Monday, July 28, 2008
Senyum laaaa
SMILE
SMILE
SMILE
SMILE
SMILE... while you still can .. while you have the chance..
Naufal lovesssss to sing this aloud....
"Senyum laa senyum laaa...
Wahai cek mek molek"
(mind his "pelat" when comes to cek mek molek.. turns out to ceh meh olehh..(^@(^@#$(*$@^))
Sincerely by UmmuNaylah at 7/28/2008 02:24:00 PM 2 remarks
Monday, July 21, 2008
getting younger??
Sincerely by UmmuNaylah at 7/21/2008 01:03:00 PM 7 remarks
Wednesday, July 16, 2008
Ultraman
Pagi, Ultraman! Tengahri, Ultraman! Petang, Ultraman! Malam, Ultraman! Nak tidur, pun Ultraman! Aduhaiiii .. itulah kegilaan anak-anak kesayanganku sekarang.
Asalnya, memang tak mahu jugak ikutkan kehendak Nabil dan Naufal untuk memeriahkan rumah dengan karakter2 Ultraman. Tapi penangan mereka lebih hebat... semua tak jadi kalau takde Ultraman....
Nak makan pun kene umpan dengan Ultraman..
Nak tidur pun kene ceritakan Ultraman..
Nak naik kereta nak tengok DVD Ultraman..
Nak pakai baju, baju Ultraman...
Yang paling "mabuk" Ultraman.. adalah Naufal. Asal jumpa dengan orang, mula lah dia beraksi seperti Ultraman nak berlawan.. siap dengan sound effect yang hebat pulak tu! Tak padan dengan kecik...
Aku juga membesar dengan watak2 Ultraman. Ultraman, Ultraman Ace, Ultraman Taro, Ultraman itu Ultraman ini.. macam!.. dan sekarang yang popular adalah Ultraman Tiga, Ultraman Dyna, Ultraman Max... aduhaiii..
Yang di bawah ini adalah antara siri Ultraman kegemaran Nabil dan Naufal ... ultraman berlawan dengan raksasa jagung katanya! Rupa raksasa macam jagung ye tak?
Tidak disangka2.. aku pernah bersesak di pasaraya J**** sebab nak bergambar bersama maskot Ultraman... tapi alangkah kecewa sebab Ultraman hanya serendah 5 kaki 2 inci! Tapi melopong juga si Naufal .. dan beriya-iya dan bersalam dengan Ultramannya.
Antara koleksi Ultraman yang dah dibeli (read: yang telah dibazir).. patung Ultraman, tapi kepala masing2 dah tercabut! Walkie talkie Ultraman dan alhamdulilah masih "bernyawa".. baju tidur (yang kalau boleh nak dipakai setiap malam) dan yang terbaru t-shirt Ultraman (pun Naufal pakai setiap hari)
Apapun kegilaan anak-anak, harus ada batasan. Begitu juga dengan Ultraman ni... salah satu cara, lock channel yang ada cerita Ultraman.. hanya diberi ruang pada hujung minggu untuk berUltraman.
"Naufal Ultraman superheroo!" begitulah selalunya kata2 power dari Naufal.
"Naufal boleh terbang tak?" itu pertanyaan Naufal selepas dipakaikan t-shirt Ultraman yang baru
"Naufal berlawan Ummi!!" itu adalah kata2 protes dari Naufal
"Naufal syayang Ummi!!" itu pula kata2 sayang dari Naufal jika channel CERIA dah dibuka locknya... :-D
Sincerely by UmmuNaylah at 7/16/2008 08:55:00 AM 3 remarks
Wednesday, July 9, 2008
Sekadar posting 5
Lama menyepi bukan bermakna SEPI.. :-)
Macam2 berlaku dan dilakukan sepanjang "penyepian" dari blog ini.
Sedaya upaya mencuba untuk menaip "posting' bagi memenuhi ruang blog yang sudah lama kosong dan bersawang.
Memang adakalanya ide tidak selaju air mengalir.. tersekat-sekat, terhenti-henti, terhenjut-henjut. Dan bukan mudah untuk memulakannya dengan selancar air jernih yang mengalir deras.
Cuma ingin membuka persoalan ini kepada pembaca (jika ada).. bagaimana anda mahukan pasangan anda untuk jadi lebih romantik?
Sincerely by UmmuNaylah at 7/09/2008 08:33:00 AM 3 remarks
Tuesday, July 1, 2008
SIBUK!
Jom ke Dtoko!!
Jom singgah ke Plaza ini!!
Sincerely by UmmuNaylah at 7/01/2008 02:45:00 PM 1 remarks