Thursday, March 27, 2008

Sekadar posting...

Badan agak tidak berapa sihat dua tiga hari ini. Sehingga terpaksa "medical leave" semalam. Namun rehat tidak juga, bila dua "hero" harus juga dilayan di rumah semalam.

Selalunya bila sibuk, rasa nak tulis dalam blog macam-macam. Nak cerita macam-macam. Tapi, bila dah ada masa depan PC, selalu idea akan berterbangan entah ke mana. Sindrom apa ni? Seingat masa sekolah dulu, rajin jugak tangan ni menulis...walaupun entah apa-apa (untuk budak sebaya itu), namun ada jugak hasilnya. Ada lah beberapa karya picisan telah dihasilkan semasa sekolah dulu. Cerpen-cerpen yang berkisar impian budak sebaya 14 tahun, 16 tahun...tapi sayang, tiada dalam simpanan. Entah ke mana perginya!

Minat itu masih ada namun bakat tidak diasah...mana kan dapat hasil yang mantap? Minat membaca juga bakal mendapat nasib yang sama barangkali jika sikap acuh tak acuh ini berterusan. Masih ingat di bangku sekolah seterusnya semasa menuntut di universiti, hanyalah buku , buku , buku dan buku. Dan pasti ianya buku cerita. Judith Mcnaught, Jude Deveraux, Virginia Andrews, Linda Lael Miller, John Grisham, Danielle Steel dan banyak lagi... asalkan cerita romantik! Tapi zaman itu telah ditinggalkan...walaupun begitu kebanyakan buku-buku koleksi peribadi masih elok tersimpan dalam almari kaca. Rasa macam nak buat "jumbo" sale tapi sayang....koleksi tersebut masih menjadi kesayangan..

Rasa sayang juga bila minat membaca buku ini makin pudar lebih-lebih lagi muncul minat baru, membaca blog-blog atau apa sahaja asalkan "online". Adakah ini faktor utama buku-buku tidak lagi dipegang untuk dibaca? Kesal juga. Tapi timbul rasa risau bila anak-anak sendiri tidak sangat menunjukkan minat membaca, kecuali yang kedua. Naufal, kalau dah membelek buku, akan diselak satu persatu dan disuruhnya kita bacakan atau ceritakan apa yang terkandung dalam buku tu...


Minat ini akan diteruskan....akan dipamerkan. Mak-mak dan ayah-ayah sekalian...anak-anak ni akan mengikut apa yang mereka nampak, mereka akan contohi. Oleh itu, teruskan lah membaca lebih-lebih lagi di depan anak-anak. Membaca lah bersama mereka...

Jangan lupa Pesta Buku Antarabangsa 2008 di PWTC 4 April ini...bersama-sama kita memperkasa minat membaca anak-anak, tentunya bermula dengan diri kita sendiri..



No comments: