Wednesday, February 6, 2008

7%

Alhamdulillah... berita semalam sudah pun memberitahu Tabung Haji akan memberi bonus yg paling tinggi dalam sejarah penubuhannya... 7% bonus untuk semua penyimpan2 Tabung Haji. Walaupun dalam Tabung Haji naylah belum pun lagi mengizinkan jumlah boleh pergi menunaikan haji, sekurang kurangnya ada lah tambahan dari jumlah pokok yang disimpan.

Ingat suatu masa dahulu, naylah pernah keluarkan kesemua duit dalam Tabung Haji sedangkan ianya dah mencecah beberapa ribu.. semua gara-gara mendengar cerita yang duit itu akan digunakan bagi tujuan politik.. Disebabkan tidak mahu duit tersebut diusik, naylah telah keluarkan semua, hanya tinggal beberapa se dalam akaun. Selepas bekerja 4 tahun, barulah naylah menabung semula dalam Tabung Haji...

Bila dah dapat bonus dari Tabung Haji, bagaimana pula honorarium yang disebut2 tu?.... Angin ada mengkhabarkan, itu takkan berlaku.. *sigh*
*******************************************
Wajarkah kita mendapat "surprise" yang lebih besar .. lebih2 lagi demam pilihanraya makin dekat? :-)

credit to images.jupiterimages.com/.../24/50/23275024.jpg

1 comment:

Anonymous said...

suka entry ni..aku hrp org lain pun sedar..surprise surprise yg semakin byk ni..