Thursday, April 3, 2008

Sekadar posting 3

Bagaimana rasanya perkahwinan jarak jauh? Saya tak pernah mengharunginya buat setakat ini.. dan Alhamdulillah, boleh dikira dengan jari berapa kali saya bersama suami terpaksa berjauhan atas sebab kerja dan komitmen.


...................................................................

Ada juga teman-teman rapat yang buat masa ini terpaksa berjauhan dengan pasangan...dan ada yang sudah menjangkau 3 tahun terpisah atas nama perkahwinan jarak jauh...mereka terpaksa terpisah atas nama komitmen...terus terang saya nyatakan perasaan saya... saya kasihan melihat mereka. Saya simpati kepada teman-teman saya yang terpaksa mengharungi kehidupan yang begitu.

Kehidupan saya yang ada suami bersama sentiasa pun pada mata saya kadangkala tidak sempurna.. apatah lagi bila keadaan yang berjauhan. Manakan nak melayan anak-anak yang kian pintar buat macam-macam! Perlu buat kerja rumah! Hanya Allah sahaja yang membantu dalam hal-hal ini.

Perlu ada kekuatan untuk menempuh hari-hari tanpa orang yang disayangi bersama. Perlu kekuatan untuk mengharungi hari-hari dalam mendidik anak-anak tanpa bimbingan orang yang disayangi bersama. Tapi dari mana kekuatan itu datang? Sedangkan bagi diri saya, kekuatan yang saya ada, selain kurnian dari Allah, ianya datang dari suami! Ye.. suami yang memberi perangsang, yang memberi kekuatan, yang memberi inspirasi, yang memberi segalanya bagi saya.....

Saya salut kepada mereka!

gambar hiasan

Syukuri lah nikmat yang Allah berikan kepada diri ini... :-)

1 comment:

Biarlah rahsia said...

PJJ mmg menyiksakan zahir dan batin...tp dr suatu sudut ia memberikan kita kekuatan tanpa disedari...kekuatan menahan rindu...kekuatan utk lebih berdikari...dan lebih bertawakal pd Allah swt.

cukuplah 5 bulan sy merasai keperitan itu..wpun skrg dlm sebulan pasti ada hr2 yg ditinggalkan...masih tak betah2 lg...pasti tak seronok bila suami tiada di sisi...semua cik mood lari...sabo aje lah...walhal zmn nabi dulu isteri ditinggalkan berbulan2...isteri hanzalah lg kesian...sempat semlmn aje bersama suami terus suaminya mati syahid...Allahu akbar.