Wednesday, April 2, 2008

Weekend's activities

As I have promised to my charming sons, we would have our art session during weekend, here it goes....

Adik is very creative!!... His paper was full of colors!

Playing with colors...

Look who's painting!!

My nabil's creative imagination of "pokok" and "rokets" :-)

Last but not least, the mother's touch ... ribbon embroidery with frame

Tuesday, April 1, 2008

Jangan pisahkan kanak-kanak dengan zamannya

Semalam, sebelum melangkah keluar dari pejabat, mata tertumpu ke main page harian metro, budak genius Sufiah Yusuf kini berada dalam lembah hina....Astaghfirullah.. apa sudah jadi? Rasa kasihan menyelinap ke dalam hati .. kasihan terhadap diri Sufiah sendiri..kasihan terhadap ibu yang melahirkan .. apa yang kurangnya jika seorang anak dikurniakan dengan kelebihan IQ dan menjadi seorang yang genius.

Hal ini dibualkan bersama dengan suami dalam kereta. Komen suami mudah sahaja...

"Dia tak merasa zaman kanak-kanak yang normal"

Ada benarnya. Kanak-kanak penuh dengan alam keseronokan..alam kegembiraan..alam percubaan..alam keterujaan..Siapakah kita untuk menafikan alam-alam mereka yang sepatutnya mereka tidak boleh tinggalkan.

Saya bukan pakar dalam hal-hal psikologi kanak-kanak. Namun pengalaman sendiri semasa zaman kanak-kanak membuatkan kita memahami naluri kanak-kanak. Apa pun juga kelebihan anak-anak kita, jangan sekali kita menafikan alam keseronokan mereka dan memaksa mereka meninggalkan begitu sahaja.

Kes Sufiah, barangkali di usia kanak-kanak dan mudanya penuh dengan akademik..minda kanak-kanaknya barangkali dipaksa menjadi seorang yang matang..sebab barangkali pada mereka, seorang yang genius tiada masa untuk bersuka ria, keseronokan dan sebagainya...tetapi fitrah yang Allah kurniakan bagi kita manusia... seorang kanak-kanak perlukan zamannya...kanak-kanak perlukan masanya...kanak-kanak perlukan pengalamannya...

Pagi ini timbul rasa kesal..semalam Nabil dimarahi kerana menumpahkan nasi goreng dalam kereta. Semuanya kerana dia terburu-buru untuk menjamah nasi goreng. Muncungnya selepas dimarahi berakhir hampir 20 minit! Hati seorang ibu bila melihat muka anaknya begitu..otomatis akan "cair"..kesal, menyesal...anak yang memerlukan bimbingan kita, kasih sayang kita dimarahi oleh sebab yang agak kecil...

Tetapi marah Ummi hanya untuk memberikan dia pengajaran...bukan marah kerana tidak sayang...Untuk dia tahu, dalam keadaan apa jua, perlulah mendapat keizinan atau 'approval' dari Ummi sebelum membuat sesuatu perkara sehinggalah dia betul-betul sudah faham dan matang untuk buat keputusan. Walaubagaimanapun, terselit dalam hati Ummi, mungkinkah terlalu "keras" cara Ummi?...

Biarlah anak-anak seronok dengan dunianya...gembira dengan permainannya...teruja dengan segala ujikaji yang dicubanya...namun jangan sekali kali kita lalaikan anak-anak dengan keseronokan yang menghanyutkan dia suatu masa nanti...pegangan agama yang kukuh, aqidah yang jitu...Insyaallah akan menjadi bekal anak-anak kita bila dewasa nanti...bila kita tidak ada bersama dengan mereka untuk membuat keputusan...

Monday, March 31, 2008

Back to Square 1

Looks like...I'm using back my old address
http://hiddendragonleen.blogspot.com

Friday, March 28, 2008

Sekadar posting 2 - TGIF

Hari ini rakan-rakan pejabat sibuk di "dapur" kami yang tidak seberapa. Walaupun lauk yang hendak dimasak oleh mereka sebenarnya amatlah mudah dan "simple" tapi keriuhan dan keikhlasan mereka pasti apa yang dimasak akan menjadi sedap, hingga menjilat jari!


gambar hiasan

Jumaat pasti ditunggu-tunggu oleh ramai pekerja seperti saya. Setelah seminggu mengharung hari-hari kerja yang kadangkala seronok, bosan, sibuk, biasa saje...hari minggu pasti dinantikan untuk berehat bersama keluarga, suami dan anak-anak. Paginya yang selalu digunakan untuk bersiap-siap ke tempat kerja, pagi sabtu pastinya sesuatu yang lega untuk saya...minda terasa lega dan bebas dari tuntutan kerja...

gambar hiasan

Hari minggu juga lah hari yang isteri dan juga ibu seperti saya akan mula memikirkan menu seharian sebab hari kerja pastinya tidak sempat nak menyiapkan juadah istimewa buat keluarga. Seperti saya, minggu yang sudah, hari Sabtunya diisi dengan Nasi Beriyani, Ayam masak merah, Acar timun, Kurma Ayam dan keropok penyedap rasa. Manakala hari Ahadnya pula, sempena tetamu istimewa hendak bertandang, menu yang tersedia, Nasi putih, Ayam masak gajus, Kari kepala ikan jenahak, Sayur goreng campur, Kentang berlada.

Nah... apa pula menu saya hujung minggu ini? Jangan-jangan ada yang menyinggah ke restoran untuk sarapan dan makan tengahari?... :-P
Rasanya, hujung minggu ini juga saya akan isikan dengan hobi yang belum jemu rasanya...bermain-main dengan riben!..Itulah yang akan saya usahakan minggu ini. Selebihnya hajat di hati nak melayan anak-anak membaca buku dan melukis, Nabil yang selalu mahukan "painting"... Insyaallah, Ummi belikan berus melukis di Te***, dan kita akan melukis sepuasnya minggu ini... Ini janji Ummi!
gambar hiasan

Thursday, March 27, 2008

New Domain

edited