yang sudah kehabisan stok di rumah .. sampaikan saya dan suami menolak 2 troli!! :-)

Nabil dan naufal kepingin makan "nugget" .. kalau nak mudah, ambil saja dari ruang sejuk beku ..pilih aje jenama apa, nugget ayamas, nugget ayamwira, nugget itu nugget ini. Tetapi Nabil dan Naufal tak berapa gemar dengan nugget yang disaluti dengan "bread crumbs" .. mereka lebih suka nugget ala KFC. "Kopak" la Ummi kalau hari2 nak beli nugget KFC .. hehehe

Jadi semasa Naufal demam tempoh hari, dia langsung tak nak makan nasi atau bubur atau apa pun, kecuali nugget. Bermodalkan isi ayam beberapa ketul di dalam "freezer", saya cincang halus, masukkan sedikit tepung ubi, gaul bersama tepung serbaguna Agromas, dan kepal2kan seperti bentuk nugget KFC. Kemudian celupkan dengan bancuhan tepung serbaguna dan air untuk digoreng .. Waahhh!!! sedapnya bukan main! (sendiri masak, sendiri puji) ..




gambar hiasan


Eksperimentasi itulah membuatkan saya mengulangi proses membuat nugget malam tadi. Penat memang penat... dengan keadaan saya yang begini (13 weeks), dan "mabuk" yang masih lagi menyerang, saya gagahi membancuh ramuan nugget resipi saya sendiri. Alhamdulillah, suami sedia membantu .. hehehe dia begitu tekun membantu saya mengepal nugget untuk digoreng separuh masak sebelum saya jadikan ianya "frozen nugget". Senang kalau Nabil dan Naufal kepingin nugget, hanya keluarkan dari "freezer' dan goreng dalam 1-2 minit.

Dan inilah rupa saya selesai proses membuat nugget pada jam 10.30 malam ...



Thursday, March 19, 2009

MY LATEST DEVELOPMENT ;-)


Your Baby's Development
Your baby's brain continues to develop, and tiny fingernails and toenails start to form. Vocal cords are formed this week, which is the last of your first trimester.
Your baby's kidneys are functioning! After swallowing amniotic fluid, your baby will now be able to pass it out of the body as urine. And the intestines will make their way into the abdomen, since there is room for them now
.



Your Body
Has anyone told you that you have that "pregnant glow"? It's not just the joy you may feel because you're having a baby — there's a physiological reason for smoother, more radiant skin during pregnancy. Increased blood volume and pregnancy hormones work together to give you that glow. The greater blood volume brings more blood to the blood vessels and hormones increase oil gland secretion, resulting in a flushed, plumper, smoother skin appearance. Sometimes, though, the increased oil gland secretion can cause temporary acne.