Monday, February 11, 2008

Ke mana sopan santun?

Assalamualaikum,

Pagi ni betul-betul geram dengan pemandu sebuah bas persiaran (no plet AGA....) Pemandu yang tidak ada hemah, penadu yang tidak bersopan di jalanraya, pemandu yang tidak ada rasa hormat kepada pemandu wanita, pemandu yang pentingkan diri, pemandu yang gelojoh, pemandu yang tidak ada etika seorang pemandu kenderaan awam, pemandu yang membahayakan pemandu2 lain di jalanraya....HUH!

Bagaimana seorang yang begini boleh memandu bas persiaran?.. Yang tidak ada kesabaran.. AKu tak pasti bangsanya, agamanya... cuma JIKA dia seorang MUSLIM, maka hancurlah peribadi dia sebagai seorang pemandu dan manusia!

Bila dilihat pemandu seorang wanita bersama anak, lekas sahaja kami dibuli, cepat sahaja kami dipintas... tanpa ada rasa tanggungjawab bersama di atas jalanraya..
Mujur tidak ada perlanggaran di pagi hari, mujur tidak ada kecemasan di jalanraya, mujur.. mujur..

Meluat betul mata dan hati ni, bila bas seakan terbabas disebelah kereta, aku menekan hon untuk dia sedar... aku yang kecil ini berada disebelah bas... tetapi setelah kereta di "potong sayur", terus pemandu mengeluarkan tangan dengan tanda lucah berkali-kali sambil memperlahankan bas menjadi 40km/j!... Brengset!!...

Aku yang agak "berderau" darah... hanya bersabar di belakang bas sehingga betul-betul sampai di simpang yang memisahkan kereta aku dengan dia... Dan sekali lagi dia menekan hon yang panjang dan berkali-kali.. seolah nak biar seluruh warga jalanraya tahu, akulah pemandu yang menyakitkan hati dia pagi tadi...

Istighfar dan terus istighfar.....

2 comments:

Anonymous said...

Salam,
Lenkali amik gambo pehtu mms kat pihak yg berwajib. takpun buh dlm paper. Sy selalu amik gambo dgn henfon (kasi nampak no.plat dia) time balik kg tp tak penah mms lg ke mana2..he..he..nak mms ke paper tu kena register dulu kan?

Anonymous said...

ha-->> tak sempat aaa.. mana nak capai henpon, mana nak drive.. dengan nak berhati2 bas tu teramat slow di depan.. kang tak pasal2 cium free montot bas... grrrrr...