Tuesday, April 1, 2008

Jangan pisahkan kanak-kanak dengan zamannya

Semalam, sebelum melangkah keluar dari pejabat, mata tertumpu ke main page harian metro, budak genius Sufiah Yusuf kini berada dalam lembah hina....Astaghfirullah.. apa sudah jadi? Rasa kasihan menyelinap ke dalam hati .. kasihan terhadap diri Sufiah sendiri..kasihan terhadap ibu yang melahirkan .. apa yang kurangnya jika seorang anak dikurniakan dengan kelebihan IQ dan menjadi seorang yang genius.

Hal ini dibualkan bersama dengan suami dalam kereta. Komen suami mudah sahaja...

"Dia tak merasa zaman kanak-kanak yang normal"

Ada benarnya. Kanak-kanak penuh dengan alam keseronokan..alam kegembiraan..alam percubaan..alam keterujaan..Siapakah kita untuk menafikan alam-alam mereka yang sepatutnya mereka tidak boleh tinggalkan.

Saya bukan pakar dalam hal-hal psikologi kanak-kanak. Namun pengalaman sendiri semasa zaman kanak-kanak membuatkan kita memahami naluri kanak-kanak. Apa pun juga kelebihan anak-anak kita, jangan sekali kita menafikan alam keseronokan mereka dan memaksa mereka meninggalkan begitu sahaja.

Kes Sufiah, barangkali di usia kanak-kanak dan mudanya penuh dengan akademik..minda kanak-kanaknya barangkali dipaksa menjadi seorang yang matang..sebab barangkali pada mereka, seorang yang genius tiada masa untuk bersuka ria, keseronokan dan sebagainya...tetapi fitrah yang Allah kurniakan bagi kita manusia... seorang kanak-kanak perlukan zamannya...kanak-kanak perlukan masanya...kanak-kanak perlukan pengalamannya...

Pagi ini timbul rasa kesal..semalam Nabil dimarahi kerana menumpahkan nasi goreng dalam kereta. Semuanya kerana dia terburu-buru untuk menjamah nasi goreng. Muncungnya selepas dimarahi berakhir hampir 20 minit! Hati seorang ibu bila melihat muka anaknya begitu..otomatis akan "cair"..kesal, menyesal...anak yang memerlukan bimbingan kita, kasih sayang kita dimarahi oleh sebab yang agak kecil...

Tetapi marah Ummi hanya untuk memberikan dia pengajaran...bukan marah kerana tidak sayang...Untuk dia tahu, dalam keadaan apa jua, perlulah mendapat keizinan atau 'approval' dari Ummi sebelum membuat sesuatu perkara sehinggalah dia betul-betul sudah faham dan matang untuk buat keputusan. Walaubagaimanapun, terselit dalam hati Ummi, mungkinkah terlalu "keras" cara Ummi?...

Biarlah anak-anak seronok dengan dunianya...gembira dengan permainannya...teruja dengan segala ujikaji yang dicubanya...namun jangan sekali kali kita lalaikan anak-anak dengan keseronokan yang menghanyutkan dia suatu masa nanti...pegangan agama yang kukuh, aqidah yang jitu...Insyaallah akan menjadi bekal anak-anak kita bila dewasa nanti...bila kita tidak ada bersama dengan mereka untuk membuat keputusan...

2 comments:

Anonymous said...

bila bc posting awk tentang ank2...terfikir plak...agaknya sejauh mana kesabaran sy menghadapi karenah seorg ank...harap2 boleh sabar dan boleh jd ummi yg baik...insyaAllah...

Kesian suffiah...sy pun terkejut tgk berita dia semlm...sejauh itu dia sudah melalui kehidupannya...harap2 dia diberikan petunjuk agar kembali semula ke pangkal jalan...

wehhh sedaplah menu awak...sy ni tgh puasa...tak tertahan2 rsnya ni...bila sy nk jd tetamu awk ni...hehehe..leh laa mkn sedap2 mcm menu kat bwh tue...

sy pun mcm awk juga...tunggu hr cuti br leh masak sedap2...klu tidak ala kadar aje lah...sib baik suami tk cerewet langsung bab mkn.

bie.

UmmuNaylah said...

bie--> mmg perlu kesabaran ...sy pun jenis tak sabar juga. kesian anak-anak. lepas marah nyesal :-(
Insyaallah masa yg awak nantikan begitu lama akan awak hargai lepas menatap wajah anak tersayang.
masak jgn tak masak... :-) meh la turun sini .. boleh bertandang ke rumah saya, saya masak sedap2 utk ibu mengandung ni