Assalamualaikum,
Today's Quote
I trust that everything happens for a reason,
even when we're not wise enough to see it
************************************************
Yesterday ada family gathering, pagi2 dah ke kubur Arwah Bapak, plan nak bersih2kan. Tapi bila sampai, tengok kawasan sekeliling dah kemas dibersihkan. ooOO rupa2 nya my sister (Se**) dah minta workers dia bersihkan the day before. Nak buat kezutan kat kami semua gamaknya. Anyway, kami teruskan baca tahlil dan doa, tabur daun rampai, dan bersih2kan sikit atas kubur yg penuh dengan daun2 gugur dan rumput2 halus yg tumbuh.
Waktu nak meninggalkan kubur Arwah Bapak, aku berhenti sekejap sambil memegang batu nesan... tiba2 aku jadi sebak.. sebak sgt2.. air mata dah bergenang, tapi aku tahan. Ramai di situ, bukan malu, bukan segan... tapi sejak Bapak takde, aku banyak tahan air mata dari mengalir depan Mak.. seboleh2 aku tak nak Mak tgk aku menangis depan dia kerana Bapak, kerana rindukan Arwah Bapak... Aku fikirkan perasaan Mak..pasti dia sedih, pasti dia sebak kalau aku menangis depan dia... jadi ku tahan saja air mata itu..
Sambil memegang batu nesan.. aku sedekah kan lagi Al-Fatihah untuk Bapak... dalam hati aku cuba berbicara...aku tak pasti kalau dia betul2 tau apa yg ku bicarakan...
Bapak.. Norleen datang ni.. dgn suma anak2 cucu2 pun ada... Bapak ok ke kat sana?.. Ya Allah, tempatkan la Bapak di kalangan orang yg soleh... Anak2 Norleen suma sihat.. yg kecik tu pun dulu nangis2 je.. sekarang alhamdulillah dah ok.. Nabil ingat kat Atuk dia... Ok ye Pak.. Norleen balik dulu...
Dah selesai di situ, kami bergerak menuju kawasan kubur Arwah Atuk pulak (berhampiran).... Ya Allah! Semaknya!! Mak hampir menangis melihatkan kubur Arwah Abahnya tak berjaga... bukan kami tak beri upah kepada orang yang menjaga kubur di situ, tapi ntah laaa..... hal2 kebajikan seperti ni, bukan semua orang nak lakukan....
Di situ jugak bersemadinya sepupu kami... anak Maklong.. meninggal selepas Hari Raya lepas. Bila kami melihat kubur Arwah Bangah tidak berjaga langsung... tidak ada tanda2 orang menziarah atau membersihkan .. kami sedih.. sedih jika betul Arwah Bangah tidak dipedulikan oleh keluarganya... Tanah kubur nya dah mendap, tidak ada orang yang gemburkan.. batu nesan papan yang terpacak dah pun senget, tidak siapa pun yang betulkan... pada ziarah kami yg lepas, Mak lihat payung kertas yang dipacak dah koyak rabak, tidak ada jugak siapa yg buangkan.. Alangkah sedih kalau betul kita nanti diperlakukan begitu...
Kami pulang ke rumah... ada agenda lain seterusnya... Masak2 dan Makan2... Along & Alang nampak sibuk memasak di dapur... Lauk kepala ikan masam asam tumis, gulai nangka bersama ikan masin, kurma ayam-lauk budak2 (aku masak), rebus pucuk ubi, ikan masin, ikan bakar... fuuhhhh mewahnya lauk hari ni!
Mak pulak pesan cendol buatan sendiri dari kawannya... kaw kaw betul cendol dia ni... Selepas tu, ais krim pulak.. macam2 masuk dalam perut ni... bila la nak kurus?? hehehehe...
Malam pulak, adik beradik Abang singgah nak jemput Ibu... jamu pulak makan malam.. lauk2 tghari tadi masih banyak, cuma tambahkan telur dadar dan masak nasi panas2...
Hari ni ingat nak puasa.... tapi tak terbangun sahur pagi tadi.. Baby Naufal terjaga pukul 3 pagi... takkan nak sahur pukul 3?... Tak pelah, Insyaallah esok lusa aku akan cuba puasa.. banyak woooo kene ganti.. 33 hari!!!
Monday, May 8, 2006
Ahad yang sibuk
Sincerely by
UmmuNaylah
at
5/08/2006 09:50:00 AM
3
remarks
Wednesday, May 3, 2006
Quotes for today
There is nothing better than
the encouragement of a good friend
The true measure of an individual is
how he treats a person who can do him absolutely no good.
Other people’s faults are like bees—
if we don't see them, they don't harm us.
Sincerely by
UmmuNaylah
at
5/03/2006 09:34:00 AM
0
remarks
Tuesday, May 2, 2006
GELEK MEKS
feelin' fresh with arab song.... enjoy it!! **wink**
Sincerely by
UmmuNaylah
at
5/02/2006 09:29:00 PM
0
remarks
Tuesday, April 25, 2006
Readjustment of salary
Today's Inspiring quote...
****Take a deep breath, count to ten, and tackle each task one step at a time.****
~~~The future enters into us, in order to transform us, long before it happens~~~
Assalamualaikum,
Pagi2 lagi dah siapkan calculation (on my side) regarding isu terhangat di pasaran sekarang.. readjustment of salary.. Naylah sajer citer dalam blog, so that everyone who reads will know the situation of MS* management yg s***s!!.. Bertemankan Pn Z**... menuju la kami ke MS* dan berjumpa dgn En. Ha****.
Di meja bulat, dia mulakan dgn bismillah... dan teruskan penjelasan demi penjelasan kenapa dan macamana perkara ni boleh berlaku kepada pergerakan gaji aku. Dia mengaku ada dua kesilapan BESAR dari pihak dia dan MS* sebab mereka tak re-check apa yg staff derang dah calculate.. main sign jek....
After explaining, I then told him... I want to know how he got the figure of 6*** overpaid to my acount, since I couldn't see it in my calculation.. my simple calculation... only shows me figure of 4*** .
I showed him my simple calculation ... explained to him here and there,... he nodded few times.. I assumed he agreed with me .. agreed with my simple calculation.
Oklah.. camni.. can I have 1 copy of your calculation? I'll bring this calculation to Pn No**** and let her consider. If she consider your calculation is right, we will do the adjustment again...
huh!! senang nya!!
I gave him my simple calculation... reminding him few times... get back to me ASAP.. with positive reply I hope! Really hope the calculation will help in this situation.
Sincerely by
UmmuNaylah
at
4/25/2006 11:55:00 AM
1 remarks
Friday, April 21, 2006
T.G.I.F
Assalamualaikum,
Lama sungguh tak update blog... macam2 hal berlaku dan macam2 hal yg perlu ditempuh...
Today's wisdom....
The best charity is followed by contentment, so begin with those related to you.----- The Prophet Muhammed, as reported by Abu Hurairah
Ultimately, it is through serving others that we become fully human.
**************************************************14/4 - friday
Ada AGM Library Club. Registered jam 9 pagi.. dapat la breakfast bag (kuih muih, gula2 & air kotak). Brought with me nota CLA for exam next wednesday(19/4). Tunggu agak lama sehingga CL datang. Dia berucap setelah dijemput ke depan, tapi apa butir ucapan sorry to say, I didn't heard anything particular .. sebab his volume was tttooooooooo low! Then, the AGM began. Out of sudden, my name was called...
Huh? apsal nama aku kene panggil ni ayu?
Eh, akak kene jadi ketua kiraan undi la... yg kita undi pagi tadi utk executive board AGM
Ooo..aku ke? siapa yg cadang ni?.. ish aku baru je nak membaca (konon2...hehehe)
Aku & 4 rg lagi diminta keluar utk mengira undi pilihanraya kecil AGM .. aku selaku ketua kiraan undi.. mengira semula undi2 yg telah dikira dan keputusannya adalaaahhhhh
Presiden: Sh****
Naib presiden: Masr****
Setiausaha: I***
Bendahari: Che Sam******
I announced the winner loudly....
AGM diteruskan lagi...sehinggalah
Biro Kebajikan...
Saya cadangkan No*****
Bla.. bla..bla
Setelah dikira undi, Puan No***** adalah biro kebajikan yg baru
Erkkkk!!!!! Aduh laaaa... parah ni! Biro tu byk kerjanya! Kenapalah derang undi aku lebih? Bukan apa.. Takut tak terbuat amanat yg telah diberi...
17/4
Attending KBM at Kulliyyah... abih je report, terus chow... kali ni tak tunggu lama2, byk bende tak baca lagi ni utk CLA!!
18/4
CLA CLA CLA CLA.... everywhere everthing seram lak nak exam esok...
19/4
Last minute reading for the exam... 9.30 dah move to exam venue.... takut sesat, tula pergi awal2. Sedangkan exam start at 10 am. The first to arrive, wait outside, called Abang... minta tolong dia cerita2 kan pasal G.O bab A, B & C.. hahaha study over the phone... Sabar je la!
Enter the exam room... Exam starts... Aiyoooooooooooo!!!! Susah la... byk case studies... bla bla bla.. tong ting tong... exam finished!
***** I received a letter from MS*, RE: Readjustment of salary. EERRKKKKK!!!! NOT MEEE!!!!!! Actually this issue was boomed since last February... whoever gets the salary shiftment after CLA exam last year, was instructed to deduct their salary due to overpaid by the Uni***sity... I thought and prayed my name was not in the list... namun apa daya ku??? Truthfully, I was very very mad / angry ... nyusahkan idup orang tul derang nih! You won't believe it!.. My salary is to deducted RM100 every month for 60 month = 5 years. Can't u imagine??????
I am really disturbed by this matter... camna nak buat ni? I'm thinking of writing a formal "aduan" to the upper level. Tapi I need support from other victims as well for eg: Pn S**, Ras**** .. or maybe others.
TENSI TENSI**** stop here
20/4
Very busy day... starts at 9am .. 1st meeting ... continued with 2nd meeting at 10.30 am until 1.30 pm. Went for lunch break, 2.30 pm, ready to go to JUP**.. huh.. sampai sana, macam2 pulak procedure yg conventional perlu diikut.Finished at 4 pm.
Today
Pepagi dah melawat blog2 yg perlu... sebab kesibukan minggu ni mmg tak sempat nak menjenguk blog2 ni.. ((blog sendiri pun tak sempat nak update))
Jadi, hari ni aktiviti yg ingin diselesaikan :
1. tulis blog ((doing it now))
2. kira balik gaji2 yg dah dapat dan compare dgn surat Ha**** dari MS* ...
3. tunjuk barang2 baru dari Sabah kat surau
4. clear up bende atas meja ((kalau sempat.. dah teruk meja ni..penuh ngan ntah macam2!!))
My baby is still crying every night... starting 10 pm.. until 12 midnight +++... exhausted trying to calm him down.. but i think he is more exhausted than I am since he is the one who cries... Thinking of bringing him to somebody who can "do'a" ... Tgklah camana plan this weekend.
Sincerely by
UmmuNaylah
at
4/21/2006 09:03:00 AM
3
remarks
